Gadis Melayu Menari di Lorong Haji Taib

 Salam satu bloggers.

Ini adik manis tuan punya selipar jepun yang selalu kena libas manusia tag nyah.Nyah rajin melayan tag sebab malam ni tak modal nak bebel.Maklumlah gaji tak keluar lagi.Jadi tak ramai yang keluar Lorong Haji Taib.Heh.
 
 
 
 
1. Apa nama blog dan knp letak nama itu?
♥♥jari jemari menari-nari♥♥.Sebab nyah suka dengar lagi tema Gadis Melayu yang tak ramai nak Melayu tu.Seksi kemain nokss.Tak koser nyah nak explain banyak-banyak.Lagu tu  lagu berahi sebab ada abang Fahrin Ahmad yang katang-katang tu.Auwwww,suka tengok otot macho dia.


2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
Sepisendirian.Dulu URL lain,nama skema.Sumpah malu nak bagi tahu sebab terlampau skema dan terlampau mendedahkan identiti.Sepi sebab nyah suka filem sepi dan sendirian merujuk kepada cara nyah menulis.Sekarang nyah suka menulis secara underground.Bukan tak tepek langsung life kat sini cuma sangat jarang keluar pasal diri sendiri lebih-lebih lagi nak tayang muka pondan ini.Kiranya sendiri-diri tak dedahkan orang dan masyarakat sangat ler.


3. Apa method dlm penulisan anda?
Penulisan nyah yang sopan.Dulu gaya tulisan memang gaya pondan sampai ada yang percaya.Sekarang gaya pondan agak berkurangan sebab tak ada duit nak buat suntikan estrogen.Kulit pun makin kasar dan bulu ketiak pun makin lebat mengurai.Lalalalala.Tulis bila nak menulis.Sebab tu nama dia jari jemari menari nari.
 

4. Pernah terasa nak hapuskan blog? Sebab musababnya?
Tak.Tukar link je sebab belog lama ada banyak langau hijau gemuk.Menyampah.Nak potong periuk nasi orang je kerjanya.
 

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Pernah.Adik beradik dan saudara dan terkini anak saudara yang sunti yang gila K-Pop.Ohh nyah baru baru yang Super Junior tu sebuah band.Sungguh tak bertamadun sungguh nyah ini. T_T


6. Apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
Peduli apa nyah.Dia orang sume tu jeles je bukan apa pun.Kena pulak nyah ni kan lawa gebang gebang,sume nak dengki.Tak faham betul.Dah cantik nak buat macam mana la kan?Lawa.Kerana diriku seorang lawa 
( nada Maybellin )

7. Bila blog anda diberanakkan?
23 Mei kot.Ala tak ingat la.Surat beranak tak buat lagi ni.Sudahlah,kan belog aku nak masuk sekolah guane gini.


8. Siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
Teman gay.


9. Apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
Tak suka.Sebab depa tengok yang buruk je.Suka sempitkan minda,suka sebar fitnah.Seorang dua yang baca,seorang dua tu jugak yang tambah ajinomoto tolong sebar seluruh alam.Lepas tu bersebaran macam sampah busuk.Orang kenal belog dari tuan punya belog.


10. Sepuluh org sterusnya bakal di tag.
 Tak nak tag sapa2 boleh.Hehehehe

Sayang.Cinta.Kawan.Derak =)


0 anak murid: