Salam satu bloggers.
Cabaran hari ni : something you have to forgive yourself for.
Tajuk hari ni agak susah nak bertinta sebab tinta ni akan dibaca orang.Susah jugak untuk berlaku jujur bukan?Cabaran tinta ni bukan sebarang cabaran.Cabaran yang memerlukan keihlasan dan keberanian dalam berkata sesuatu yang benar : BENAR dari lubuk hati ini.
1. Langgar dinding porch sampai runtuh.
Nasib baik selamat tapi trauma.Sebab tu kecuaian yang kedua dalam 3 minggu.Yang pertama calarkan pintu kereta dengan gate rumah sebab tak reti nak bajet undur kereta.Dah habis kan RM700 nak cat balik.Then langgar dinding pulak.Habis 1K untuk kereta.Dinding runtuh sampai ke hari ni tak usik.
Trauma.Abah bagi drive balik kereta kesayangan dia tapi kaki ni berketar-ketar.Tak mahu bawak dah,sebab tu abah beli Myvi tapi macam ngeri jugak sebab dalam lingkungan kawasan zon bahaya kemalangan (padahal umah sendiri je pun )
Kenapa bersalah?
Lepas kejadian pertama,dah janji tak akan drive tapi mungkir janji.Rasanya tak perlu hurai dah.
Berdosa anak buat abah kecik hati.
2. Telan panadol 6 biji sekali gus.
Bodoh.Singkat pemikiran.Tak akan buat lagi.
3.Pointer turun merudum semester ni
Sem lepas belajar Fizik.Lecturer mengajar nyah buat kelab kat belakang.Hari-hari macam tu.Hari-hari mengata lecturer tak pandai mengajar tapi diri sendiri tak belajar.Sampai ke musim exam,masa tu siap mengalir air mata berderai,tension bagai.Sebenarnya,lebih kepada motivasi diri.Diri semakin sayu,layu,menyembah bumi mudah terbuai dengan angin lalu.Jadi follower dan bukan leader.Sama juga sekarang,bila dah tulis refleksi diri baru sedar.Ya,aku baru tersedar.
Cuba kembali kepada petala muda-mudi dulu.Penuh energetic dan passion.Aku rindu aku dulu.
4.Pengaruh muda-mudi.
Maafkan diri ini,dah banyak aku seksa badan.Pernah terlibat dengan Bulimia selama dua tahun.Nak kurus padahal tak gemuk.Akibatnya dah merasa dan mula merana.Kadang-kadang sedapkan hati,ini bukan kerana itu.Kalau hal muda-mudi ni banyak lagi.Aku maafkan diri dan jangan buat lagi.Semua yang salah dan tak betul dari norma masyarakat atau dunia.
Dah lama tulis,auto publish tapi salah date,patut tak keluar.Apa yang aku maafkan diri aku ini,hanya kekesalan yang aku buat dalam usia menjangkau 21 tahun ini.Makin lama di dunia ni,makin dekat dengan dunia yang satu lagi,makin banyak kekesalan yang kita buat sebenarnya.
notakakiku : payah aku nak fikir apa yang perlu dimaafkan.rasanya banyakk
.
7 anak murid:
Betul tu alie.. Topik ni menuntut kita jujur dengan sejujurnya.. Susah.. Huhu..
semorang pon buat salah.
tp semalam kan hanyalah panduan untok hari2 esokk!
so, be strong yeahh!
FarhanaDr
banyak lagi yang nak kena jujur tapi simpan untuk diri senidri sikit..
AISHA SAAD :
i'm strong enough.tQ sis
=)
wa.. telan 6 biji panadol
fahmi ibrahim
ya saya abang long.mencuba dan terus mencuba
Jard The Great
kesan dia kurang dalam setengah jam.rasa ringan tp mengigil2..kawan sempat sedar dan suruh muntah balik
Post a Comment