HACKS

Salam.Saya Laili.Nyah tak ada.Dia cakap dia busy.Dia busy buat kerja,assignment dia banyakkk,banyak banyakk banyakkk,macam coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah sakit kepala lutot sampai longgar,nak berjalan pun terkangkang tau.Bila insan teliti tengok,banyak je mulut bebel.Cakap entah apa-apa.Contohya : kena liwat kot sampai terkangkang-kangkang jalannya.


Adoooi,dah banyak sangat baca ulasan kes profit tinggi,tak ingat term lain tapi term gitu jugak jadi pilihan.Biasalah,manusia ni kan kepoh,kalau tak kecoh tak ceria.Senyum.

=)


Saya dah cakap kat nyah,nak jadi penulis jemputan dia dalam blog ni.Bila saya nak menulis,saya akan menulis.Lain hari mestilah menulis,sebab ni blog dia.Mana boleh potong Q orang,lagi pun ramai yang minat kat nyah,bukan saya pun.Minat ke?


Saya pun tak ada nak minat sangat dengan semua ni,sebab tu saya nak menulis tentang apa yang saya nak tulis.Begini ceritanya.



***


Saya kenal dia awal tahun 2005.Masa tu saya baru je lepas PMR.Masih ingat tak result saya.Mana lah kamu ingat,sebab tak kenal saya tapi result saya sama dengan nyah.Kami sama pandai dan sama tak pandai.Huhuhu.


Masa tu dapat tawaran ke MRSM tapi tak pergi walaupun kawan terbaik meninggalkan saya di sekolah lama.Saya rehda.Ingatkan bila pesaing terbesar pindah sekolah yang lebih baik,saya akan lagi selesa disekolah lama.Yeyyeyeyeyeye.Macam keji kan?Sebabnya yang dapat result lebih tinggi semua pindah sekolah,rasa macam bajet dapat priority dari cikgu la kononnya.


Kusangkan hujan di petang hari tapi banjir di pagi hari lagi.Datang seorang makhluk yang sangat bajet,baru pindah sekolah,mentang-mentang budak sekolah agama,berlagak semacam je.Tubuh besar gedebak tapi dok kat belakang kelas.Cikgu tak nampak.Padan muka.Gelak keji2.


Tapi cikgu suka lebihkan dia dari saya.Saya tak suka. T_T


Tetiba jahat la pulak.Rupanya dia ni baik,kelakar,sumpat dan gila-gila orangnya.Dia kalah dengan saya masa pertandingan pembentangan hasil kerja dengan jabatan-jabatan HUSM di USM Kubang Kerian.Saya jadi pemenang,dia pulak menang sorak tapi dia memang cool habis.Tak malu giler.


Disebabkan banyak sangat saya mengutuk beliau semasa proses pertandingan tu,masa final saya kecundang dengan mudahnya.Suara hilang semangat,muka hilang seri sebab lupa nak minum air bio-aura.Tu yang hilang aura ak menang tu.Saya pasrah.


Dia dengan rilex tak emo-emo macam cikgu dan rakan-rakan yang lain,mestilah dia tak emo-emo sebab bukan kumpulan dia yang kalah final.Heh.Menci tol,sebab tu dia dengan baiknya melayan kesedihan saya.Tapi saya suka.Terima kasih awak.


Dulu saya tak suka awak.Sumpah,memang tak suka,tapi bila tak suka akhirnya kita jatuh suka.Suka sampai ke hari ni.Dari 2006-2010.Awak suruh saya tunggu lagi tiga tahun,saya suruh awak tunggu lagi empat tahun,boleh kan wak?Insyaallah.


Sebab macam awak pernah bagi tahu saya dulu,sampai saya tersentap-sentap hati ni ke hari ni.


Pelamin saja 2k.Nak jamu orang makan bukan 1k dekat 2k sebab mak ayah awak dan mak ayah saya bukan biasa-biasa,golongan beranak ramai,banyak mulut nak kena suap.Tu tak kira PPD Pasir Puteh,PPD Kota Bharu,kerabat suku sakat dari Kelantan sampai ke US.Nak jamu nasi goreng ke?Baju kawin nak pakai baju guni ke?Macam sifu dan tongga ke?Dah kawin nak duduk kat mana?Nak masak-masak tengahari pasir goreng paprik rumput ke?Batu masak kicap ke?


Macam jahat je statement dia tapi tu bukan jahat tapi teliti kan sayang.


Disebabkan cuti saya sangat pendek.Hari ni saya di Kuala Besut dan anda di UIA sedang giat bersilat cekak kita telah sambut hari lahir awak awal-awal tepi tangga rumah saya dengan sedikit air tangan saya yang serba ringkas.Salahkan kemalasan saya je,bukan saya.Malas nak buat kek.Kita cuba resipi baru pulak kan?


Kita berdating depan tangga rumah dari tempoh masa abah pergi kenduri sampai lah abah balik kenduri,baru kita sakan lari sume takut kena sound direct kat abah.Huhuhuhuhu.


Sempena hari lahir awak yang ke 22,Selamat Hari Lahir Sayangku





Ingat nak bagi bunga kemuncup kumpul banyak-banyak then ikatsejambnag macam saya pernah buat kat awak masa nak pergi makmal dulu,tapi kat rumah tak ada kemuncup.Nape saya nak buat gitu?


Sebab saya suka tengok awak senyum malu-malu sampai telinga nak merah.Tapi sekarang tak merah sangat sebab makin gelap. :P


notakakiku : Gula-gula HACKS -Hanya Aku Cinta Kamu Seorang





0 anak murid: