Salam satu Malaysia.Hari ni nyah nak berkongsi ilmu yang nyah pelajari dalam kuliah hari ni,jadinya bahasanya mungkin agak skema kerana mahu menjaga tatasusila dan tertib budi bicara orang Melayu.
Diam,jangan kata nyah poyo.
Hari ni nyah nak ceritakan bagaimana asal usul kesetiaan rakyat kepada rajanya dalam versi komik Gila-Gila Online.
Nyah akan gunakan beberapa nama bloggers yang sempat terlintas dalam fikiran nyah.Jangan terasa pulak,kalau terasa sila komen dan nantikan entry cerita anda pulak.
Nyah tak sempat nak bagi link kesemua bloggers.My bad.,
***
Pak cik Hisham dan isterinya Mak cik Jard tinggal di hujung kaki bukit dihujung sebuah negeri bernama Apanama. Pak cik Hashim ni nama glemernya yang lain adalah Demang Lebar Daun kerana masa mudo-mudo dulu dia suka dok nyorot tepi daun lebar mengintai Cik Jard masa nak ngorat dulu.
Mereka mempunyai dua orang anak perempuan yang bernama cik Puding Roti dan cik Putihpurple.Kedua-dua anaknya berwajah jelita dan sungguh baik budi bahasanya.
Cik Puding Roti jika dilihat seiras-iras dengan Liyana Jasmey kegilaan pak cik ber_uwang manakala cik Putih purple pula kulitnya kemerah-merahan kerana baru pulang dari Auckland.Kedua-duanya menjadi kegilaan anak teruna seluruh negeri kerana kecantikan yang semulajadi tanpa sentuhan Botox atau Vitamin C.
Mereka sekeluarga mengusahakan tanaman padi huma di bukit tersebut.Padinya menguning dan udaranya yang bersih tanpa sebarang cemaran menjadikan kawasan tersebut amat cantik tak kala waktu senja muncul.
Matahari tenggelam di balik bukit seperti lukisan anak-anak tadika yang meletakkan matahari di antara dua buah bukit.Hehehe.dan sering menjadi kawasan shooting drama-drama terbaru di TV3.Kadang-kala menjadi tempat shoot untuk gambar perkahwinan cara zaman kini.Huhuhu.
Disebalik keindahan yang terdapat di kaki bukit tersebut,ada misteri yang menjadi persoalan semua orang kampung tersebut.Misteri itu masih dijaga rapi oleh orang kampung kerana yakni akan merosakkan nama baik kampung tersebut,maklumlah lokasi shooting popular katakan.
Kedua-dua anak perempuan Pak cik Hisham dan Mak cik Jard ini telah berkahwin tetapi malangnya apabila satu malam perkahwinan pengantin lelaki akan meninggal dunia keesokannya.Mereka ditemui meninggal dalam keadaan mati di kamar pengantin.~dah tu dalam keadaan apa lagi.ish.
Kejadian itu bukan lah pertama kali tapi berkali-kali sehinggakan Pak cik Hashim dan Mak cik Jard berpindah ke hujung kaki bukit tersebut.Mereka sekeluarga sudah tidak tahan mendengar cacian orang kampung mengenai anak mereka itu.Mereka memencilkan diri dan mula bercucuk tanam di bukit tersebut.
Pada suatu malam,lima anak putera dari kayangan turun kebumi dan singgah di hujung kaki bukit tersebut,walaupun malam tapi kekuningan padi itu umpama
bio aura untuk menarik kuasa sakti putera berlima itu turun ke kaki bukit tersebut.Mereka digelar Sang Sapurba.
putera-putera tersebut adalah abe long,kawie,boneka tak sakit,ah fatt dan yang paling tinggi dan kacak mereka adalah soyuz.
kedatangan mereka tidak disedari oleh pak cik hisham sehinggalah keesokkkan harinya.Padi mereka menjadi emas dan daunnya perak.drai jauh bukit tersebut kelihatan seperti emas mencurah-curah ke ladang padi seperti iklan koko cruch itu.
Orang kampung terpaksa memakai spek hitam seperti paris hilton empat segi sebab kilauannya memancar-mancar.itu bukan lagi rahsia.orang kampung berpusu-pusu untuk melihat keajaiban itu.
Dalam kejadian ini,Pak cik Hisham rasa terhutang budi kepada Sang Sapurba dan berniat untuk menikahkan kedua-dua anak daranya dengan Sang Sapurba.Disebabkan anak dara hanyalah dua maka yang selebihnya harus berputih mata.
Bagi menentukan siapakah yang layak mengahwini cik pudding roti dan cik putihpurple maka kelima-lima putera itu bermain permainan guli selama 3 hari 3 malam.
Disebabkan soyuz teringat bahawasanya bondanya akan mencari jodoh untuknya maka soyuz menarik diri,ah fat pula terpaksa menarik diri apabila peninggalan beliau pada tahun 2000 telah membuahkan hasil,hahahaha dan boneka tak sakit pula tetiba sakit apabila terkejut melihat kejelitaan 2 orang anak Pak cik Hisham.
makanya abe long dan kawie menang bertanding dengan sia-sia selepas 2 hari bermain guli.
Majlis dilakukan secara gilang-gemilang.Segala Tv siam dan tv congo datang membuat liputan khas.Miya Karim pula membuat liputan khas unti rancangan Noni.
Saat dinantikan telah tiba tak kala senja melabuh tirai.Abe long dengan kawie malu3 kucing sambil bertentang matamaklumlah sebelum mereka pencen mereka adalah gay.Heh.
Keesokkannya hariya semua orang kampong terkejut melihat kebesaran dan tulah abe long dan kawie.Mereka tidak mati seperti pengantin yang lama.
Oleh sebab itu Demang Lebar Daun menunduk kesetiannya kepada Sang Sapurba kerana beraggapan mereka mempunyai tulah sedangkan yang sebenarnya mereka ada pasangan gay tegar yang tidak dapat melaksanakan tugasan batin pada isteri mereka..hahahaha
notakiku : mood menulis tak datang sepenuhnya walaupun tulisan kali ini panjang.Panjang tapi kurang rasa..My bad.sorie..Tq for reading.