cuti oh cuti

Salam Satu Malaysia dan Selamat Hari Jumaat buat sekalian.Hari ni nyah lapangkan masa untuk entry yang proper dan bukan sekadar update dengan 5 baris ayat.Heee~semalam saya berbuat demikian dan seawal pukul 10 telah terlena sampai la ke pagi hari.My bad,sorie.


Hari ni nyah nak cerita kisah semalam.Tak basi lagi dan masih hangat bagi dipihak sebelah sana.


***


Macam biasa,pagi-pagi sebelum masuk kuliah adat tempat nyah study ni kita kena pergi perhimpunan.Ya perhimpunan,macam sekolah?Ye la tak ubah macam sekolah.

Kata buat degree?Betul la tu,nyah memang buat degree,tapi kalau lambat pergi perhimpunan kena kejar dek ESAH,dia rampas kad matrix.Tak macam org buat degree kan?

T_T

Jangan tanya banyak-banyak nyah study untuk jadi apa.

Semalam juga tetiba pada hari terakhir minggu ini,dimana saat kami semua meronta-ronta nak keluar dari Kuala Besut diberitahu pasal memo cuti sempena CNY.Memang lewat la keluar memo pasal cuti kali ini dan bila keluar di suruh kami semua buat pilihan.


Pilihan dia lebih kurang macam ni la yer :

CNY ahad dan isnin.selasa cuti peristiwa dan rabu dan khamis boleh dimohon untuk lanjutan cuti.

jika mahu pada lanjutan cuti tersebut,maka harus diganti kuliah pada hari sabtu pada tarikh sekian2 dan bermula dengan sabtu esok.

disebabkan permohonan dari pelajar agak lewat maka pihak hep memberi pilihan kepada kami untuk memilih on da spot pada pagi itu di perhimpunan.

siapa yang mahu cuti lebih atau tak mahu cuti ( kena pergi kuliah 2 hari sabtu )

disebabkan minggu lepas,kami tak boleh pulang ( eh kantoi la pulak,kami tuuuu )disebabkan majlis asyura,maka minggu ni memang ramai la yang nak pulang ke rumah masing-masing


~~info : di institut kami dipenuhi locals,kelantan dan terengganu~~


lebih-lebih lagi,charger lappy nyah terbakar,kena la balik nak cari kat KB,bukan apa kalau kat jerteh mahal dan nyah jugak kesempitan yang sangat sendat sehinggakan minggu ni makan ikan masak merah sardin je.

Memang kalau berterusan minggu ni jugak,nyah memang nak claim dengan sardin anita nak suruh dia angkat nyah dan kawan-kawan jadi duta sardin anita peringkat ipg.HEh.

Nyah makan sardin sampai nak terjeluak,dari berselera hingga tahap sekadar isi perut je.Memang banyak omega giler la,sambil tarik suara tinggi..

Sambung balik cerita,jadinya mula-mula ESAH tanya siapa nak extend cuti angkat tangan.

Maka angkat la tangan mereka-mereka ini,tak sampai separuh.Semua orang senyap,diam dan sepi.Masing-masing berdebar.

Makanya bila giliran yang tak mahu extend cuti ni,angkat tangan sambil bising-bising.Hahahaha,gelak dengan keji.Nyah pulak masa tu dalam kelompok org yang nak extend cuti,bila nyah angkat nampak kecik je tangan.


Orang sebelah kiri kanan tengok nyah buat bodo je.


Rasional nyah tak mahu extend cuti,pertama nyah amat tak suka kuliah berganti hari sabtu.Hari sabtu adalah hari untuk nyah berehat minda dari mengadap muka para lecturer.

Kedua : CNY tak ramai kawan-kawan balik.cuti macam useless,dok kat rumah tengok filem hong kong je.Bek study

Ketiga : nyah perlu pulang ke rumah minggu ini juga,kecemasan kerana lappy.


Sistem demokrasi adalah apabila majoriti bersuara itulah keputusannya.Makanya undi tadi adalah benar.

Bila balik kelas,kami ramai local,huhuhu..yang orang jauh-jauh ni panas bontot sudah,mula call YDP nak mengadu,tak cukup tu sindir-sindir.

Nyah masih boleh tersenyum dan hanya diam saja.Lagak jantan cool.

Tetiba terkeluar statement panas dari mereka.


'state bias'


Nyah masing diam-diam sambil gigit biskut Lexus sebab tak sempat breakfast.Diam sebab nyah memahami perasaan mereka.


Nyah tergelak-gelak sampai jatuh kerusi bila kawan cakap depa mintak no phone YDP dengan dia.

Then dia dengan seyesnya,buka phone..


017-99



'dop ingat eh',sambil simpan hp balik
.Member pun budak locals jugak.



notakakiku : ada nyah kisah?



0 anak murid: