Cubit sini,tampar situ,sepak sana.Sekali mem besar buka suara.
'Tak payah pergi la'
Semua diam.Semua masuk dalam kereta.CRV rasanya cukup luas untuk 4 orang duduk dibelakang tapi bila kami masuk sekaligus rasa sendat macam naik kereta sapu nak pergi Kota Bharu yang kena bayar RM3 sampai nak tercabut skirt nyah.Damn it.
Nyah yang kurus ni rasa tergugat dalam sendat-sempit macam ni.Heh.
Pilihan malam tu adalah di medan selera di Bachok berdekatan Pantai Irama.Kami makan satay dulu sebelum menunggu masakan panas siap.
~anda boleh mencuba makan satay disini.sedap.
***
Abah mula membuka mulut.Nostalgia di Penang semasa di USM mengimbau kembali.Dunia terasa hitam putih seketika.Abah bercerita.Dia makan di medan selera apa entah yang besar di Penang tu.Dia pesan apa entah.Kemudian pelayan pun hantarlah makanan yang abah pesan tu.
Pegang sudu.Pegang garfu.Google sendiri kalau tak kenal sudu dengan garfu okeh. :P
Dah masuk dalam mulut dua sudu baru abah tersedar.Panggil pelayan.
'Saya tak order yang ni'
'Salah meja ni,sorie bang'.Masa ni abah muda remaja ok.
Pelayan tu ambik pinggan abah dan terus hantar ke meja yang berada di hadapan abah.
Dan awek tu ( ala mak cik dah ) mengadap hidangannya dengan berselera.Sekian.
notakakiku : seyes nyah jacob blacklist kedai macam tu.geli weii
0 anak murid:
Post a Comment