putih

Salam semua.Sihat?Last entry nyah minta maaflah dari hujung kutub utara sampailah ke kutub selatan ,sebabnya nyah bagi kawan nyah menulis.Bukan apa nyah sangat bz untuk melapangkan masa dengan blog.Kalau nyah baca pun,mungkin dari Google Reader dan nak komen tu agak susah la sebab masalah limited wireless kat sini,sekejap je kena block.Heh.


Laili menulis dengan jaya bukan?Banyak juga komen dia pungut,hasil perbualan dengan Boneka je kot.Hahahaha.



Nyah perasan ada banyak msg kat CBox nyah.Nyah baca tapi untuk kunjungan balas dendam dan serangan dalam masa terdekat,mungkin tidak la kot,tunggu lagi seminggu yer sayang.Sebabnya minggu depan nyah akan pulang ke teratak usang di Kedai Lalat dan minggu tu juga nyah akan terjah ke Sekolah Kebangsaan Tapang untuk SBE.


Buat apa kat sekolah?Hmmm,jadi tukang jerit dan tukang sapu papan.Boleh x?




****


Pagi itu sangat tenang,tak bising,sunyi dan hanya kedengaran dengkuran halus dari sebalik pintu biru.Tak ramai yang berada dalam toilet.Banyak bilik toilet kering lagi sebab tak tersentuh dek kaki manusia.Yang nak keluar kepala tahi nak berak pun sanggup pujuk rektum suh telan balik sebab malas nak bangun dan nak tido lagi.Sangat tak sopan.


Nyah tak fikir ada yang tersalah menunggu pintu jamban di depan pintu lif macam pernah Kawie buat.Itu sangat membuang masa,kesian kat kepala tahi,terseksa giler.Hahahaha.


Aainaa wangi-wangi,cantik-cantk sebab pagi ni dia dan kawan-kawan nak pergi masuk KL.Aainaa bersama Timah yang bukan pastinya Opah Timah Singgpluss dan Jemah sudah berjanji nak pergi bersama-sama.Puncak Alam yang dingin dipagi hari sanggup mereka redahi demi menyahut hari berani untuk turun ke KL dengan sebarang prior knowledgenya.
Kesempatan Hari cuti Thaipusam tidak harus dilepaskan.


Masing-masing bersemangat untuk belajar based on discovery dengan sehelai sepinggang tanpa sebarang pengalaman.Nak terokai bandar Kuala Lumpur la ni.Sensasi betul anak dara la ni.Berani.


Nyah nak sampai ke jetti Pulau Perhentian ni pun takut tau.Kenapa?Sebab nyah segan jumpa dengan orang-orang kampung nyah yang nak pergi ke P.Perhentian.Bukan apa la kan,sebab nyah dah lama dok sini,so kulit nyah dah tak sama dengan dia orang.Cuba tengok kulit dia orang dengan nyah,beda bukan?
















Heh.Kan dah cakap.


Makanya berjalan la Aainaa dan rakan-rakannya.Apa yang dia orang cari apa yang mereka jumpa berbagai-bagai.Sampaikan terjumpa papan tanda Lorong Haji Taib pun depa posing.Motif?Kenangan yang terindah kot,then lepas tu kena kejar kat sume nyah-nyah kat sana.Ambik ko,angkat kain kurung tinggi-tinggi sampai tak comel langsung.Berpeluh ketiak dengan nafas bagai nak semput.Terbaik bukan.Tu namanya kenangan.


Bila dah nak gelap baru la mencari jalan pulang ae.Maka dengan confident anak dara ini ke KL Sentral untuk pulang ke Batu Tiga.Bila tren dah sampai dengan langkah gemalai dengan langkah bagai nak terkepit tak macam tadi lari tak ingat dunia maka masuklah mereka dalam train tu.Tetiba rasa sangat putih.Ye sangat putih seputihnya.Betul.




Semua mata memandang mereka.Mereka juga memandang yang lain.Mungkin rasa cantik dan comel mereka biarkan saja pandangan itu.Maklumlah bila pompuan rasa cantik,diulangi cantik memang tak sedar amenda dah.Memang rasa cantik lah.Ko pandang aku,aku pandang ko.Adil kan?


Bila tren berhenti,turun la Aainaa dan Timah dan Jemah tu tadi.Hmmmm..



'Batu Caves,Batu Caves,Batu Caves',kedengaran suara abang polis yang dibawah khemah kecil.Abang dan kakak yang tak berapa nak putih semua berkumpul disana.Mereka ternganga seketika.



"Wei Na,bakpo ado KLCC agi ni.Dok dale Kolupo agi ko.Confius aku weii"



Abang-abang yang tak berapa nak putih tadi dengan confidentnya berkata sambil nak menahan gelak ketawa...



"Adik ni stesen Sentul,adik sesat ke?"



Maka pulanglah Aainaa,Timah dan Jemah dengan penuh rasa kemaluan.Berat langkah mahu beredar,rasa nak terjun masuk atas rel train tu je.Bila balik ke KL Sentral balik dengan muka rasa confident mahu pulang ke jalan benar,ada abang tukang sapu berkata.


"Adik salah platform ae",sambil menyapu dengan muka tak ada perasaan.


Maka malulah mereka lagi.Sekian.




notakakiku : bawak tok guru sorang kalau nak berjalan yer =)









0 anak murid: