patah hati

Salam satu Malaysia dan selamat hari Jumaat yang indah kerana esok adalah hari minggu.


Ini entry ringkas sahaja.Tadi pak cik hisham call,bergetar tangan-tangan nak angkat sebab kalau cakap dengan orang lelaki ini memang nyah terus darah gemuruh.Tolong jangan percaya.


Tapi tadi nyah ketakutan sehingga suara nyah bertukar betul-betul nyah jantan tak menjadik.Pak cik sendiri pun mengaku.Nyah malu sendirian dikamar ini.



T_T



Bukti suara nyah bukan lah sekasar itu adalah..





Tahun 2004 masa nyah form 3,nyah perform lagu ni untuk wakil ppd



Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang
( 2 X )

Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya

Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir



Bukti sebenar tak boleh nak tayang sebab masa tu bukan ada lagi handphone boleh record2 macam hari ni.Masa tu jakun lagi.Masa perform tu pun,baju lip lap lip lap tudung lilit belit dengan bunga sampai berjalan pun berat sebelah,tu tak pakai heels lagi.


Make up pulak masyaallah,kalau rizalman tengok mahu dia kutok-kutok dalam blog dia tau.Bibir merah menyala,bedak gomok sampai mayat cina,mata taruk eyeshadow sampai mata bulat nyah terus jadi sepet cina tak berapa nak cina.



Nyah nyanyi lagu Patah Hati sehingga patah hati diatas stage tu terus tau,sebab masa di chorus..



'patahlah hati.........



suara nyah hilang.Macam ni lebih kurang,masa nak tinggikan suara ala-ala anuar zain tu



'patah ......tiiiiiiiiiiiii



Malunya sampai ke hari ini.




notakakiku : abang isham..auwww tak sanggup nyah




0 anak murid: