Salam satu bloggers.
Esok nyah nak balik ke tempat belajar dah.Nak balik tempat yang membina jati diri nyah secara fizikal dan dalam,baik bertambah mahupun berkurang.Hidup mesti diteruskan.Lagipun mak nyah dah menyampah tengok nyah habiskan beras dia tanpa sebarang ganjaran yang berpatutan.Sebab nyah banyak berada di luar dari di dalam rumah. T_T
Kondisi talian internet disana mungkin tidak menentu,jadi entry malam ni adalah entry sebelum balik kesana sebagai pelajar semester 4.Yakni semakin lama nyah berada disana semakin cepat nyah akan keluar dari sana.
Tulisan malam ini bersifat peribadi.Siapa nak baca,silakan,siapa yang tidak mahu silakan tekan pangkah disebelah kanan anda.
Malam ini adalah refleksi kehidupan untuk sepanjang semester 3 yang lepas :
Pelajaran
Agak merosot dengan kesedaran yang rendah dan semakin rendah.Motivasi diri semakin berkurangan.Penyiapan tugasan juga sangat buruk.Esok nak hantar esok masih lagi tak siap dan pukul 3pm baru nak hantar.Ini hanyalah melibatkan tugasan berkumpulan atau berpasangan saja.Komunikasi dengan teman agak tidak baik,baik dari saya mahu dari dia.Susah nak buat kerja dengan orang yang slow steady apabila nyah jenis laju.Kalau dia masih lagi teman tugasan maka perubahan harus dilakukan pada semester baru ini.
Sosial
Agak baik,tidak mencari gaduh dengan orang atau orang mencari pasal.Sikit-sikit tu biasalah.Hidup tak boleh terlampau tenang.Kawan-kawan baru yang dicipta tak ramai tapi kawan-kawan bloggers semakin ramai.Dalam aspek agama juga semakin meningkat walaupun nyah giler giler orangnya.Kematian arwah Hisham menguatkan lagi kesedaran diri yang kematian wujud bila-bila masa.Betapa besarnya impak kematian arwah kepada nyah.
Kewangan
Sangat teruk.Sumber kewangan hanyalah dari kerajaan Malaysia.Elaun yang lepas hanya sempat membuat simpanan sebanyak RM1400 malangnya hanya tingga RM400 disebabkan terpaksa membeli laptop baru.Balance terkini dalam BSN sangat mendukacitakan dan hanya mampu mengeluarkan notes hijau sekeping sahaja.Say no to shooping online.Sudah cukup la dengan semua tu.Shawl yang tak dipakai ada lagi sebanyak 12 pasang dan shawl lama yang hanya pakai sekali banyak telah dilelong dengan harga murah cuti yang lepas disebabkan kekangan duit yang sangat.Baju pasang pun tak mahu beli dah.Ada lima pasang baju di tangan tukang jahit sekarang.Azam mahu berhenti shooping online.
Kesihatan
Merosot.Berat badan naik dengan mendadak dari kebiasaan 45 kepada 48kg.Ini tidak elok untuk baju baju kebaya koleksi nyah.Jumpa doktr dan doktor suruh amalkan gaya hidup sihat kerana badan asyik naik turun sahaja.Azam kurangkan kuantiti makan tapi makan banyak kali dan turun bersenam di waktu petang.Harus.
Cinta
Hubungan masih baik cuma harus ada nafas baru agar tidak terlalu mengongkong.Itu saya.Cinta jarak jauh ini susah dan nyah perlu banyak memahami kondisi keadaan beliau yang tidak menentu itu.
Kerja
Agak stabil tapi bagi tugasan dan jawatan baru harus banyak merujuk kepada mereka yang lebih berpengalam agar ia memberi pengalaman yang berguna.Walaubagaimanapun,nyah lebih senang untuk menerima sebarang jawatan kerana nyah sudah penat dengan dunia seperti tu yang telah nyah libatkan sedari dari sekolah menengah lagi.
notakakiku : jangan ulangi kesilapan yang lama =)
0 anak murid:
Post a Comment