cemerkap punya cerita

Selamat siang semua.Sebelum beta memulakan entry pada kali ini,izinkan beta memperkenalkan ibubapa beta secara ringkas.


Ibu beta bernama Tuan Ramlah dan bapak beta bernama Mokhtar .Sekian.


***



Nyah ada adik lelaki.Namanya tak perlu lah disebut demi menjaga kemaluan dia dan perangainya adalah clumsly atau cemerkap atau cuai.


Ini kisah contoh cemerkap yang tak boleh diterima pakai oleh akal logik manusia yang masih waras.


Abah menerima SMS.Adikbaca SMS tersebut.Memang abah jarang baca dan suruh anak-anak beliau tolong bacakan kerana kekangan medan penglihatan yang terhad di usia ini.



Bila adik baca.Dia hampir-hampir mahu menitis air mata.Lepas tu dia berlari ke arah mak nyah yang ada di ruang tv.


Adik : cik abah nikah lain dah.


Suara dia dah sendu senda dah.Memang tahap terharu dah masa tu kita orang.Nyah yang tengah makan ais krim malaysia mula rasa nak mengeget ais krim itu dengan kadar lebih laju.Mak nyah terkejut sehingga tekan off tv pada remote control.Semua orang terkejut.


Kami masing-masing terkejut kaa.Dia hulur SMS yang dibaca dia.



GEMPAR DUNIA HIBURAN,Zizie Iezzete telah sah bernikah dengan Bung Mokhtar.Kenyataan rasmi telah disiarkan di The Star.



Lain kali tu kalau sesuatu buka mata hati dan mata yang betul mata betul-betul.

Heh.



notakakiku : nasib baik mak bapak nyah tak gado2 kes ni.



0 anak murid: