rumah biru putih

Hari ni nyah nak buat entry bergambar,sebenarnya nyah tak ada idea nak tulis apa.Nyah nak elak tulis panjang-panjang sebab nyah lebih cenderung untuk menaip untuk menyiapkan tugasan semata-mata sekarang.


Nyah study sebab nyah nak tambahkan ilmu di dada dan bukan sekadar lulus cemerlang dengan pointer plastik semata-mata.Nyah nak praktik apa yang nyah belajar dan bukan hafal untuk jawab exam.


Kalau hidup macam tu tak ubah seperti belajar satu sem,ilmu semua letak dalam plastik atau 'jabe rokrak'.Ikat kemas-kemas,buka masa nak exam then lepas guna ikat balik dan ikat simpul mati.


Bila ilmu nak diguna?Nyah bukan kata orang tapi kata diri sendiri,asyik puji diri je,kadang-kadang kena hentam diri jugak then baru ada stimulus untuk improve diri..



****




Ini rumah saya.Rumah saya terletak di Kampung Kedai Lalat.Kedai Lalat dekat Pulau Melaka dan bukan di Pulau Singapura.Lokasi rumah saya berdekatan dengan rumah tok guru.Femes ke?


Rumah saya dipanggil balai polis Kedai Lalat sebab dulu dia berwarna putih dan biru.sekarang abah telah mengubahnya sehingga orang tanya abah nak dapat menantu ke?

Sangat tak lucu.Huh


Pakwe anak sulung abah tersenyum malu-malu ingatkan abah saya mahu pinang dia.Hampagas.


Itu garaj yang saya tak mahu tunjuk sebab saya pernah langgar dinding garaj dan bukan dinding faraj yer.


Saya buat dinding tu runtuh dengan menggunakan kereta yang anda dilihat dia atas.


Rumah saya tak ada pokok bunga,hanya banyak pokok berdaun yang membuahkan hasil yang boleh dimakan sahaja.Abah hanya akan menanam dan membela hidupan yang membawa manfaat sahaja.


Saya suka rumah saya sebab tangki air dia tinggi dan saya boleh naik dan tengok bandar Kedai Lalat keseluruhannya.




Ingat lagi tak masa entry lepas-lepas yang nyah mengadu orang mengecat tingkap bilik nyah pagi-pagi masa nyah seksi.Tu bilik nyah.


Kalau orang datang ke rumah nyah malas turun nyah akan intai dari tingkap je.Kalau orang nyah tak kenal memang nyah tak kan buka pintu.


Nyah bukan kera sumbang tapi nyah takut sebab dulu depan rumah ada orang pukau-pukau.



Rumah saya kecil tapi selesa.Sebab tu saya suka balik ke rumah setiap minggu.Jangan lah jeles-jeles,bukan saya yang suruh BPG buat maktab dekat rumah saya yer.


Andai kamu terjumpa rumah dengan rekaan ini jangan terkeliru kerana rekaan abah saya telah diaplikasi di beberapa daerah di negeri ini.Wooowww mangga mangga.




notakakiku : nanti nyah tunjuk hasil kretif abah nyah bersama-sama pokok-pokok dan binatang peliharaan beliau kalau nyah ingat.hahahaha.






0 anak murid: