kisah kasih sayang

Salam satu Malaysia.Selamat hari terakhir di tahun 2009 ini.Esok tahun bertambah dan usia juga bertambah.Nota buku dalam hati juga dibuka pada yang baru.Semuanya kalau boleh nak yang baru.


Kiah ko jangan la sampai nak tukar kain langsir baru,sofa baru,kereta baru sempena tahun baru kan Seman tukar bini baru.Masak la kau.Aq tatau.


Moganya semuanya dalam keadaan yang baik.Bukan diri kita saja,malahan ibu bapa,adik-beradik,kawan-kawan,masyarakat,masyarakat setempat walhalnya juga kepada warga bumi ini juga.


Kita sering kali mengabaikan perkara kecil yang dilihat tak penting mahupun langsung tidak terlintas di waras akal ini.Sedangkan kesannya besar sehingga membawa kepada diri kita sendiri seperti kita sedia ada disini hari ini.


Berapa ramai yang mengungkap rasa sayang kepada adik beradik?Saya mengungkapnya tapi dengan nada bergurau dan main-main.Tak sanggup nak luahkan dengan nada yang paling rendah frekuensinya sambil penuh kesyahduan.Wajid dia orang kata nyah gila.Heh.


***


Abah ada seorang je abang.Mereka berdua sahaja.Masa tu ayah abah dah tak ada.Cuma ada mak abah je.Mak abah kerja kampung,tanam tembakau di Bachok.Masa abah belajar pada pak bah ( abang abah ) la abah mengadu dan meminta bantuan sepanjang tempoh pengajian di USM.


Pak bah mengalas watak sebagai seorang abang dan juga penganti ayah mereka.Pak bah masa tu tentera ataupun nama lain ashkar.Masa tu dia tinggal di Kem Jaya Gading,Kuantan.Masa abah study pada pak bah la abah meminta untuk sedikit bantuan meneruskan pengajian.Mahu meminta pada mak di kampung mana mungkin ada telefon seperti hari ini,pergi bank in pakai card atm,hatta nak baca surat nak mintak duit pun belum tentu dapat baca bukan.


Ibu bercerita pada kami.Suatu hari abah meminta duit sebanyak RM 200 untuk membayar khusus pengajian.Masa tu pak bah pun dalam kesempitan.Tanda kesempitan beliau pada waktu itu dapat dilihat apabila abah dapat duit tersebut.


Pak bah hanya mampu menghulurkan sebanyak RM198.Kemana menghilang RM2 yang lagi.Rm2 tu dibuat bayaran untuk belanja pos duit tersebut.Nilainya kecil tapi sangat besar pengertiannya.


Pak bah lah yang menolong abah.Kerana bantuan pak bah la abah mampu menamatkan pengajian seterusnya kesenangan yang abah kecapi pada hari ini,yang kami adik beradik turut merasa adalah hasil pengorbanan si abang.



Sebab tu la apabila sepupu-sepupu saya yang membuat hal atau meminta bantuan dari segi kewangan abah tak lokek menghulur.Sehingga dulu saya sering bertanya pada abah kepada selalu tolong mereka sedangkan hal-hal yang sebegitu kecil juga mahu mengadu pada abah.



Abah tak pernah menjawab.Diam sendiri.Kini saya sudah tahu kepada soalan saya tadi.


SIDI AHMAD JUSOH
MOKHTAR JUSOH

notakakiku : nyah tak manjakan adik.hahahaha



0 anak murid: