my name is aisyah.

Minggu lepas nyah dapat tahu yang seorang blogger tu mengajar kanak-kanak pendidikan khas.


Ko orang tahu tak apa kanak-kanak pendidikan khas ni?Nama biasa yang orang suka sebut adalah golongan istimewa,secara fakta apa definisi secara cepat dan tepat ko pergilah wikipedia yer jangan pergi balai polis pulak,mentang-mentang tagline dia sama.Heh


Secara ringkas budak pendidikan khas bukan pelajar yang CACAT ok tapi lebih kepada masalah untuk belajar secara normal.Contohnya,slow learner,hyperactive,down syndrome and etc.



Seminggu sebelum cuti sekolah bulan Mac nanti nyah akan menerjah kanak-kanak comel di sekolah-sekolah.Tapi tugas dan peranan nyah tak kan sama macam pak cik blogger kedua kita tu,nyah tak mampu tahap tu lagi ler..


Hahahha,nyah rasa hebat dan rasa sangat cool di sana sebab di sekolah akan dilayan secara dewasa bukan seperti di institut,dilayan seperti budak-budak disekolah.Disekolah nyah dan tawan-tawan akan diberi tempat samada di bilik guru atau kami sendiri mencari port kami sendiri.Nyah lebih senang berada di bilik guru kalau banyak melibatkan tugasan dengan para guru dan akan merayau pergi ke kelas kawan-kawan kena ganti kelas kalau dah tahap boring.


Pergi sekolah dengan membawa gelaran guru muda sangat menghappykan nyah.Rasa femes dan popular juga.Hahahaha,seyes,nyah tak tipu.Students macam maniac tanya cikgu-cikgu muda ini..


"cikgu masuk kelas saya tak?"


"bila cikgu nak masuk kelas saya lagi?"


"cikgu,saya nak buat roket meletup macam hari tu"


"cikgu,cikgu saya nak no telefon cikgu'


'cikgu cikgu abang saya kirim salam',ini memang sangat mengembirakan kami.Hehehehe



Disekolah tak payah pakai kasut HITAM dan TERTUTUP macam kat institut.Kami boleh pakai heels terbuka depan belakang ke,wedges ke,sandal pun kami buat kalau dah rasa tahap tak boleh blah.Tapi sebab nyah anak cikgu dan sebelum turun ke sekolah mak nyah akan melihat dan akan menegur.So nyah tak berpeluang sangat nak buat perkara-perkara di luar kebiasaan ini.Sangat baik bukan?


Di institut.


Perhimpunan pukul 730am dan masuk hostel pukul 115pm.Kalau nak balik awal,sila panjat pagar hostel masing-masing yer.


Nyah pernah nak kena sekali,kena kurung dalam hostel.Masa tu dah nak dekat 730.Cik Esah ni nak kunci gate,sume awek tak kira cun atau jelita angkat kain tinggi-tinggi nak pecut dengan heels tak kira tinggi apa semua.Sekali Cik Esah berlalu saja tanpa mengunci pagar.Siap tanya...




'bakpo pakat hungga ( lari ) ni?nok gi mano gak ?'



Nyah ni rasa macam basah ketiak berlari-lari selamba badak je dia tanya soalan tu.Memang idol la.



Nyah rindu akan seorang pelajar nyah semasa nyah ber'SBE di sekolah SK Demit 2.


She is such very special and funny and sometimes can be annoying too.She is Aisyah.I call her Ecah and this is my story with Ecah.




Saya Ecah.Umur Ecah 10 tahun kot.Ecah belajar di SK Demit 2.Ecah pergi sekolah dengan abah.Abah bawa Ecah naik motor.Pagi-pagi sejuk,Ecah peluk perut boroi abah.Hangat.



Ecah suka Miss Alie.Miss Alie comel. ( jap ayat memang tak boleh blah ar ).Tiap pagi sebelum Ecah pergi makan kat kantin,Ecah suka cari Miss Alie.Ecah baik.Ecah sayang Miss Alie.Ecah salam dengan cikgu Alie tiap-tiap pagi dengan masa nak balik.Ecah habis kelas pukul 1130 ( correct me ,if i'm wrong )



Miss Alie baik,dia tak marah Ecah macam cikgu-cikgu Ecah yang lain. ( Berani nak marah-marah,nyah pelatih lagi weiii ). Miss Alie suka bawa gula-gula pergi kelas.Dalam beg besar dia penuh gula-gula. ( ini kantoi sudah )



Ecah suka bau tangan Miss Alie.Sebab tu Ecah suka salam dengan Miss Alie.Miss Alie tak marah Ecah.Bila Ecah salam dengan Miss Alie,lidah Ecah terjelir terkena tangan Miss Alie.



Air liur Ecah kena tangan Miss Alie.Miss Alie tak buat macam cikgu-cikgu lain buat kat Ecah.Ecah sayang Miss Alie sebab dia comel,dia suka bagi gula-gula,dia baik dan tangan dia wangiiiiiii.



****

Ini kata Miss Alie.


Mula-mula saya terkejut dengan perlakuan Ecah lebih-lebih lagi part salam dan lidah ala-ala terjilat dan air liur terkena tangan.Part ini memang saya terkejut pada hari pertama.Hari kedua juga masih terkejut dan mimik muka masih ada gaya kurang senang.Ini benar,saya tak tipu.Masuk hari ketiga,everything is fine.



Saya dah boleh adapt dengan Ecah punya behavior dan kawan-kawan dia juga.Malah saya kagum dengan cikgu-cikgu Pendidikan Khas.Ada yang mudah marah dan ada yang bersifat penyayang.Cikgu lelaki juga tidak berkira apabila terpaksa membasuh air kencing dan berak pelajar mereka,that is awesome.



Mula-mula datang ke bilik tersebut saya rasa kekok dan rasa sedikit hipokrit apabila kelakuan saya sangat lah terjaga,tapi berada di sana bersama mereka saya mengubah perspektif saya terhadap mereka perlahan-lahan.Sehingga hari kelima saya telah mengubah secara total mental dan pemikiran saya juga,terima kasih kerana pengalaman berharga ini.





PENGHARGAAN KEPADA CIKGU P.KHAS KERANA TIDAK JEMU-JEMU MENGAJAR GOLONGAN YANG DIJANJIKAN SYURGA INI.YOU ARE GREAT.





Ini anugerah untuk cikgu blogger tersebut.Choose and pick only one person.




Nyah ada bersama mereka.Muka paling pondan itu adalah nyah.Tak yah bagi tahu mana satu nyah.



notakakiku : the next destination is SK Tapang...



0 anak murid: