Alie sepi sendirian memandang ke tingkap.Musim hujan seperti ini matahari mendung sahaja.Suhu tidak tinggi tidak juga rendah melainkan dingin sehingga ke urat kentut.Dia masih setia menanti melontar pandangan ke arah tingkap itu.
Kapal terbang MAS melintasi awan yang mendung itu,membawa para haji dan hajah ke airport pengkalan chepa.Orang buat haji dah mula balik ke rumah.Anak-anak yang tak lena tidur selama 40 malam berulitkan kain pelikat ayah sudah boleh tersenyum riang.
Alie tidak begitu melainkan hanya menangis di hujung katil sambil mengigit gula-gula yang dibeli cik sebelum ke mekah dahulu.Heh.
Kemudian dia tersenyum umpama mendapat gula-gula bulat berwarna -warni yang dibeli di KBMall semasa kejadian kereta terbang itu.Bukan kerana mereng tapi kurang oksigen di bahagian arteri yang membekalkan gas tersebut ke otak,yakni kerana lemak-lemak tepu mula berkumpul disaluran tersebut.
'Abang Ekwett,puas Alie tunggu abang tau.Mana abang pergi?'
Tiba-tiba jantungnya berdengup kencang.Dia menoleh ke belakang.Dia ada disini.Maklumlah dengan kuasa dia apa sangat lah Kedai Lalat dengan Forks ni.hIk3~
'Abang tak kemana pun sayang,cuma berkejaran dengan kakak puding roti tadi.Dia tak mahu bekalkan puding roti dia yang sedap tu.Puas abang kejar dia ke rumah.Mengeletar tangan dia pukul telur tadi,risau abang gigit-gigit manja dia.Erkkk',tiba-tiba dia sendawa.
'Hmmm,bau puding roti.Sedapnya',Alie seperti khayal sendiri.
Abang Ekwett hanya ketawa kecil.Dia menjauhi sedikit dari tingkap sedari matahari mulai naik sedikit.Tubuhnya kelihatan seperti berlian 5 karat apabila terkena sinaran matahari itu.Kalau pergi jual kat Tiffany ni boleh kaya buat makan 3 keturunan.Lepas tu siap boleh beli Boeing 707 sebijik parking depan rumah.
Matanya yang redup,wajahnya yang polos pucat itu tampak manis dengan bibir yang merah merekah tanda tidak pernah menghisap rokok daun yang dijual di Kedai Runcit Ah Fatt. Ah Fatt sekarang tengah sibuk mendayung sampan di tanah seberang meredah sungai golok semata-mata mahu membekalkan rokok cap gudang yang murah kepada pelanggan nya sambil-sambil berjoli-joli disana.
Dia memegang tangan Abang Ekwett mengajaknya menjauhi tingkap itu.Kain langsir diturunkan.Bilik menjadi suram.Hanya aku dan Ekwett sahaja.Sendirian kami berdua.Alie tidak suka akan ruang.Dia mendekati Ekwett sambil membisikkan kata-kata cinta.Abang Ekwett malu-malu singa.Saat dia mahu menerkam mangsanya.
Pintu bilik di ketuk dengan kuatnya.Cett,siapa yang ganggu ni,monolog mereka berdua.Ekwett terus bersembunyi disebalik pintu seperti biasa.
'Kenapa?',tanya Alie kepada Papa Joe,pak su nya yang merupakan suami kepada mak su yang wajahnya bukan aishwarya rai kerana mempunyai bekas kekasihnya dahulu Hisham yang berbadan berketak-ketak seperti Salman Khan dari jarak 120 meter pada sudut 90 darjah ke arah barat dengan menggunakan goggle makmal sahaja.
Apa ko orang ingat mudah ke nak jumpa orang yang persis Salman Khan ni?
'Hang Ridhi ada dibawah.Tidak sabar mahu berjumpa kamu katanya.Siap bawak kereta polis pulak.Takut Papa Joe tengok pistol di pinggang ramping dia tu.Dia makan apa ae.Mestilah Herbalife Papa Joe kan ?',ketawa sendirian Papa Joe sambil mula menuruni tangga menekan-nekan whiteberry nya untuk meng update status FB beliau.
notakaki : kebosanan.
0 anak murid:
Post a Comment