bukan lagi rahsia..

Nyah berada di rumah kesayang sehingga petang Sabtu ini.Hanya meluahkan rasa nafsu yang membuak-buak dari petang tadi dengan bersenggama dengan lappy dan on9.Hu3.


Maklumlah kat hostel,wireless gomen ultromen,tekan itu ini keluar dia punya appearance.Heh.


Sebenarnya di entry ini juga nyah mahu berterus terang tentang sesuatu.Maafkan nyah jika ada yang terasa selepas membaca tulisan ini.


***

Bulan ini bulan Februai,nyah pelang kata bulan Februari bulan cinta bukan?Cuba belek entry nyah kalau tak percaya.Sila buat sekarang atau anda akan terkena panahan cinta Februari.Wekkx


Perkara yang nyah mahu bagi tau ada kena-mengena dan pernah nyah bagi hint disini.

Sebenarnya nyah mahu memberitahu tentang sesuatu yang dekat pada hati nyah buat masa ini.Nyah agak sibuk kerana tak lama lagi nyah akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarga.Ini tak lama lagi sebenarnya,akhir bulan ini.Itu rancangan kedua-dua belah pihak keluarga.



Anda terkejut?Maafkan nyah.Nyah tak berniat untuk berahsia sehinggalah ada beberapa teman mula mencucuk tentang perubahan diri dan ada yang masuk masuk line.



Nyah tidak mahu ada yang terasa hati,makanya nyah tulis entry ini.



Sungguh terkesan di hati nyah,sebab walaupun nyah muda tapi terpaksa berkahwin pada usia ini.Susah untuk dilafazkan tapi jika ini ketentuan untuk nyah,nyah terima.Lelaki ini jejaka pilihan keluarga.Saya rehda.



Nyah pernah kata nyah bukan BBN=buat-buat b'z sebab nyah memang b'z.Majlis akan berlangsung tak lama lagi.sedikit sebanyak masa nyah kearah persiapan majlis tersebut.Perancangan kami,akhir bulan ini majlis akad nikah sahaja yang akan berlangsung dan majlis untuk kedua-dua belah keluarga akan dilangsungkan pada cuti sekolah bulan Mac ini.



Kiranya nyah akan menikah lebih awal dari pak cik Hisham.



Mungkin anda merasakan nyah masih muda untuk menikah.Ya nyah masih muda.Nyah masih anak-anak kecil lagi.Masak nasi kadang-kadang lembik.Bila orang sergah,terus melatah,macam mana nak bermesra-mesraan dengan si dia.Heh,melebih la pulak.



Orang tegur,kadang-kadang saya sangat rasional kadang-kadang sampai melaung-laung satu blok.Sebulan lebih saya di hostel saya sendirian dalam bilik yang sepatutnya dihuni oleh dua orang.



Saya sudah biasa sendiri dalam satu bilik.Tetiba dapat roomate,bukan roomate je malah housemate dan paling ngeri dapat teman diatas katil.That scary enough.Lebih lebih lagi saya sangat la aktif semasa lena.



Masih lagi kecil kerana kadang-kadang mengigau malam-malam dan cuma tak terkucil di atas katil je.Serius saya takut untuk menerjah ke dunia baru ini.Saya tidak mahu privacy saya terganggu.



Saya mahu lena,mahu mandi,salin baju,mahu itu dan ini dan ada mata yang memerhati.Erghhhdhdbhdhdhdhhddhdhd,sangat tidak enak.









Saya harap anda berkongsi rasa bersama saya.Saya akan melangsungkan majlis tersebut pada 29 FBRUARI 2010





Insyaallah,saya akan menjemput kalian.




notakakiku : maafkan ku kerana entry ini. =)






0 anak murid: