Apabila Ia Telah Bermula dan Luar dari Kebiasaan

Sudah lama saya tidak bercerita tentang kisah kehidupan saya y berselitkan dengan moral value or nilai di dalam penceritaan tersebut.Untuk pengetahuan teman-taman , saya mengalami kemalangan sebanyak 2 kali dalam tempoh cuti 3 minggu yang lepas.Jadi saya agak tidak seperti kebiasaan,mood saya jatuh sementelaah horman happy tidak dapat dihasilkan.

Kebanyakan perkara yang saya lakukan hanya berkisarkan perkara y melibatkan aktiviti manusia yang malas semata-mata.

~ni pun tengah malas lagi tau

Bercerita tentang kemalangan,kemalangan kedua yang saya alami nyaris2 mencederakan saya.Andai perkara itu berlaku sudah pasti anda tidak akan dapat tulisan saya pada kali ini.Honestly,saya agak trauma untuk memandu,biarlah saya berehat seketika sebelum semangat tersebut dikembalikan kepada saya.

Saya agak terkilan dengan rakan saya semasa kejadian tersebut,Rakan yang berada dalam kereta yang dipandu saya pada hari itu,bukan rakan-rakan saya y lain.Sewaktu kejadian tersebut,dia seolah-olah tidak peka akan kegusaran saya dan ketakutan yang dialami saya.Dia hanya menyuruh saya bersabar kerana benda yang dah nak jadi.ITu pun kurang dalam 5 minit dan kemudian dia terus meninggalkan saya sendirian dengan tangan y masih berketar-ketar.

Pada siapa harus saya bertahan pada waktu itu,untuk menghubungi abah saya,saya tidak berani apatah lagi ibu saya sendiri.(ibu selalu marah lebih dari abah bukan,kan3?).Kawan saya itu bakal seorang doctor.Boleh anda bayangkan sifat seorang doctor dengan karekter sebegitu.Berani ke anda untuk dirawat beliau jika itu sifatnya, melepaskan tanggungjawab semata-mata perkara itu tidak melibatkan beliau.Be honest,saya kecewa dengan dia dan agak serik…sampai bila-bila.Ini kerana ini bukan pertama kali dia pernah berbuat sebegitu,bukan kepada saya malah pada rakan-rakan yang lain.

Saya tiada pilihan lain selain menghubungi my gemoook~kemalangan pertama dulu pun dy jugak yang temankan saya~Abie lebih tenang sifatnya mungkin kerana sifat hakiki seorang lelaki yang matang,tidak melenting dengan tiba2 tapi lebih bersifat understanding.Saya amat menghargai sifat beliau itu.Terima kasih sayang!!!!Sudah banyak kamu tolong kita dalam tempoh cuti tersebut. My love for you never dies until the last petal of roses fall.

Kemalangan itu tidak mampu saya terima seperti kemalangan pertama.Mungkin sebab ini kemalangan kedua kurang dalam seminggu.Sehinggakan formen Honda tu gelak kerana kereta tersebut dua kali masuk bengkel kurang dalam seminggu.

Kemalangan kedua sehingga no plat patah dua,hurufnya berguguran dan logo Honda tertanggal.Bumper terkehel sedikit dan yang paling teruk adalah………Dan kemalangan tersebut tidak melibatkan sesiapa pun,tiada kenderaan lain o orang y terlibat.Pelik bukan??Hmmmm…

Saya akan berhenti memandu seketika ,maybe untuk 3 bulan,itu pun jika saya mampu bertahan.Insyaallah.

Kepada rakan saya yang sentiasa meminjamkan keretanya~kamooo kita tetap akan pinjam tau tp x kan drive je,dun worii k~^_~….jauhnya kelas kamooo~


Saya telah kembali ke IPGM KSM.Semuanya baru,kelas kami telah bertukar dan paling penting tidak lagi dikaitkan dengan toilet.Maklumlah sepanjang pengajian kami dari Kuala Lipis dulu sehingga tahun lepas disini,kelas kami asyik depan o belakang o depan toilet je…itu tidak penting.Rindu saya pada Kuala Lipis semakin menebal~I miss my lecturer n friends too

DUN telah dibubarkan~saya tidak lagi bergelar Penolong Ketua Unit o ala2 penolong kelas la.Dan saya agak janggal untuk menyesuaikan diri lagi tanpa jawatan itu,kerana telah terbiasa melakukan segala tugas hampir meliputi tugas kelas kerana my ketua haram macam ****.Pagi-pagi dah ke HEP untuk mengambil buku kedatangan, balik pula ditinggal kerana saya terpaksa menghantar buku tersebut.Melayan kerenah rakan-rakan pelbagai perangai,lecturer yang ragam kerenah dan macam-macam lagi.Habis kredit inform member2 dan cari lecturer,itu sudah pasti.Sampaikan untuk online YM pun saya takut kerana ada yang buzz untuk bertanya soalan sehinggakan esok jadual apa?TOlong la,agak-agaklah kalau mau bermanja dengan aQ pun..tp semua itu tinggal kenangan

Tapi banyak pengalaman yang saya timba dalam proses memegang jawatan tersebut,sifat tanggungjawab semakin menebal dan bukan sekadar berlandaskan menjaga hati semata-mata.Saya semakin matang dalam menilai sesuatu perkara dan paling penting saya sudah pandai untuk mengawal kemarahan saya yang masih bersisa itu…I miss da old alie,who always being annoying towards others.( tu dulu,tak caya Tanya member Saktian)


Minta maaf la pada KU,Farish dan PKU,Leha.Buku Kedatangan kelas bernamakan saya dan Alex Gay Robert ehh salah Jay je…SElamat bertugas dan melayan kerenah kami semua,lepas ni aQ plak yang nak wat perangai…hu3~dah lama sangat dah jadi budak baik n
Tak sabar nak tunggu result exam Sem 1 lepas,tapi nak mula belajar saya rasa malas teramat sangat.Ini la bahana cuti yang penuh dengan kemalasan…

1 anak murid:

sarizza myname said... []

My love for you never dies until the last petal of roses fall.
waa..taw ciplak ayt novel je...
hehehehhee.....
tul x...
nwy sian alie..byk musibah mlnda eh~~
xpe2 ujian tuh...strong ye!!! =p