edisi gatal celah budak-budak sebab tak pakai ubat gatal.

Selamat jumaat buat kalian dan selamat hari natal kepada kekasih gelapku Edward Cullen di Forks disana.Main salji dan buka hadiah jangan lupa pada adinda di Kedai Lalat ini yer.Hahahaha.


Nyah bukan baru bangun bila update blog di tengahari ini okeh.Nyah ni bajet anak solehah gadis sopan santun,pagi-pagi jumaat edisi melawat seluruh pasar Jumaat la.



Dah dua tahun,nyah ambik alih tugas mak nyah pergi beli barang-barang dapur hari jumaat ni,dulu x selesa tau,beli barang tak reti tapi sekarang dah besar dah.tak Dulu tak kenal lengkuas dengan halia tau.Dulu la.La ni dah tau harga semasa barang-barang dapur.Pernah terbeli kangkung sampai seringgit.Gila banyak siap boleh jamu kambing belakang rumah tau.Pernah pergi beli ayam sampai kena 20rm,namanya kena tipu hidup-hidup.


SEKARANG.


Nyah beli barang siap pandai pau pum pam lagi.Mintak lebih,mintak murah.Pergi pasar siap bawak beg siap-siap,nasib baik tak bawak raga plastik tu.Memang tak rupa nyah dah rupa macam mak-mak orang terus.Heh.


***


Nyah dilahirkan pada 8989.Tahun depan akan menjadi 21,wooww macam tak percaya dan tamoo percaya sebab nyah masih bodoh-bodoh alang lagi.Otak suci murni macam minyak kepala lutot.Petang-petang masih main kejar-kejar dengan sepupu yang kecik-kecik tu,menyanyi melalak depan rumah,buat-buat parkinson sebab masuk parking selalu gagal,bila naik air pergi baruh tangkap ikan sambil angkat seluar track sampai ke lutot.


Lau bosan,cari gaduh-gaduh dengan adik sampai dua-dua akan menangis.



Tak macam umur 20 kan?Tak macam cikgu kan?
( tak yah la nak iyekan.Nyah tau la.Siku kan)



Rumah cat baru.Orang sibuk tanya nak terima menantu ke?Heh.Anak sulung pun macam parkinson perangai,nak menikah.Pakwe nyah tu pun makan pun tak menentu,ni nak isi mulut anak dara orang dengan apa?


Nyah pernah gatal-gatal ajak dia nikah masa zaman jahiliah dulu.Tau tak apa dia jawab..



"Boleh je nak nikah.Rumah kita pakai rumah kotak.Pagi-pagi makan pasir bergoreng buat breakfast.Lunch kita makan rumput masak batu campur and for our dinner kita masak batu asam masak longkang"



Pergh jawapan maut tak boleh blah.Sentap hati.Tunggu la kau aq balik postim kat Karambunai baru kahwin la jawabnya.


Bukti ketidakmatangan usia ini dan tak harus bergelar 21 tahun pada tahun depan...


Petang semalam nyah turun dari bilik awal dari biasa.Biasanya kul 6 baru tayang muka tapi pukul 5 nyah turun,senyap sepi je.Abah tengah bz marking skema spm.Senyap je dia.Adik-adik aq sume tak ada.Tak boleh jadi ni,aq dah suyi sepi ni,nak kawan dengan saper.


Nyah usha pintu dapur rumah mak cik nyah.Terbuka.Mesti depa kat saner.Rumah saudara mara kami sume dekat-dekat.Tanah tok dulu sume anak-anak dy buat banglo dekat-dekat.Nyah pergi la tengok.


Senyap je sume.Depa mengintai tepi tingkap.Sume tak sedar nyah masuk rumah tu.Nyah intai sama tepi langsir tu.Rupa-rupanya depa dok intai orang dok kapeling tepi lorang jalan.Huh.


Sensasi.Tak padan kecik.Peluk-peluk makwe tepi rumah orang then depa kiss pipi.Sentap weii.Terkejut kaa nyah.Yang pompuan tercipu-cipu malu.Babeng ar.Tak malu ghiler.


Bila nyah buka suara,semua yang ada terkejut kaa.Kami menjerit.Auuww auawww.Heh.


Sambung balik.Nyah geram,nyah buka pintu.Buat bodo je.Tengak depa dok kapeling.Yang laki tu mula perasan nyah tengok je depa.Mula rasa tak selesa.Nyah tengok lagi sambil sapu-sapu sampah,alasan je tu.Saja nak tengok berani buat ke tak.


Rupan-rupanya ada pak guard tolong jaga.Coverline depa punya xtvt.Bangsat giler.Yang pak guard kak tak padan dengan f3 gatal mengurat nyah.Heh.Kecik tu nak gatal-gatal dengan nyah.Siku kan.


Nyah perli budak-budak tu,suh depa balik.Pompuan tu panggil nyah beruk.Auwww,apa ko mak,nyah chantek ni beruk ko panggil.Mai ko nak tengok mak hayam jadi mak beruk.


Horman beruk nyah mendidih-didih.Beruk ko kata.Nyah apa lagi...


Please,please,please

kamu jangan nakal

nak mengatal pergi masuk hutan

please,please,please

kamu jangan nakal

gatal celah mari nyah tolong garu

please,please,please

kamu jangan nakal

sebelum ku marah

penyapu melayang


Pak guard je yang lari.Terkejut tengok beruk jadian mengamuk nyanyi lagu aliff aziz.Sebelum lari sempat lagi buat flying kiss,nyah dengan horman beruk sempat agi buat gaya melompat macam beruk dapat bunga,konon-konon nak tangkap kiss tu la.


Nak tulis lagi tapi penat.Bye2


notakakiku : masih kecik dan tolol lagi




to my dear followers




this is sticky modes.

bagi yang followers nyah yang baru tu : Cik Nur dan Cik Cuppycake Najwa dan etc...


mintak tinggal jejak bagi mudah nyah nak cari balik.Jangan risau nyah tak bawak pi melacurnya.Hujan-hujan ni anak-anak ayam nyah sume cuti.huhuhuhu~


Bagi yang akan datang juga...acececece ( blushing sendirik)


Cuba update links anda semasa nak click followers,agar links anda kelihatan yer.


:)

~router ada problem,jadi kurang blog walking..harap bersabar.


SELAMAT BERKENALAN dari....






tukang cat yang...

Salam kepada geng bloggers sekalian.Blog ni dah sedikit berhabuk dan berdebu,kurang bermaya sudah sebab tuan punya jari penat.Nyah masuk blog ko orang tapi tak komen je.


Penat nak buka lappy tau,dengan bau yang kurang menyenangkan.Rumah nyah la ni tengah buat make over,jadi satu rumah kena cat.Nasib baik Rizalman tak ada,kalau tak bising mulut dy mengata-gata umah kami ni.


Sana sini bau cat tau.Nak on9 pun tak senang hati hinggakan nak berak pun susah sebab ada abang-abang asyik dok mengecat tepi tingkap toilet.Heh.


Tu baru toilet,tak cerita lagi depa mengecat depan bilik nyah pagi-pagi hari.Ya Allah,depa ni sume memang sah-sah rajin la.KUl 8 dah mula mengecat.Yang nyah angin kus-kus depa mengecat tepi tingkap nyah pagi-pagi tak sound amenda pun.


Biasa lah budak tengah bercuti,lepas subuh bukan nak cari periuk nasi,tak kan la nak makan pagi subuh lak nak masak la,bajet la nyah nak masak-masak pagi2 ni.Heh.


Tengah sedap lena,mimpikan abang edwekk hidung ni kembang kembis terbau cat.Gila babeng depa dok tepi tingkap nyah.Even tingkap tu gelap tapi masih la samar-samar.Rasa ternoda weii,nyah dah la tidur dengan seksinya.Bukan bukan tapi memang seksi.Cepat-cepat cover diri dalam selimut.




Bila dah gitu.aq cramp atas katil tu je,tak bangun-bangun dah.Memang angin la pagi tu.Memang mengamuk sakan la weii nyah bising-bising.


Sebab bau cat jugak lak nyah malas sangat nak on9,nak tidur pun susah.Jadi nyah berjalan-jalan melepak rumah mak cik yang sebelah rumah.


Ada cerita di sana,next entry k...



notakakiku : tadi menyumbangkan lagu please3 kamu jangan nakal..



sekolah dah nak bukak !!!

Hari ini kita berkongsi isu pendidikan buat seketika.Bukan apa la kan,nak share benda-benda ni boleh la kita tahu sedikit sebanyak pasal adik-adik sedara kita yang pergi sekolah tu.


kalau tak pun,kita berbicara pasal cuti.Siapa-siapa yang nak bernikah tahun depan jadi fikir la panjang,pergi check kelander 2010.Banyak perubahan berlaku.Hehehe.Ayat ni saya tuju kat seseorang...


Sebagai seorang bakal guru,ehemmm..nada tengah serius ni,macam on stage nak berdebate jap.


Cuti tahun ni sangat la sikitttt.Ini adalah tidak sihat untuk kami kerana otak akan berasa sangat saturated atau tepu untuk asyik belajar je.Padahal ayat sebenar ' kami malas nak belajar'


Mesti ko orang nak condemn sebab kami kan dah banyak cuti berbanding orang lain tapi kan we want more....ayat tamak jugak tu.


Tak macam tahun ni,banyak sangat cuti.Macam best giler je.Gov dah buat perubahan sebab dah banyak tahun cuti berlebih-lebihan agaknya disamping gov jugak tak ada duit.


Macam cuti sekolah,biasanya bulan 5 tapi anjak ke bulan 6.Jadi sem 3 ni lebih panjang dari sem 4 la jawabnya.Dan Sem 4 adalah sem yang memenatkan sebab banyak benda kena kejar.


Cuti bulan 8 dibawa ke bulan 9.Seminggu.Tarikh cuti pulak sekali dengan tarikh cuti raya.WTH!!!.Beraya dengan berassigment la jawabnya.Wajib.Dan tarikh birthday nyah tahun ni di akhir-akhir penghujung Ramadhan.


Jap.Penat ni.Terkejut banyak sangat ni.


RMTS - rancangan pemakanan untuk pelajar makan pagi-pagi tak ada dah tahun ni.


Asrama - dulu bayar rm 1 tapi sekarang rm 3 bagi pelajar yang ibubapa berpendapatan 5k keatas.


Asrama - weekend kena balik sebab had berada di asrama dipendekkan.bajet nak bayar letrik x da kot.ini tatau la samada meliputi sbp or mrsm.


kuim - salah eja tapi bantuan tuisyen pun tak ada.




notakaki : joegrimjows nak bertunang tahun depan?




cemerkap punya cerita

Selamat siang semua.Sebelum beta memulakan entry pada kali ini,izinkan beta memperkenalkan ibubapa beta secara ringkas.


Ibu beta bernama Tuan Ramlah dan bapak beta bernama Mokhtar .Sekian.


***



Nyah ada adik lelaki.Namanya tak perlu lah disebut demi menjaga kemaluan dia dan perangainya adalah clumsly atau cemerkap atau cuai.


Ini kisah contoh cemerkap yang tak boleh diterima pakai oleh akal logik manusia yang masih waras.


Abah menerima SMS.Adikbaca SMS tersebut.Memang abah jarang baca dan suruh anak-anak beliau tolong bacakan kerana kekangan medan penglihatan yang terhad di usia ini.



Bila adik baca.Dia hampir-hampir mahu menitis air mata.Lepas tu dia berlari ke arah mak nyah yang ada di ruang tv.


Adik : cik abah nikah lain dah.


Suara dia dah sendu senda dah.Memang tahap terharu dah masa tu kita orang.Nyah yang tengah makan ais krim malaysia mula rasa nak mengeget ais krim itu dengan kadar lebih laju.Mak nyah terkejut sehingga tekan off tv pada remote control.Semua orang terkejut.


Kami masing-masing terkejut kaa.Dia hulur SMS yang dibaca dia.



GEMPAR DUNIA HIBURAN,Zizie Iezzete telah sah bernikah dengan Bung Mokhtar.Kenyataan rasmi telah disiarkan di The Star.



Lain kali tu kalau sesuatu buka mata hati dan mata yang betul mata betul-betul.

Heh.



notakakiku : nasib baik mak bapak nyah tak gado2 kes ni.



love me hate me

Apa perbezaan yang paling ketara antara cuti pelajar universiti dengan pelajar ipgm?


Dia exam awal jadi cuti pun awal,biasanya bedanya seminggu dengan kami


Kami cuti mereka tidak.



Mereka bercuti kami tidak.


Cuti mereka habis awal seminggu dari kami sebab mereka dah awal seminggu.


Paling best ada statement baru hari ini,mahu mengemaskini cuti IPTA di Malaysia seragam dengan universiti antarabangsa,katanya mahu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke negara ini.


Ini menambah syahduku lagi.


Kawan-kawan ramai yang dah pergi.Tinggal berapa kerat je budak-budak ipgm.
Kau - kau - kau
3 je.



Dia juga begitu.


Jadi dia akan pergi.


Tinggal lah dia sendiri,dengan sepisendirian.



Tiada lagi abang yang belanja cadbury dan aiskrim di waktu petang
sambil berdating-dating dibawah pokok rambutan kuning itu.

notakakiku : silently cry.raya cina.tak sabar nak tunggu.




senjakala..

entry ini telah dipublish dan kini dikemaskini kerana tiada model mahu bercerita.sekadar hiburan semata-mata.



***

Alie sepi sendirian memandang ke tingkap.Musim hujan seperti ini matahari mendung sahaja.Suhu tidak tinggi tidak juga rendah melainkan dingin sehingga ke urat kentut.Dia masih setia menanti melontar pandangan ke arah tingkap itu.


Kapal terbang MAS melintasi awan yang mendung itu,membawa para haji dan hajah ke airport pengkalan chepa.Orang buat haji dah mula balik ke rumah.Anak-anak yang tak lena tidur selama 40 malam berulitkan kain pelikat ayah sudah boleh tersenyum riang.


Alie tidak begitu melainkan hanya menangis di hujung katil sambil mengigit gula-gula yang dibeli cik sebelum ke mekah dahulu.Heh.


Kemudian dia tersenyum umpama mendapat gula-gula bulat berwarna -warni yang dibeli di KBMall semasa kejadian kereta terbang itu.Bukan kerana mereng tapi kurang oksigen di bahagian arteri yang membekalkan gas tersebut ke otak,yakni kerana lemak-lemak tepu mula berkumpul disaluran tersebut.


'Abang Ekwett,puas Alie tunggu abang tau.Mana abang pergi?'


Tiba-tiba jantungnya berdengup kencang.Dia menoleh ke belakang.Dia ada disini.Maklumlah dengan kuasa dia apa sangat lah Kedai Lalat dengan Forks ni.hIk3~


'Abang tak kemana pun sayang,cuma berkejaran dengan kakak puding roti tadi.Dia tak mahu bekalkan puding roti dia yang sedap tu.Puas abang kejar dia ke rumah.Mengeletar tangan dia pukul telur tadi,risau abang gigit-gigit manja dia.Erkkk',tiba-tiba dia sendawa.


'Hmmm,bau puding roti.Sedapnya',Alie seperti khayal sendiri.



Abang Ekwett hanya ketawa kecil.Dia menjauhi sedikit dari tingkap sedari matahari mulai naik sedikit.Tubuhnya kelihatan seperti berlian 5 karat apabila terkena sinaran matahari itu.Kalau pergi jual kat Tiffany ni boleh kaya buat makan 3 keturunan.Lepas tu siap boleh beli Boeing 707 sebijik parking depan rumah.



Matanya yang redup,wajahnya yang polos pucat itu tampak manis dengan bibir yang merah merekah tanda tidak pernah menghisap rokok daun yang dijual di Kedai Runcit Ah Fatt. Ah Fatt sekarang tengah sibuk mendayung sampan di tanah seberang meredah sungai golok semata-mata mahu membekalkan rokok cap gudang yang murah kepada pelanggan nya sambil-sambil berjoli-joli disana.



Dia memegang tangan Abang Ekwett mengajaknya menjauhi tingkap itu.Kain langsir diturunkan.Bilik menjadi suram.Hanya aku dan Ekwett sahaja.Sendirian kami berdua.Alie tidak suka akan ruang.Dia mendekati Ekwett sambil membisikkan kata-kata cinta.Abang Ekwett malu-malu singa.Saat dia mahu menerkam mangsanya.



Doom,dum,doom.


Pintu bilik di ketuk dengan kuatnya.Cett,siapa yang ganggu ni,monolog mereka berdua.Ekwett terus bersembunyi disebalik pintu seperti biasa.

kalau tak dibuka,inilah yang dilakukannya.






'Kenapa?',tanya Alie kepada Papa Joe,pak su nya yang merupakan suami kepada mak su yang wajahnya bukan aishwarya rai kerana mempunyai bekas kekasihnya dahulu Hisham yang berbadan berketak-ketak seperti Salman Khan dari jarak 120 meter pada sudut 90 darjah ke arah barat dengan menggunakan goggle makmal sahaja.


Apa ko orang ingat mudah ke nak jumpa orang yang persis Salman Khan ni?



'Hang Ridhi ada dibawah.Tidak sabar mahu berjumpa kamu katanya.Siap bawak kereta polis pulak.Takut Papa Joe tengok pistol di pinggang ramping dia tu.Dia makan apa ae.Mestilah Herbalife Papa Joe kan ?',ketawa sendirian Papa Joe sambil mula menuruni tangga menekan-nekan whiteberry nya untuk meng update status FB beliau.


notakaki : kebosanan.