kisah kemalangan kerana perempuan



Petang tadi pergi kenduri kekasih gelapku suatu ketika dahulu.Bekas kakak ipar tak jadi menikah.Tahniah kepada beliau kerana telah mendapat lesen persetubuhan halal.

Perjalanan mahu pulang,aku melalui satu kawasan yang sangat indah.Tepi sungai dan kami berhenti di tepi jalan.Apa ke jadah aku berhenti tengah jalan,tak kena langgar kereta lain memang tak sah.

Maka turunlah kami berdua di port kegeraman kami yakni lalang berwarna emas itu.Kami mahu berphotostot sebab kami rasa anggun bergaya dengan berbaju kurung.



Sebelum tu sebuah lori merah,pemandu gatalnya bersuil kearah kami.Bajet hot,kami diam je.Baru nak tekan shutter DSLR kami terkejut kaa..

Banggggggg...

Lori tadi melanggar sebuah motor.Tepat di mata kami.Kami berdua kaku.Aku bukan jurufoto pro,makanya tidak pula aku candid kemalangan tersebut.Hampir seminit kami terdiam,terkejut sehingga kami tersedar teguran seorang lelaki kacak berkaca mata hitam di dalam Hilux.

'Hye handsome'.Perghhh.Jenis gatal.

Kemudian polis datang.Kami panik sebab abang tu cakap maybe lori tu excident sebab tengok kami asyik bertangkap gambar.

Perghh.Gilew,muka kacak tapi nak buat aku bersalah.Benci.

Polis sibuk tangkap gambar.Well abang motor tu masa jatuh dia sedar tapi nampak blur.Lutut dia berdarah.

Aku dan kawan aku merupakan saksi pertama disitu tapi kami bukan saksi sebab kami tak tengok pun.Kami tak nak jadi saksi polis.Kami bawak kereta,terus laju-laju pergi.

Masa ni la aku rasa geram bila pakai no plat kereta mudah orang ingat.Aku rela polis datang tanya soalan dari masuk metro..

....kemalangan sebab leka tengok perempuan cantik...

Perghhh.Aku tu babe.

orang kacak masuk dalam kereta

Kami sekeluarga makan-makan depan tv.Style keluarga moden.

Tengah-tengah makan,ada yag buka rahsia.Kali ni abah yang buka rahsia dia.

Petang tadi masa dia singgah tepi jalan nak beli pisang goreng bukan goreng pisang yer.

Jenis pesen orang kaya banyak kereta.Buka pintu,tutup pintu.Enjin kereta hidup.Well jenis orang kaya banyak kereta katakan.Perghhhh,abah cerita nak cover malu je tu.

Lepas beli pisang goreng bukannya goreng pisang,abah masuk dalam kereta.Tengok-tengok ada orang duduk di sebelah.

Perghhh,bukan ayu mana pun,kacak lagi tidak tapi orang yang jenis tiga suku.Apa kes masuk kereta orang ni.

Pom Pum Pam,abah habis modal nak pujuk suruh turun.Jenis tak makan saman,tak turun.

Pisang goreng nak sejuk dah ni.Dia pun putus angin,bawak je kereta.Dalam kepala ligat nak cari idea nak suruh orang tiga suku keluar.

Kereta tersedut-sedut di tepi jalan bukan di tengah jalan.Akhirnya berhenti.

Abah suruh dia tolak,kereta rosak.Dia turun.

Abah terus tekan minyak.

hantar rombongan pengantin

Sekarang musin orang mengawan.Ramai orang mengawan. Aiphhh.

Buktinya haku dapat banyak kad undangan jemputan ajak makan hayam yang bukan ajak-ajak hayam.Fenim?.

Fine.Info : orang jarang hidang hayam sekarang sebab hayam mahal.

Di suatu petang yang panas terik.

Satu rombongan nak hantar pengantin.Mereka berjanji nak bertemu di suatu persimpangan jalan.Makanya di persimbangan yang dijanji,satu rombongan telah berada di situ makanya rombongan yang lain mengikut rombongan tersebut.

Maka sampailah mereka ke tempat yang dihendaki yakni rumah penganti perempuan.

Turunlah mereka semua dengan hampir 10 buah kereta dan 18 buah pahar.

Fine.Pengantin mana yang balas pahar 18 balas 18?Cuba jawab.

Yang lain dah sampai pegang pinggang kaut lauk buat makan.

Mana datang 18 buah pahar ni?

Cakap punya cakap.Pom Pum Pam.

Got it.Kita salah follow rombongan pengantin.Pengsan.Maluuuu.

Dan benda tu baru sahaja berlaku.Perghhhh

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Sebenarnya ni la pes time aku join benda ni,apa ke nama,giveaway. Nama je menulis belog dekat 4 tahun tapi tak pernah nak join semua benda ni.T_T. Gila jakun.

Contest ada jugak layan dua tiga contests,then pernah la jugak menang tempat pertama. Orang kata pernah merasa la jugak.Ekekeke.Sebenarnya nak kabor yang aku ni jenis bertuah la jugak. Tapi tu dengan belog lama la,belog ni pun nama je baru tapi entry semua imported dari belog lama.Dasar meleis.


Well giveaway ni datangnya Nisa Menaip aka awek Abang Katang Darkbatman. Kalau nak join boleh klik banner kat bawah ni yer kawan-kawan.




Ini pulak golongan kacak lagi menawan yang bermurah hati yang sponsor :

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip
Jommy-jommy semua pakat join giveaway ni.Disebabkan belog ni masih baru dan suci dari orang ramai lagi makanya aku nak tag dua anak Adam ni.Bakal cikgu satu,bakal doktor satu.

pedih hulu bontot

Perghhh yang bukan Perthh

Sebesar-besar rumah ni kena jugak buat Q nak masuk toilet.

Bajet ramai sangat dalam rumah.

Heh.Rasa macam nak pitam nak tunggu turn dapat lunas hajat.

Dalam lena sedap-sedap dah tadi,boleh pulak rasa nak berak.

Spoil.Sekarang nak lena tak lena dah.Pedih hulu bontot.

Perghhh.

perbezaan lelaki dan perempuan di institusi pengajian tinggi

Lelaki dan perempuan memang sangat berbeza.Tak payah nak fikir sangat,saiz punggung pun dah lain-lain,tak payah nak rasa sangat pejal atau lembik,rasa sendiri punggung masing-masing.Ini kan yang lain-lain lagi.

Fizikal terang nyata tak bersuluh memang tak sama, fikiran lagi la tak sama.Umpamanya,sorang masak maggi dengan rendam air panas dan sorang lagi akan rebus air siap rencah bagai baru siap satu hidangan maggi.

Complicated yer!!

Yang mudah-mudah tu lelaki dan yang complicated tu harusnya perempuan.Well ketentuan Illahi menjadikan kami berfikir tiga kali lebih detail berbanding kamu lelaki. Kami mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa.Maksud saya yang sangat-sangat luar biasa.

Analogi lapuk akan mengatakan kekuatan kami adalah untuk melahirkan makhluk kecil bukan sekali malah berulang kali.Sakit tapi mahu lagi dan rasa sangat hebat.Kami juga tak akan mati kerana mengalami pendarahan berterusan hampir 5 hari dan tidak akan pengsan mengelilingi shopping complex tanpa membeli apa-apa untuk 3 jam non-stop.Ini ditambahi lagi dengan kekuatan kami untuk bersyarahan tanpa henti tanpa menunggu hari Jumaat.Setiap masa kami ada teks tersedia untuk kamu wahai lelaki sekalian.


Senarai ketara perbezaan lelaki dan perempuan di institusi pengajian tinggi

Tugasan

Lelaki :

buat ikut kehendak soalan,kadang-kadang kurang dan hantar lambat dah hasilnya juga nipis,alasan : senang lecturer nak mark.

Perempuan :

buat lebih dari kehendak soalan,hantar cepat dan tugasan tu tebal yang amat.Lelaki selalu marah sebab lelaki yang kena angkat hantar.

Exam

Lelaki :

tak study week pun,layan movie sampai pengsan ke tengahari esok.Masa nak jawab exam pakai saka siap-siap dengan nota kecik dan nota dalam bentuk pdf dalam handphone.Check bila masuk tandas,kalau ulang-alik tu jenis meniru tak pro lagi la tu :P ( situasi ini di tempat saya,mungkin berbeza dengan lain-lain tempat )


Perempuan :

Study awal-awal sedari sebulan sebelum kertas pertama,sanggup tidur 5 jam sehari untuk study.Buat latih tubi sampai cair otak dan ikat ilmu tu kemas-kemas dalam supit @ plastic untuk bekalan jawab masa exam.Masa exam mata sorang-sorang macam panda sesat sudah.

Kuliah

Lelaki :

Berani tak bertempat.Steady je lambat masuk kuliah,masuk selamba badak gemuk.Kedatangan tak ambil pun rileks lagi,tunggu masa akhir semester baru reti nak kalut.


Perempuan :

Tanpa banyak soal,suruh pergi kelas malam tiap-tiap malam dalam bebel-bebel malas pun tapi sampai jugak,malahan awal dari orang lain.

Presentation

Lelaki :

Power point slide sangat lemah.Grafik lawa tahap macam budak multimedia tapi contents hancurs.Isi-isi penting copy paste dari Wikipedia tanpa sebarang editing. Buat apa? Umpama pakai baju tapi tak pakai seluar. Slide memang sikit.Hmmm.


Perempuan :

Kalau grafik memang ramai yang tak lawa dan kadang-kadang lawak dengan grafik mickey mouse bagai.Heh.Tapi content tip top dan macam biasa kami selalu letak info tambahan yang buat lelaki mendidih kemarahan.Bilangan slide jugak hampir 3 kali ganda dari bilangan lelaki buat.



Semua ni hanya melibatkan pemerhatian saya dalam institusi saya.Mungkin sama dengan situasi ditempat lain dan mungkin berlainan sama sekali.Entry ini mungkin dianggap bias kerana banyak memihakkan perempuan,tidakk.Ada benda kami pun khilaf juga.Biasalah namanya manusia,tak kira lelaki atau perempuan,kita sama je.

Tapi kerana perbezaan inilah lelaki dan perempuan saling lengkap-melengkapi.Harus diingat pemerhatian ini hanya meliputi satu ekosistem yang keci dan tak semua macam tu tau.Kan ada pulak yang datang serang. T_T

Adioss.

lima tahun bersama

Malam ni kalau di hitung cukup lah genap hubungan kami 5 tahun.Dari 2006-2011.Kalau orang kahwin anak mungkin dua atau mungkin lima.T_T

Lain orang lain cabarannya.Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana kami boleh survive dengan satu hubungan sehingga tahap ni sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan lain dalam tempoh 5 tahun sudah bertukar pasangan beberapa kali.

Saya pun tatau nak jawab macam mana.Kepercayaan?Baik saya mahu dia ada juga ada rasa syak wasangka antara kami.Saya tak mahu rasa terlampau selesa dengan menyangka dia setia kepada saya dan memang benar ada unsur-unsur khianat dipertengahan jalan.

Mungkin puncanya datang dari saya,dan juga dia dan ada juga yang bersifat tak senang hati dan berani mencelah antara kami.Kami merasainya sudah.

Lima tahun.

Kami tak seperti dulu lagi.Masing-masing berubah,perubahan itu mungkin tak disedari atau disedari tapi buat-buat tak sedar.Kegemaran masing-masing sudah berubah.

‘Awak tahu tak saya dah boleh minum soya?’

‘Awak tahu tak saya dah tak suka disentuh,saya dah mula baca buku-buku keagamaan,saya dah labuhkan tudung,shawl bawah dari dada’

Perbezaan semakin hari semakin ketara semakin dalam jurangnya.Cabaran mulai datang.Kita tak seperti dulu lagi tapi kita saling cuba bersabar dan mencari solusi.Seorang marah seorang lagi cuba untuk menjadi sejuk.Tenangkan situasi.

Kita semakin berbeda tapi berbezaan itulah yang membuatkan kita semakin jelas memahami orang tersebut.Persamaan yang sama dalam tempoh 5 tahun adalah membosankan.

Saya juga bosan melayan perubahan dia tapi saya juga berubah makanya kami win-win situation.Jangan mengelak susah tapi ajar diri cara nak atasi kesusahan itu.Itulah kekuatan kita.

Perbezaan adalah pelengkap antara kita seperti celah-celah jari ini,saling melengkapi antara satu sama lain.Raikan perbezaan.

Selamat Ulang Tahun Sayang.

-2011-