Tragedi Oktober


aku janji aku akan mula menulis kembali.janji 8/11/2012..

aku janji aku nak luah semuanya.

aku rindu.

aku kangen sama menulis

tulis sampai puas.

sampai aku rasa aku..

aku reflek diri aku.

beza tulis semasa emosi dengan luar dari emosi

tulis jadi diri aku

satu janji

janji di tragedi oktober




nyaris arwah

Nyaris-nyaris nak masuk hospital dan jadi muka depan akhbar.

Takut.Seram.Ketar-ketar tangan  tapi tuhan masih sayang.Tadi masa drive nak balik rumah,aku cuba potong trelar depan lepas tengok kereta belakang aku lepas potong trelar tu.

Trelar tu bergerak dalam 60km/s.Unser belakang aku tu pulak potong dengan speed yang biasa-biasa.Tak sampai 100km/s sebab aku perhati kereta tu.

Jalan clear.Viva jalan sebelah nampak jauh lagi.Slow je.

Aku tekan button pick up gear.Meter naik sampai 100km/s then bertambah.Aku dah kat tengah-tengah antara jarak trelar then aku perasan Viva  yang mula nampak macam B*b* tiba-tiba tekan minyak.Jarak makin dekat.

Nak kedepan memang tak sempat.Samada akan terlanggatr Viva mahupun terlanggar kepala trelar masa nak mencilok atau akan terbabas sebelah kiri atau mungkin Viva,Myvi dan trelar akan bertemu.

Adrenalina aku mencanak-canak.Aku tak boleh nak masuk line belakang trelar dgn slow kan kereta.Tak sempat.Aku ada satu je pilihan.Brek mengejut dan ke kanan jalan dan jangan sampai langgar pokok.

Tuhan masih sayang.

Aku tekan brek sampai rapat sampaikan aku boleh rasa brek tu tak seperti biasa aku tekan brek mengejut.Selamat.

B*b*  tadi melintas kereta aku.Biasa-biasa saja.Tak tekan hon seperti kebanyakan kereta memandu yang lain yang akan marah bila ada pemandu lain membuatnya terancam.

Aku tak faham kenapa bila dia nampak kereta aku tgh potong dengan lajunya.Dia di jalan setentang pun tekan minyak mengejut.Nak bunuh diri ke?

Aku perasan kereta dia kereta sekolah memandu.

Awak panik macam mak cik ni ke?

http://www.youtube.com/watch?v=G5qx_GLsD2I


Aku pun salah jugak.Tak dengar pesan abah.Jangan sesekali potong trelar.Dan ni kali ketiga kes aku potong tak lepas dan dua kali melibatkan trelar.

FObia dan deman.

Gaji Dalam Cuti

 

Semua belog yang ditempah dah siap.Total semuanya 4 buah belog dengan tema yang berlainan,tajuk lain-lain,template lain-lain,dan semuanya lain-lain.Tak ada persamaan sebabnya semua pelanggan belajar dengan pensyarah yang sama.

Bagi yang tuan badan kena buat pulak,totally insane sebab kena layan kerenah pelanggan yang ada songeh ada ragamnya pula.Mahu aku bagi balik upah sebab benda dah siap,dia ubah-ubah then msg mintak ubah here and there and in the same time ada lagi belog yang tak buat lagi yang paling best siap dengan content tak buat so aku jugak yang kena buat dan kena fikir.

Kalau tak kena gaya,boleh bikin sawan.

Masa ni aku dah rasa stress dia lebih stress dari buat assignment sendiri.Assignment sendiri,kita tahu apa kehendak kita,apa selera kita,gaya kita presentkan content tu tapi bila orang punya,banyak aspek kena fikir.

Kita suka tak semestinya orang suka.

Kita kata kemas orang mungkin kata complex.

Mudah kata,lain orang lain seleranya,lain minatnya.

Masa ni la aku fikir,apa-apa kerja pun ada kesusahan masing-masing.Tak ada kerja mudah dalam dunia ni.Nak berjaya banyak yang kita kena korbankan sebelum kita boleh merasa kemanisan diakhirnya.

Kalau gaya kerja tip top,result pun tip top.

Kalau buat ala kadar,result pun ala kadar.

Walaubagaimanapun kita masih dibawah ketentuanNya,rezeki itu datang dariNya.

Nak mudah lagi,entry ni bukan entry yang memberi kesimpulan tapi anda sendiri yang membinanya. =)

 

notakakiku : gaji masih terletak elok dalam dompet sebab tak ada gang nak ajak keluar.masa ni aku tatau nak happy ke or rasa loser.

 

rezeki berganda-ganda

 

Alhamdullillah walaupun niat nak berkerja kat supermarket hanyalah sekadar omong kosong ( tahu dah,tiap tahun ada niat ni ) tapi rezeki mencurah-curah selepas balik bercuti dan selepas dapat keputusan peperiksaan sem lepas.

Rezeki datang apabila beberapa orang kawan cik datang mintak bantuan untuk membina belog untuk siapkan tugasan dia orang.Bukan sorang tapi empat sekaligus.

Belog yang aku set up tu lagi lawa dari belog sendiri.Nak buat assignment orang ni feeling sakit kepala sama berat nak buat assignment sendiri tau.Sakit kepala,sakit mata semua puas hati bila orag puas hati dengan hasil kerja.

Tuan yang sakit hati tadi puas hati sebab dapat pengeras.Boleh buat modal beli kain buat pakai tahun depan.

Hehehehehe.

Tak banyak pun.Ada la dalam empat lima helai duit warna hijau yang besar tu.Ekekeke.Janji tak janji,kepci kena tunai kat ahli keluarga sebab letrik dan streamyx abah yang bayar.

 

Wordless Wednesday#1

 

Alhamdullilah.Happy Wednesday…

 

Untitled1

 

=)

musim cuti

 

Berzaman agaknya tak menulis kat belog sendiri.Dulu beria nak update belog lepas bilik di hostel dapat Streamyx line sendiri.Sekali dah bayar bil sampai 3 kali sekali pun aku tak update.Well,janji Melayu.What to say? T_T

Apa yang penting,aku tengah cuti sekolah.Budak cuti bakal cikgu pun cuti jugak.Tak payah la nak dengki sangat,korang cuti sampai 3 bulan aku tak dengki pun.*Tipu

Hahahaha.Apa yang best cuti ni?Makan.Tidur.Tengok TV.Kalau tak tambah kilometer eh kilogram tu bukan namanya cuti.Let enjoy babeh!!

kenapa dekat sangat?

Berminggu rasanya aku dapat tahu sekolah untuk praktikum semester depan.Sekolah pula dekat-dekat sampai tak jumpa traffic light pun.Nak pergi sekolah pun aku boleh turun pukul 7.30 pagi sebabnya sekolah tu mula pukul 7.45 pagi.Ko nampak tak betapa dekatnya jarak sekolah tu dengan hostel aku?

Sangat dekat.

Aku tak nak mengeluh tapi terima sebagai rezeki di saat teman-teman yang lain pula terpaksa bergerak keluar nak ke sekolah seawal pukul 6.45 pagi.Tu baru nak praktikum bukan terima gaji pun.

Tapi aku terkilan kot.

Sebabnya tiga semester berturut-turut aku praktikum sekolah yang dekat dengan maktab yang jaraknya tak sampai 5 minit perjalanan.Latar belakang murid-murid yang hampir sama.Anak nelayan dan golongan sederhana.

Aku bosan.Aku rasa tak mencabar langsung.Aku nak suasana baru.Sebabnya aku nak latih diri aku dengan kepelbagaian murid dari pelbagai latar belakang.Baru nampak kaya dengan ilmu.Ini tidak jenis pesen yang sama.


Eh.Aku mengeluh ke?

Tak ada la sekadar mengadu kasih je.Aku perlukan pengalaman baru tu sebab aku nak buat persediaan ke Sabah dan Sarawak.InsyaAllah.