toilet bukan pilot


Aku punya perangai tak suka bersesak di tempat orang yang ramai.Contohnya,aku suka pergi shooping complex pada waktu  lengang yakni bukan masa cuti atau waktu orang sedang berkerja.

Rasionalnya aku tak suka bersesak,berlaga bahu,berlanggar segala bukit depan belakang dengan orang dan yang paling penting aku mudah mencari parking.Mudah nak pilih barang,tak payah menunggu barisan,segalanya mudah.Wohaaa!!!

Sama juga aku di hostel.Masa orang layan movie nak release tension aku tengah buat assignment.Masa orang tengah orang buat assignment aku layan movie.Best kan?Orang b’z,kita lenang-lenang.

Ada lagi.

Aku suka pergi toilet masa orang tak ramai kecuali waktu pagi semua orang bangun awal pagi macam aku.Okeh sila baca kenyataan tadi sebagai lewat.

Macam nak basuh baju.Aku basuh baju masa orang lain tengah buat taik mata yakni pukul 3pm di Kuala Besut.Aku punya style basuh baju,aku rendam dulu sementara nak mandi dengan sembahyang then baru aku berus sental sebabnya aku tak ada gaya nak berus macam orang lain.Berus sampai puas hati keluar macam bubble party,baju nak rabak kocak
.
Aku kasi rendam dalam air sabun,kasi turun semua kekotoran then baru aku berus sental.Kadang-kadang aku berus dulu tapi sebab tangan berus tak kuat mana aku akan rendam balik dengan air sabun sekali lagi.Kemudian aku bilas.

Dah bilas aku rendam sekali lagi dalam pelembut kain.Kasi wangi.Baldi sah-sah aku tinggal kat toilet.Proses itu biasanya memakan masa 5-6 jam sebab aku malas dan biasanya sebab aku telan banyak semut,aku lupa aku ada kain yang belum dijemur.Ye aku pelupa.

Oh lupa.Aku tak reti guna mesin bayar duit syiling tu,Aku yang tak reti sangat atau nasib aku yang malang,tiap kali pakai mesin,baju aku mesti tak spin sampai habis atau terendam dalam air sabun.Kadang-kadang orang potong line.Heh

Ok,kita sambung.

Disebabkan baldi kain aku tu lama sangat dalam toilet dan kain aku terendam macam tu sebab aku malas,ada  spekulasi liar bahawasanya aku tak basuh cuci kain baju aku.Orang ingat aku rendam je.

.Bukan sorang dua,ramai kot.Ko jangan,sedih hati aku wooo.

Korang gila apa,jijik kot tak basuh tak sental.Aku nak pakai anak-anak kecik tak cuci,mahu berkudis kulit aku kan.

Benda ni sebabnya aku buat kerja belakang orang bukan depan orang.Apa lepas ni nak suruh aku berak depan korang jugak ke?Bagi orang tahu aku yang susah nak berak ni,berak jugak rupanya.

Konsepnya mudah,macam buat benda baik tak semestinya depan orang,nak kena bagi tahu orang.

Ini kan pula kes basuh baju.Harap tak menjadi isu sudah.Tamat.Tak tamat kan aku kasi terbang berus ke mulut masing-masing.

Hye awak,kahwin nanti beli mesin basuh ae =)




8 anak murid:

Mek Nab said... []

Hahahaha...god idea..tankz 4 information.
tp kn mcm adibah nor bt iklan hohoho...:)

Puan Kutu said... []

haha bagus!setuju moral yg nak buat baik tak perlu la nak tunjuk kt orang kan?

zikeryhassan said... []

jalan pandang ke depan. sampai tak nampak dah orang kanan kiri.

#takdekaitan

haha:P

Unknown said... []

baa~ CAK!!

tak kena tepuk dari blkng ke tiem bash baju tu? roy slalu kena dulu..

ok... roy beli kat mesin basuh 2 pintu.. oteh?

noralisme said... []

@Cahaya Mata @ Nurul Are Inn

alaaa ni menci ni.tak tengok tb pun..tatau pun iklan apa..

noralisme said... []

@Puan Kutu

kadang-kadang kitatak sedar kan.terus bersangka buruk..

noralisme said... []

@zikeryhassan

i tegur kan?

noralisme said... []

@Azroy Kassim

mesin basuh manual ae..baiknya awak