pengalaman semasa berdepan dengan kemalangan di KBMall


Pagi yang mendung ini lebih ramai yang akan berada di rumah daripada merayau-rayau ke shopping complex.Orang KB pasti ada sedikit trauma untuk mengunjungi ke KBMall dalam masa yang terdekat ini lebih-lebih lagi yang terlibat dengan kejadian semalam.


Bila habis baca akhbar pagi,barulah alie akan buka facebook untuk menuai di Farmville,memasak di Cafe World dan pelihara ikan dalam Happy Aquarium yang membutakan anda akan happy mcuri emas orang sepanjang hari.hu3~


Seterusnya barulah blog walking.Banyak jugak lah yang tulis en3 pasal kejadian KBMall,tapi alie tak jumpa la plak bloggers yang ada di sana sewaktu kejadian.Ada yang meluahkan rasa simpati dan ada juga yang mensensasikan dengan berpolitik ( nyah paling pantang )


Paling best bila ada yang menulis entry melulu dengan penuh emosi.It shouldn't be happen.Paling meluakkan orang yang berkenaan menulis seolah-olah tidak merujuk pada mana-mana fakta,maksud alie disini samada dalam akhbar atau mana-mana saksi kejadian.


Seperti mana yang diketahui umum,kita mengetahui kejadian tersebut disebabkan pemandu tersalah masuk gear reverse.Sebelum itu kereta tu rosak,si abang di luar cuba menolak kereta,si adik yang bongsu di luar dan si kakak yang angah ni dalam kereta mengawal kereta.


Tiba-tiba enjin kereta hidup.Disini kalau pemandu menekan pedal minyak lagi la teruk keadaannya.Masa pelanggaran lebih singkat dan kesannya juga besar.


Ramai yang salah kan pemandu yang melarikan diri.Dikatakan si abang dan si adik yang melarikan diri dan pemandu yang berada dalam kereta pula selamat di dalam kereta.Ramai yang emosi,marah-marah menuding jari kepada pemandu tersebut.


Yang melarikan diri,rasanya wajib akan lari.Kalau tak akan mati dipukul orang.Wajib si abang akan dipukul teruk.Lebih-lebih lagi di Kelantan.Hu3~


Selain faktor pemandu tu sendiri.Samada dalam sedar atau tak sedar ada faktor lain juga yang terlibat.


Dinding yang dirempuh tu hanyalah selapis blok bata merah yang hanya disimen dibahagian luar dan bahagian siling pula hanyalah sekeping siling yang nipis yang memang tidak mampu untuk menahan beban yang berat.Inikan pula sebuah kereta.






Jangkaan awal mesti syarkat kontraktor terkenal itu akan terlibat dengan isu saman.Ini keadaan biasa di Malaysia.Ada je pape, 'see u in the court'~versi kelantan sium tekok.


Orang yang tak pandai sains pun boleh buat prediction begini.



****


Ini pengalaman kami semasa berada di sana sewaktu kejadian berlaku.


Lepas membeli barang di dalam bahagian Pacific.Mai kazen,Qamarina bagi tahu nak pergi keluarkan duit di mesin ATM di atas.Dia meminta alie menjaga dua orang anak saudara dia,Syamin dan Arina dan menunggu dibahagian bawah je.


Saya tak sedap hati dan menahan dia cepat.Saya suruh je dia keluarkan duit di mesin ATM dibahagian bawah.Satu-satunya ATM di ground berhadapan kedai Samsung.


Kami pun menunggu la dia dan hajatnya mahu terus pulang dan keluar mengikut pintu depan KBMall.Tempoh masa ada la dalam kurang 3 minit.


Semasa nak keluar ke pintu depan,berdekatan kedai telefon dalam jarak kurang 2 meter dari eskelator.


Tiba-tiba ada debu mula jatuh dengan blok bata.Semua orang terkejut dan mula menjauhi kawasan tu.Tapi tak ada yang lari lagi masa tu.Masing-masing keliru.


Qamarina dan pegang tangan budak-budak tu dah.Dia dah cuak,mula melangkah kebelakang.Saya pulak keliru.Masih di situ dan masih memerhati.


Debu-debu mulai bertambah dan ada jam-jam dan barang-barang kepunyaan gerai-gerai kecik tepi tangga terjatuh satu demi satu.Masa tu tak ada sesiapa di eskelator di tingkat 2.Kemudian ada bunyi kuat.Ada yang menjerit lari.


Masa tu saya tak lari lagi.Mungkin terkejut.Arina menjerit nama alie.


'Kak Lailiiiiii'


Masa tu semua orang mula lari.Bila tersedar baru la saya lari tapi lari bukan la nak laju mana pun tapi dalam teragak-agak.


Masa tu fikiran terbayang macam cerita 2012 dan Tsunami versi Korea tu.Mula selawat dalam diam-diam dan sempat lagi terfikir tajuk entry latest.Damn.


Masa tu hanya orang dibahagian depan eskelator je yang lari.Kami semua berlari tanpa membuat bising.Orang lain tengok dengan peliknya.Aq pun hairan gak..


Kakak kedai kasut dengan orang yang tengah makan di KEPCI pun tengok pelik.Then masa tu baru la kelihatan dua orang budak perempuanMasterskills menjerit kepada pak guard


'Runtuh',pak guard tu terkejut mula tekan-takan alat canggih yang macam budak isi air gi sekolah tu la.Heh.


Kemudian baru ada bunyi yang agak kuat.Masa tu kami dah nak sampai pintu KBMall yang dibelakang.Tak fikir paper dah.Kami terpaksa ke bahagian depan jugak sebab teksi tak ada dibahagian depan.


Bahagian depan dekat area food court retak teruk.Masa tu barulah kami dapat tahu ada kereta jatuh dari bumbung tingkat atas.


***

Kami masing-masing bersyukur.Andainya Qamarina sempat naik ke eskelator tu mungkin dia akan terlibat sama dalam kejadian tu.Memang andaian tu segar dikepala kami sebabnya tempoh masa kemalangan tu amatlah singkat.

Masing-masing balik dengan muka cuak dan berdiam diri dalam kereta.


bukan kereta saya.



notakakiku : bila pulak mangsa yang dibahagian bawah naik eskelator tu sedangkan masa saya tengok tu tak ada orang langsung masa melainkan semasa kejadia tu dia masih tekad naik ke atas.Ada sesiapa yang berada di bahagian tersebut ketika kejadian?



0 anak murid: