chenta di senjakala - siri 1

Alie sepi sendirian memandang ke tingkap.Musim hujan seperti ini matahari mendung sahaja.Suhu tidak tinggi tidak juga rendah melainkan dingin.Dia masih setia menanti melontar pandangan ke arah tingkap itu.


Kemudian dia tersenyum umpama mendapat gula-gula bulat berwarna -warni yang dibeli di KBMall semasa kejadian kereta terbang itu.


'Abang Ekwett,puas Alie tunggu abang tau.Mana abang pergi?',nada suara Alie seakan merengek-rengek.


'Abang tak kemana pun sayang,cuma berkejaran dengan kakak puding roti tadi.Dia tak mahu bekalkan puding roti dia yang sedap tu.Puas abang kejar dia ke rumah.Mengeletar tangan dia pukul telur tadi,risau abang gigit-gigit manja dia.Erkkk',tiba-tiba dia sendawa.



'Hmmm,bau puding roti.Sedapnya',Alie seperti khayal sendiri.



Abang Ekwett hanya ketawa kecil.Dia menjauhi sedikit dari tingkap sedari matahari mulai naik sedikit.Tubuhnya kelihatan seperti berlian 5 karat apabila terkena sinaran matahari itu.



Matanya yang redup,wajahnya yang polos pucat itu tampak manis dengan bibir yang merah merekah tanda tidak pernah menghisap rokok daun yang dijual di Kedai Runcit Ah Fatt.



Alie memegang tangan Abang Ekwett mengajaknya menjauhi tingkap itu.Kain langsir diturunkan.Bilik menjadi suram.Hanya aku dan Ekwett sahaja.Sendirian kami berdua.Alie tidak suka akan ruang.Dia mendekati Ekwett sambil membisikkan kata-kata cinta.Abang Ekwett malu-malu singa.Saat dia mahu menerkam mangsanya...



Doom,dum,doom.



Pintu bilik di ketuk dengan kuatnya.Cett,siapa yang ganggu ni,monolog mereka berdua.Ekwett terus bersembunyi disebalik pintu seperti biasa.



'Kenapa?',tanya Alie kepada Papa Joe,pak su nya yang merupakan suami kepada mak su yang wajahnya bukan aishwarya rai yang lagak aishwarya rai kerana mempunyai bekas kekasihnya dahulu Hisham yang berbadan berketak-ketak seperti Salman Khan dari jarak 120 meter pada sudut 90 darjah ke arah barat.



'Hang Ridhi ada dibawah.Tidak sabar mahu berjumpa kamu katanya.Siap dengan uniform polis lagi.Takut Papa Joe tengok pistol di pinggang ramping dia tu.Dia makan apa ae.Mestilah Herbalife Papa Joe kan ?',ketawa sendirian Papa Joe sambil mula menuruni tangga menekan-nekan whiteberry nya untuk meng update status FB beliau.



Laki bini sama saja,bentak Alie dalam hatinya.Dia memandang sekeliling.Abang Ekwett tiada.Merajuk kah dia?




~~~bersambung


notakakiku : siri mengarut bila tak ada idea nak tulis entry


0 anak murid: