sakit jiwa kalau semua macam ni

Semalam abah ajak pergi tengok cucu sedara dy,budak-budak tu dah sabtu ni.Langkah kanan ke kiri,saya cikgu tapi bukan cikgu bahasa melayu okeh.Take note ok.


Mak cik nyah,dia bukan nyah okeh.Nyah yang nyah.Clear?


Dia ada buat laksa penang dan laksa kelantan.Ko orang tahu ke apa laksa kelantan atau adakah nyah yang tak tahu namanya?Nama lain adalah laksa lemak.


Sendiri google kalau air liur mula meleleh.Biar air liuh meleleh jangan air lain.Jangan buat onar di teratak buruk nyah di hari jumaat ini.Heh.


Nyah nak cerita seorang anak sedara nyah ni.Amalin.Kecik lagi budak ni,baru Tahun 2.
Loyar buruk budak ni banyak sangat.Sampaikan buat kami tergelak-gelak.Kadang-kadang geram.Nyah tak bermesra sangat dengan kebanyakkan anak sepupu ni,depa pun macam segan.Dah besar-besar boleh la nak cakap gatal-gatal dengan nyah.Ahhaaa,kantoi.


Masa kat dapur tadi,kami kat dapur.Kak Siti,si bibik indon yang baik tu ada sekali.Nyah nak cuci pinggan tadikazen nyah tak bagi sebab katanya Kak Siti ni ada.


Adooi,bibik pun nak rehat-rehat jugak tau.Jangan la seksa-seksa.Lagipun nak basuh pinggan bukannya banyak pun lagi pun segan la weii,dah besar.Nanti mak mertua tak berkenan kan.


Motif tak boleh blah.Biarkan disitu.


Amalin tetiba cuit mak nyah.Mak nyah la pulak bunyinya.Auwww3..


My mom la.ish ko orang ni.Ngada tol.Double meaning.Jangan la,sambil tangan terangkat-angkat macam karam singh walia.Wekkk~


'Tok su jangan percaya sangat kak siti tu.Kak siti tu penipu',terkejut kaa mak nyah seketika.


'Kenapa amalin cakap gitu?',sambil usap rambut dia.


Mak nyah kan cikgu,secara psikologi sentuhan mampu menyenangkan kanak-kanak.Banyak kan menyentuh anak-anak ye jangan sentuh mak anak-anak lak,kan dapat anak baru lak.Hahahaha~


'Dia tipu malin tok su,malin pergi dapur tanya kak siti ais krim ada tak kat luar.Dia cakap tak ada.Malim jumpa ais krim ada je kat dalam peti ais'


Nyah yang tengah gatal-gatal dengan kazen tahan je gelak bila dengar jawapan amalin.


Dia pernah buat nyah geram sekali.Sekali tu je pernah terjadi kat nyah.


'Kenapa malin tak nak makan nasi.Makan la sayang'


'Malin tak nak la,jangan la paksa'


'Kenapa?'


'Malin penat la makan nasi.Kena kunyah.Malas la'



Notakakiku : nyah rasa nak siku je amalin masa tu.Hampagas tul.Loya buruk.






belum potong lagi,nyah dah potong la.

Serius nyah tengah hot.Tapi bukan hot nak stim ibarat edward cullen di hadapan bajet nak peluk nyah.



Tapi analogi macam jacab black rasa nak tumbuk edward.Bajet panas macam werewolf la ni.



Tengah hangit ni.Habis ternakan dan hasil tanaman di Farmville nyah,makanan kat Cafe World habus berkulat.



Nak buka blog lagi la mimpi macam nak tunggu edward gigit bella jadi vegi vampire.Heh



Streamyx kat area sini selalu x da signal.Bersamaan juga dengan line Celcom.Damn it.



Jadinya,paham2 je la..



Kan nyah potong kan,eh nyah dah potong nyah punya la.Kamu yang dah potong tolong habaq macam mana prestasi P1Max ni,kawasan KB..




notakakiku : tak tido lena teringatkan blog



chenta di senjakala - siri 1

Alie sepi sendirian memandang ke tingkap.Musim hujan seperti ini matahari mendung sahaja.Suhu tidak tinggi tidak juga rendah melainkan dingin.Dia masih setia menanti melontar pandangan ke arah tingkap itu.


Kemudian dia tersenyum umpama mendapat gula-gula bulat berwarna -warni yang dibeli di KBMall semasa kejadian kereta terbang itu.


'Abang Ekwett,puas Alie tunggu abang tau.Mana abang pergi?',nada suara Alie seakan merengek-rengek.


'Abang tak kemana pun sayang,cuma berkejaran dengan kakak puding roti tadi.Dia tak mahu bekalkan puding roti dia yang sedap tu.Puas abang kejar dia ke rumah.Mengeletar tangan dia pukul telur tadi,risau abang gigit-gigit manja dia.Erkkk',tiba-tiba dia sendawa.



'Hmmm,bau puding roti.Sedapnya',Alie seperti khayal sendiri.



Abang Ekwett hanya ketawa kecil.Dia menjauhi sedikit dari tingkap sedari matahari mulai naik sedikit.Tubuhnya kelihatan seperti berlian 5 karat apabila terkena sinaran matahari itu.



Matanya yang redup,wajahnya yang polos pucat itu tampak manis dengan bibir yang merah merekah tanda tidak pernah menghisap rokok daun yang dijual di Kedai Runcit Ah Fatt.



Alie memegang tangan Abang Ekwett mengajaknya menjauhi tingkap itu.Kain langsir diturunkan.Bilik menjadi suram.Hanya aku dan Ekwett sahaja.Sendirian kami berdua.Alie tidak suka akan ruang.Dia mendekati Ekwett sambil membisikkan kata-kata cinta.Abang Ekwett malu-malu singa.Saat dia mahu menerkam mangsanya...



Doom,dum,doom.



Pintu bilik di ketuk dengan kuatnya.Cett,siapa yang ganggu ni,monolog mereka berdua.Ekwett terus bersembunyi disebalik pintu seperti biasa.



'Kenapa?',tanya Alie kepada Papa Joe,pak su nya yang merupakan suami kepada mak su yang wajahnya bukan aishwarya rai yang lagak aishwarya rai kerana mempunyai bekas kekasihnya dahulu Hisham yang berbadan berketak-ketak seperti Salman Khan dari jarak 120 meter pada sudut 90 darjah ke arah barat.



'Hang Ridhi ada dibawah.Tidak sabar mahu berjumpa kamu katanya.Siap dengan uniform polis lagi.Takut Papa Joe tengok pistol di pinggang ramping dia tu.Dia makan apa ae.Mestilah Herbalife Papa Joe kan ?',ketawa sendirian Papa Joe sambil mula menuruni tangga menekan-nekan whiteberry nya untuk meng update status FB beliau.



Laki bini sama saja,bentak Alie dalam hatinya.Dia memandang sekeliling.Abang Ekwett tiada.Merajuk kah dia?




~~~bersambung


notakakiku : siri mengarut bila tak ada idea nak tulis entry


abah dan awek itu

Tiga malam yang lepas kan,abah ajak kita orang keluar jejalan.Pergi makan-makan.Kami adik-beradik bergaduh-gaduh destinasi dinner malam tu.


Cubit sini,tampar situ,sepak sana.Sekali mem besar buka suara.


'Tak payah pergi la'


Semua diam.Semua masuk dalam kereta.CRV rasanya cukup luas untuk 4 orang duduk dibelakang tapi bila kami masuk sekaligus rasa sendat macam naik kereta sapu nak pergi Kota Bharu yang kena bayar RM3 sampai nak tercabut skirt nyah.Damn it.



Nyah yang kurus ni rasa tergugat dalam sendat-sempit macam ni.Heh.



Pilihan malam tu adalah di medan selera di Bachok berdekatan Pantai Irama.Kami makan satay dulu sebelum menunggu masakan panas siap.
~anda boleh mencuba makan satay disini.sedap.


***


Abah mula membuka mulut.Nostalgia di Penang semasa di USM mengimbau kembali.Dunia terasa hitam putih seketika.


Abah bercerita.Dia makan di medan selera apa entah yang besar di Penang tu.Dia pesan apa entah.Kemudian pelayan pun hantarlah makanan yang abah pesan tu.


Pegang sudu.Pegang garfu.Google sendiri kalau tak kenal sudu dengan garfu okeh. :P


Dah masuk dalam mulut dua sudu baru abah tersedar.Panggil pelayan.


'Saya tak order yang ni'


'Salah meja ni,sorie bang'.Masa ni abah muda remaja ok.


Pelayan tu ambik pinggan abah dan terus hantar ke meja yang berada di hadapan abah.


Dan awek tu ( ala mak cik dah ) mengadap hidangannya dengan berselera.Sekian.




notakakiku : seyes nyah jacob blacklist kedai macam tu.geli weii




saya mahu kahwin tapi pengantinnya tiada

Nyah dalam mood mengemaskini blog.


Jika ada yang tersedar saya telah keluarkan link kamu n unfollow.


Saya hanya melayan jiwa.



Kenapa unfollow?

~ blog tak update langsung.
~ tulisan kecik sangat / besar sangat dengan tulisan yang tak sesuai
~ background macam giler,nyah ni masalah silau


Sekian.terima kasih

abang polis yang nyah tak tatut sampai ke tua :P




notakakiku : tajuk sebab merinduinya.




pengalaman semasa berdepan dengan kemalangan di KBMall


Pagi yang mendung ini lebih ramai yang akan berada di rumah daripada merayau-rayau ke shopping complex.Orang KB pasti ada sedikit trauma untuk mengunjungi ke KBMall dalam masa yang terdekat ini lebih-lebih lagi yang terlibat dengan kejadian semalam.


Bila habis baca akhbar pagi,barulah alie akan buka facebook untuk menuai di Farmville,memasak di Cafe World dan pelihara ikan dalam Happy Aquarium yang membutakan anda akan happy mcuri emas orang sepanjang hari.hu3~


Seterusnya barulah blog walking.Banyak jugak lah yang tulis en3 pasal kejadian KBMall,tapi alie tak jumpa la plak bloggers yang ada di sana sewaktu kejadian.Ada yang meluahkan rasa simpati dan ada juga yang mensensasikan dengan berpolitik ( nyah paling pantang )


Paling best bila ada yang menulis entry melulu dengan penuh emosi.It shouldn't be happen.Paling meluakkan orang yang berkenaan menulis seolah-olah tidak merujuk pada mana-mana fakta,maksud alie disini samada dalam akhbar atau mana-mana saksi kejadian.


Seperti mana yang diketahui umum,kita mengetahui kejadian tersebut disebabkan pemandu tersalah masuk gear reverse.Sebelum itu kereta tu rosak,si abang di luar cuba menolak kereta,si adik yang bongsu di luar dan si kakak yang angah ni dalam kereta mengawal kereta.


Tiba-tiba enjin kereta hidup.Disini kalau pemandu menekan pedal minyak lagi la teruk keadaannya.Masa pelanggaran lebih singkat dan kesannya juga besar.


Ramai yang salah kan pemandu yang melarikan diri.Dikatakan si abang dan si adik yang melarikan diri dan pemandu yang berada dalam kereta pula selamat di dalam kereta.Ramai yang emosi,marah-marah menuding jari kepada pemandu tersebut.


Yang melarikan diri,rasanya wajib akan lari.Kalau tak akan mati dipukul orang.Wajib si abang akan dipukul teruk.Lebih-lebih lagi di Kelantan.Hu3~


Selain faktor pemandu tu sendiri.Samada dalam sedar atau tak sedar ada faktor lain juga yang terlibat.


Dinding yang dirempuh tu hanyalah selapis blok bata merah yang hanya disimen dibahagian luar dan bahagian siling pula hanyalah sekeping siling yang nipis yang memang tidak mampu untuk menahan beban yang berat.Inikan pula sebuah kereta.






Jangkaan awal mesti syarkat kontraktor terkenal itu akan terlibat dengan isu saman.Ini keadaan biasa di Malaysia.Ada je pape, 'see u in the court'~versi kelantan sium tekok.


Orang yang tak pandai sains pun boleh buat prediction begini.



****


Ini pengalaman kami semasa berada di sana sewaktu kejadian berlaku.


Lepas membeli barang di dalam bahagian Pacific.Mai kazen,Qamarina bagi tahu nak pergi keluarkan duit di mesin ATM di atas.Dia meminta alie menjaga dua orang anak saudara dia,Syamin dan Arina dan menunggu dibahagian bawah je.


Saya tak sedap hati dan menahan dia cepat.Saya suruh je dia keluarkan duit di mesin ATM dibahagian bawah.Satu-satunya ATM di ground berhadapan kedai Samsung.


Kami pun menunggu la dia dan hajatnya mahu terus pulang dan keluar mengikut pintu depan KBMall.Tempoh masa ada la dalam kurang 3 minit.


Semasa nak keluar ke pintu depan,berdekatan kedai telefon dalam jarak kurang 2 meter dari eskelator.


Tiba-tiba ada debu mula jatuh dengan blok bata.Semua orang terkejut dan mula menjauhi kawasan tu.Tapi tak ada yang lari lagi masa tu.Masing-masing keliru.


Qamarina dan pegang tangan budak-budak tu dah.Dia dah cuak,mula melangkah kebelakang.Saya pulak keliru.Masih di situ dan masih memerhati.


Debu-debu mulai bertambah dan ada jam-jam dan barang-barang kepunyaan gerai-gerai kecik tepi tangga terjatuh satu demi satu.Masa tu tak ada sesiapa di eskelator di tingkat 2.Kemudian ada bunyi kuat.Ada yang menjerit lari.


Masa tu saya tak lari lagi.Mungkin terkejut.Arina menjerit nama alie.


'Kak Lailiiiiii'


Masa tu semua orang mula lari.Bila tersedar baru la saya lari tapi lari bukan la nak laju mana pun tapi dalam teragak-agak.


Masa tu fikiran terbayang macam cerita 2012 dan Tsunami versi Korea tu.Mula selawat dalam diam-diam dan sempat lagi terfikir tajuk entry latest.Damn.


Masa tu hanya orang dibahagian depan eskelator je yang lari.Kami semua berlari tanpa membuat bising.Orang lain tengok dengan peliknya.Aq pun hairan gak..


Kakak kedai kasut dengan orang yang tengah makan di KEPCI pun tengok pelik.Then masa tu baru la kelihatan dua orang budak perempuanMasterskills menjerit kepada pak guard


'Runtuh',pak guard tu terkejut mula tekan-takan alat canggih yang macam budak isi air gi sekolah tu la.Heh.


Kemudian baru ada bunyi yang agak kuat.Masa tu kami dah nak sampai pintu KBMall yang dibelakang.Tak fikir paper dah.Kami terpaksa ke bahagian depan jugak sebab teksi tak ada dibahagian depan.


Bahagian depan dekat area food court retak teruk.Masa tu barulah kami dapat tahu ada kereta jatuh dari bumbung tingkat atas.


***

Kami masing-masing bersyukur.Andainya Qamarina sempat naik ke eskelator tu mungkin dia akan terlibat sama dalam kejadian tu.Memang andaian tu segar dikepala kami sebabnya tempoh masa kemalangan tu amatlah singkat.

Masing-masing balik dengan muka cuak dan berdiam diri dalam kereta.


bukan kereta saya.



notakakiku : bila pulak mangsa yang dibahagian bawah naik eskelator tu sedangkan masa saya tengok tu tak ada orang langsung masa melainkan semasa kejadia tu dia masih tekad naik ke atas.Ada sesiapa yang berada di bahagian tersebut ketika kejadian?



siapa yang gila?

Tengahari semalam,mai kazen,Qamarina ada minta tolong temankan dia ke bandar Kota Bharu,maklumlah KB sekarang dah bertukar wajah,dia akut sesat.Kami ke KBTC yang ada Parkson tu.


Dah banyak lot kedai masuk.Kalau tak salah sampai 5 tingkat.Tapi tak pelik pun sebab dia lagi kecik dari KBMall.Kami pusing-pusing je.Sini tak leh lawan KBMall mungkin sebab masih baru dan tak banyak pilihan.Dengan kata lain kurang happening.


Lagipun nak berbelanja di Parkson tak ramai orang Kelantan mampu.Saya sendiri pun rela membeli belah di Pantai Timur jika berada di dalam bandar.( The Store aq langsung x minat,hidup segan tak mau-mau )


Sebelum pulang mai kazen ni kena tegur kat pak cik yang gilo.(mereng)


OG : Tu,sambil menunjukkan pada sesuatu.


Q:Blurring


OG:J*b**


Q: Terkejut sambil mula kelam kabut memeriksa.


Alie,arina dan syamin tergelak terbahak-bahak di tepi jalan.Tak tahan.Mia kazen ingat zip dy terbuka,tu yang kelam kabut.


Pak cik tu tak salah bagi saya.Sebab tolong tegur untuk kebaikan,kan?????.At least mai kazen akan alert apabila memilih pakaian.HU3~



Moral of the story : Jangan pakai jeans jika tuuut anda ehemmm atau tolong pakai baju yang labuh untuk menutup area tersebut.



rindu bau hujan bukan banjir.




notakakiku: terbiasa pakai track bila keluar gara-gara peraturan maktab.