otak dikepala lutot

salam semua.maafkan nyah.nyah tidak kelapangan untuk update blog disamping banyak urusan yang perlu diurus.nyah juga semakin jarang mengomen anda tapi masih membaca tulisan anda.


diam bukan menyendiri cuma sibuk dengan urusan dunia.sekian..


insyaallah akan kembaki kencang minggu depan.a/kum



notakakiku : takziah kepada Syafiah Humairah Sahari,3 tahun.



merajuk dengan kamu yang sedang membaca entry ini.memang merajuk

sebelum ini nyah bukanlah bloggers yang gilakan komen tapi bila tulis entry semalam dan sehingga saat ini hanya 2 komen saja yang masuk.


tetiba sedih.rasa malas nak menulis dah.kecewa.


ini lagu tema perasaan hari ni.daa.



If you want me..


putih

Salam semua.Sihat?Last entry nyah minta maaflah dari hujung kutub utara sampailah ke kutub selatan ,sebabnya nyah bagi kawan nyah menulis.Bukan apa nyah sangat bz untuk melapangkan masa dengan blog.Kalau nyah baca pun,mungkin dari Google Reader dan nak komen tu agak susah la sebab masalah limited wireless kat sini,sekejap je kena block.Heh.


Laili menulis dengan jaya bukan?Banyak juga komen dia pungut,hasil perbualan dengan Boneka je kot.Hahahaha.



Nyah perasan ada banyak msg kat CBox nyah.Nyah baca tapi untuk kunjungan balas dendam dan serangan dalam masa terdekat,mungkin tidak la kot,tunggu lagi seminggu yer sayang.Sebabnya minggu depan nyah akan pulang ke teratak usang di Kedai Lalat dan minggu tu juga nyah akan terjah ke Sekolah Kebangsaan Tapang untuk SBE.


Buat apa kat sekolah?Hmmm,jadi tukang jerit dan tukang sapu papan.Boleh x?




****


Pagi itu sangat tenang,tak bising,sunyi dan hanya kedengaran dengkuran halus dari sebalik pintu biru.Tak ramai yang berada dalam toilet.Banyak bilik toilet kering lagi sebab tak tersentuh dek kaki manusia.Yang nak keluar kepala tahi nak berak pun sanggup pujuk rektum suh telan balik sebab malas nak bangun dan nak tido lagi.Sangat tak sopan.


Nyah tak fikir ada yang tersalah menunggu pintu jamban di depan pintu lif macam pernah Kawie buat.Itu sangat membuang masa,kesian kat kepala tahi,terseksa giler.Hahahaha.


Aainaa wangi-wangi,cantik-cantk sebab pagi ni dia dan kawan-kawan nak pergi masuk KL.Aainaa bersama Timah yang bukan pastinya Opah Timah Singgpluss dan Jemah sudah berjanji nak pergi bersama-sama.Puncak Alam yang dingin dipagi hari sanggup mereka redahi demi menyahut hari berani untuk turun ke KL dengan sebarang prior knowledgenya.
Kesempatan Hari cuti Thaipusam tidak harus dilepaskan.


Masing-masing bersemangat untuk belajar based on discovery dengan sehelai sepinggang tanpa sebarang pengalaman.Nak terokai bandar Kuala Lumpur la ni.Sensasi betul anak dara la ni.Berani.


Nyah nak sampai ke jetti Pulau Perhentian ni pun takut tau.Kenapa?Sebab nyah segan jumpa dengan orang-orang kampung nyah yang nak pergi ke P.Perhentian.Bukan apa la kan,sebab nyah dah lama dok sini,so kulit nyah dah tak sama dengan dia orang.Cuba tengok kulit dia orang dengan nyah,beda bukan?
















Heh.Kan dah cakap.


Makanya berjalan la Aainaa dan rakan-rakannya.Apa yang dia orang cari apa yang mereka jumpa berbagai-bagai.Sampaikan terjumpa papan tanda Lorong Haji Taib pun depa posing.Motif?Kenangan yang terindah kot,then lepas tu kena kejar kat sume nyah-nyah kat sana.Ambik ko,angkat kain kurung tinggi-tinggi sampai tak comel langsung.Berpeluh ketiak dengan nafas bagai nak semput.Terbaik bukan.Tu namanya kenangan.


Bila dah nak gelap baru la mencari jalan pulang ae.Maka dengan confident anak dara ini ke KL Sentral untuk pulang ke Batu Tiga.Bila tren dah sampai dengan langkah gemalai dengan langkah bagai nak terkepit tak macam tadi lari tak ingat dunia maka masuklah mereka dalam train tu.Tetiba rasa sangat putih.Ye sangat putih seputihnya.Betul.




Semua mata memandang mereka.Mereka juga memandang yang lain.Mungkin rasa cantik dan comel mereka biarkan saja pandangan itu.Maklumlah bila pompuan rasa cantik,diulangi cantik memang tak sedar amenda dah.Memang rasa cantik lah.Ko pandang aku,aku pandang ko.Adil kan?


Bila tren berhenti,turun la Aainaa dan Timah dan Jemah tu tadi.Hmmmm..



'Batu Caves,Batu Caves,Batu Caves',kedengaran suara abang polis yang dibawah khemah kecil.Abang dan kakak yang tak berapa nak putih semua berkumpul disana.Mereka ternganga seketika.



"Wei Na,bakpo ado KLCC agi ni.Dok dale Kolupo agi ko.Confius aku weii"



Abang-abang yang tak berapa nak putih tadi dengan confidentnya berkata sambil nak menahan gelak ketawa...



"Adik ni stesen Sentul,adik sesat ke?"



Maka pulanglah Aainaa,Timah dan Jemah dengan penuh rasa kemaluan.Berat langkah mahu beredar,rasa nak terjun masuk atas rel train tu je.Bila balik ke KL Sentral balik dengan muka rasa confident mahu pulang ke jalan benar,ada abang tukang sapu berkata.


"Adik salah platform ae",sambil menyapu dengan muka tak ada perasaan.


Maka malulah mereka lagi.Sekian.




notakakiku : bawak tok guru sorang kalau nak berjalan yer =)









HACKS

Salam.Saya Laili.Nyah tak ada.Dia cakap dia busy.Dia busy buat kerja,assignment dia banyakkk,banyak banyakk banyakkk,macam coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah sakit kepala lutot sampai longgar,nak berjalan pun terkangkang tau.Bila insan teliti tengok,banyak je mulut bebel.Cakap entah apa-apa.Contohya : kena liwat kot sampai terkangkang-kangkang jalannya.


Adoooi,dah banyak sangat baca ulasan kes profit tinggi,tak ingat term lain tapi term gitu jugak jadi pilihan.Biasalah,manusia ni kan kepoh,kalau tak kecoh tak ceria.Senyum.

=)


Saya dah cakap kat nyah,nak jadi penulis jemputan dia dalam blog ni.Bila saya nak menulis,saya akan menulis.Lain hari mestilah menulis,sebab ni blog dia.Mana boleh potong Q orang,lagi pun ramai yang minat kat nyah,bukan saya pun.Minat ke?


Saya pun tak ada nak minat sangat dengan semua ni,sebab tu saya nak menulis tentang apa yang saya nak tulis.Begini ceritanya.



***


Saya kenal dia awal tahun 2005.Masa tu saya baru je lepas PMR.Masih ingat tak result saya.Mana lah kamu ingat,sebab tak kenal saya tapi result saya sama dengan nyah.Kami sama pandai dan sama tak pandai.Huhuhu.


Masa tu dapat tawaran ke MRSM tapi tak pergi walaupun kawan terbaik meninggalkan saya di sekolah lama.Saya rehda.Ingatkan bila pesaing terbesar pindah sekolah yang lebih baik,saya akan lagi selesa disekolah lama.Yeyyeyeyeyeye.Macam keji kan?Sebabnya yang dapat result lebih tinggi semua pindah sekolah,rasa macam bajet dapat priority dari cikgu la kononnya.


Kusangkan hujan di petang hari tapi banjir di pagi hari lagi.Datang seorang makhluk yang sangat bajet,baru pindah sekolah,mentang-mentang budak sekolah agama,berlagak semacam je.Tubuh besar gedebak tapi dok kat belakang kelas.Cikgu tak nampak.Padan muka.Gelak keji2.


Tapi cikgu suka lebihkan dia dari saya.Saya tak suka. T_T


Tetiba jahat la pulak.Rupanya dia ni baik,kelakar,sumpat dan gila-gila orangnya.Dia kalah dengan saya masa pertandingan pembentangan hasil kerja dengan jabatan-jabatan HUSM di USM Kubang Kerian.Saya jadi pemenang,dia pulak menang sorak tapi dia memang cool habis.Tak malu giler.


Disebabkan banyak sangat saya mengutuk beliau semasa proses pertandingan tu,masa final saya kecundang dengan mudahnya.Suara hilang semangat,muka hilang seri sebab lupa nak minum air bio-aura.Tu yang hilang aura ak menang tu.Saya pasrah.


Dia dengan rilex tak emo-emo macam cikgu dan rakan-rakan yang lain,mestilah dia tak emo-emo sebab bukan kumpulan dia yang kalah final.Heh.Menci tol,sebab tu dia dengan baiknya melayan kesedihan saya.Tapi saya suka.Terima kasih awak.


Dulu saya tak suka awak.Sumpah,memang tak suka,tapi bila tak suka akhirnya kita jatuh suka.Suka sampai ke hari ni.Dari 2006-2010.Awak suruh saya tunggu lagi tiga tahun,saya suruh awak tunggu lagi empat tahun,boleh kan wak?Insyaallah.


Sebab macam awak pernah bagi tahu saya dulu,sampai saya tersentap-sentap hati ni ke hari ni.


Pelamin saja 2k.Nak jamu orang makan bukan 1k dekat 2k sebab mak ayah awak dan mak ayah saya bukan biasa-biasa,golongan beranak ramai,banyak mulut nak kena suap.Tu tak kira PPD Pasir Puteh,PPD Kota Bharu,kerabat suku sakat dari Kelantan sampai ke US.Nak jamu nasi goreng ke?Baju kawin nak pakai baju guni ke?Macam sifu dan tongga ke?Dah kawin nak duduk kat mana?Nak masak-masak tengahari pasir goreng paprik rumput ke?Batu masak kicap ke?


Macam jahat je statement dia tapi tu bukan jahat tapi teliti kan sayang.


Disebabkan cuti saya sangat pendek.Hari ni saya di Kuala Besut dan anda di UIA sedang giat bersilat cekak kita telah sambut hari lahir awak awal-awal tepi tangga rumah saya dengan sedikit air tangan saya yang serba ringkas.Salahkan kemalasan saya je,bukan saya.Malas nak buat kek.Kita cuba resipi baru pulak kan?


Kita berdating depan tangga rumah dari tempoh masa abah pergi kenduri sampai lah abah balik kenduri,baru kita sakan lari sume takut kena sound direct kat abah.Huhuhuhuhu.


Sempena hari lahir awak yang ke 22,Selamat Hari Lahir Sayangku





Ingat nak bagi bunga kemuncup kumpul banyak-banyak then ikatsejambnag macam saya pernah buat kat awak masa nak pergi makmal dulu,tapi kat rumah tak ada kemuncup.Nape saya nak buat gitu?


Sebab saya suka tengok awak senyum malu-malu sampai telinga nak merah.Tapi sekarang tak merah sangat sebab makin gelap. :P


notakakiku : Gula-gula HACKS -Hanya Aku Cinta Kamu Seorang





maafkan aku

Rasa macam ada sawang-sawang di pintu dan tingkap blog ni kan?Macam tak gigih je tuan punya blog.Dah puas menulis agaknya kot tapikan macam mana nak menulis kalau tinta pena mengering.Ingat nak beli ink mudah ke kat sini?Ink mahal tau.Heh.


Marah ni,marah ni tapi sabar je la.Tak ada sebab nak marah pun,sebab nyah terlampau bz dengan tugasan yang baru menimbun tak ubah macam pusat recycle barang buangan.Barang-barang lama yang jadi kenangan buruk kalau boleh dikitar pun saya mahu juga..Membebel sebab sudah hilang punca menulis.


Dunia blogging semakin suram.Betul ke?Nyah rasa sedikit suram,mungkin terjangkit flu dari bloggers lain,sorang demi sorang berjangkit sehinggakan menjadi pandemik.Bahaya lebih-lebih lagi melibatkan hati.


Kenapa?


Sebab hati ini tempat pengumpulan...hmmm,kumpul.Dah tak ingat.Mafkan nyah.Bercakap macam dah ejakulasi tanpa foreplay ~ ayat ini saya belajar dari singgplus.Heh.



Maafkan saya jika saya telah menyakitkan anda.Saya harap saya tidak.Sangat tidak mahu.Jauh dari sudut hati ini tiada niat pun jika tertanam harapan palsu utuk jiwa hati disana.Orang disini hanya mampu melihat jika disana masih berdiam diri.Kembali lah.Bukan kerana saya tapi kerana yang lain yang masih sayang pada kamu.


Hati ini hanya sekeping.Separuhnya telah pergi mencari konfigurasi.Separuh lagi untuk bekalan hidup sendiri.




notakakiku : tinggi bahasa malam ni




mak nyah kerinduan

Nyah sedang dan masih mencari konfigurasi keselesaan untuk ehemmm2,nyah tak suka memakai pelincir.Ye pelincir untuk melancarkan pergerakan darah ke otak ini.


Nyah syak interneuron nyah ada masalah la,mechanic mana sanggup nak operate nyah ni?


Nyah masih sakit,sakit M.MALAS.


MALAS untuk segala hal,dari study,makan,mandi,facebooking,blogging lagi la.Jangan kecik hati dengan nyah,sebab nyah tak komen entry kalian.


Nyah baca dari Google Readers tapi ak komen sebab gomen ultromen sangat suka membelok blogspot kalian.



Nyah update sebab terkejut ada yang follow blog nyah walaupun entry tak keluar.Arigato.



notakakiku : sedang layan filem once.







dapat E



Nyah tak ada idea nak tulis pasal apa,kebetulan kak ipar tersayang Cik Jard tag dengan questions yang telah disediakan.Ni skema berapa markah ni?





Kalau dapat A nak bagi apa ae?Bagi adik lelaki or kazen Cik Jard pun jadi.Heeee..





Nyah sudah dirumah di Kedai Lalat.Ah Fatt ko jangan tanya,nanti bila nyah rajin nyah tulis entry pasal Kedai Lalat ni.Jangan gelojoh-gelojoh,nanti kena buat CPR lagi.Hahahaha.





***



Rules:

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random

things,

facts,

habits,

or goals

about you.

At the end, choose 5 people to be tag



***



Mak oiii,banyak giler,baru perasan nak 23 benda.Hmmm,malam ni kita tengok nyah berjaya catatkan 23 kesemuanya or 32 semuanya.Hahahaha.





Jap-jap,rambut palsu nyah yang panjnag mengurai macam Rozita C.Wan tercabut.Saatttt





1. Nama selepas pembedahan transeksual nyah adalah Norazlaili.





2. Nama baru pula Azlan.Ini kerana perangai ada sedikit kelakian,bukan bersifat lelaki,tapi mereka menganggap saya seperti kawan lelaki.Nyah pasrah. T_T





3. Nyah mempunyai aset paling asli tanpa sentuhan botox atau mana-mana chemical substances.Mahal kerana ia sering diberi jolokan sexy oleh kawan-kawan lelaki.Nyah punya tahi lalat di antara hidung dengan bibir disebelah kiri.I selalu didefinisikan ..... arghhh nyah tak suka.Malas nak cakap.Huh.





ni pic paling latest masa dalam lab.





4. Anak sulong dari 4 adik beradik tapi sering kali disalah anggap adik kerana nyah paling kecil dan paling tak tinggi antara anak-anak perempuan abah.





5. Ini fakta yang sering diberitahu oleh orang,bukan nyah sendiri yang sedar tau.Nyah mempunyai aura apabila bercakap dan apabila membentangkan sesuatu idea.Orang biasanya akan memberi tumpuan pada apa yang nyah katakan,tapi awas ia nya hanya akan berlaku apabila nyah serius atau nyah dalam mood formal.





6. Lahir pada tahun 1989. 8 september 1989.Mudah nak ingat 8989.





7. Pelajar yang skema dan nerd dan cemerlang disekolah menengah dulu.Aktiviti pentas yang bersifat mencapap banyak nyah buat.Menyanyi,berpantun,bersyair,berforum,bersyarah dan etc.





8. Nyah bukan sengau tau tapi nyah bercakap nada atau gaya sebutannya menjurus kepada bunyi seakan-akan Bahasa Inggeris apabila bercakap dalam bahasa melayu baku.Ramai yang tertarik dengan itu then kalau cakap BI memang bunyi macam....Ntah la,masa sekolah dulu nyah jadi emcee perhimpunan versi BI,bila cakap je ayat terakhir : thank you sir for yourvery thoughtful speech,semua budak-budak tepuk tangan ber'ia2.Nyah syak dia orang yang jakun bila dengar nyah cakap omputeh.





9. Nyah pernah langgar dinding porch sampai runtuh dengan kereta 'kecik' abah.Kaki nyah tergelincir masa nak tekan brek then tertekan minyak.Nasib baik dinding tak jatuh ke arah kereta tapi ke arahbelakang.Kalau tak nyah tak akan menulis disini.





10.Nyah dah mula penat nak memerah otak nk isi 23 items.Heh.





11. Teman gay nyah belajar di UMP dan seorang yang gila silat dan gila joget-joget dan gila berpolis.Kami kurang berkomunikasi tapi banyak berkelahi.Huh.





12. Nyah belajar di nak jadi cikgu tapi dilayan seperti budak-budak sekolah di sini.Heh.





13. Wajib bila keluar tangan kiri jam dan tangan kanan rantai kayu dari Sabah.





14. Ini kisah memalukan tapi dah tak ada modal nak bagi tahu kat sini.PMR dapat 7A dan paling teruk nyah dapat E untuk satu kertas.Kertas Bahasa Arab.Nyah hanya belajar BA masa F1 je then nyah boring belajar tapi tak dapat turun kelas.Jadi inilah keputusannya.Ustazah mengajar Arab nyah wat objektif subjek lain.Huhuhuhu.





15. Pengumpul novel-novel dan komik-komik.Tapi komik-kamok banyak dah lunyai sebab adik baca macam orang gila.Huh.



ini masa contest dengan alaf21.koleksi kini mencecah 100,sikit je berbanding maniac novel2 yang lain.





16. Selalu simpan barang,dari yang besar-besar sampai ke kecik-kecik.Contohnya dalam purse nyah,resit-resit bank dan barang-barang tahun lepas masih ada terselit.Memang sebab tu purse nyah tebal.





17. Nyah tak akan kacau orang kalau orang tak kacau nyah.Mudah bukan?Nyah sangat baik pada orang yang sangat baik dengan nyah.





18.Mulut laser dan jahat juga tapi hanya pada orang yang tertentu,biasanya pada golongan seperti itu juga.





19. Sudah mengantuk sudah.Nyah seorang yang bising apabila dikalangan rakan-rakan yang pendiam.Bila dengan yang lagi bising,nyah lebih senang mendengar.





20. Nyah sangat suka nasi goreng papik dan mihun goreng.Mihun goreng paling da boom.Sapa nak ngorat nyah pastikan dia pandai masak mihun goreng tau.





21. Nyah suka tepuk bontot kawan-kawan nyah.Bukan di tempat tertutup tapi di tempat terbuka juga.Tak cun bukan?





22.Nyah apa lagi yer,hmmm nyah seorang yang kedekut dan amat menjaga hal kewangan.Elaun dari zaman nyah foundation sampai ke hari ini,hasil duit elaun saja,nyah berjaya simpan sehingga mencecah 5k ( tanpa disentuh selepas dimasukkan kedalam bank selain BSN ) .tu tak tengok lepas dah masuk ASB jadi berapa.Hu3



23. Hal no 5 7 8 18 semakin berkurang dalam diri nyah.Ini nyah makin sedar.Mungkin faktor persekitaran.



***

Nyah pikir nyah nak tag...

hmmm,tak pikir lagi la..hu3~







KPLI & KPSPM - pengambilan guru pelatih


Okeh,entry nyah malam ini adalah berkisar peluang yang wujud di sekeliling kita.Nah bukan lah duta kecil BPG mahupun menerima upah dari mana-mana pihak,nyah hanyalah mak nyah hots make up tebal-tebal,bulu kecil nipis yang berlegar di sekitar Kuala Besut mencari makan sesuap nasib,sob sob sob.


No ID ni boleh dibeli di BSN tau.Harga RM6.


***

KPLI - kursus perguruan lepasan ijazah.so mana-mana readers yang ada sedara o adik beradik yang rasa masih menganggur boleh la apply kpli ( 4 those who got degree already ).



ciri-ciri dan kelebihan kpli :


  • DG41 ~ wajib
  • belajar di IPG selama setahun
  • elaun kalau tak salah 1600
  • School Based Experience seminggu di sem 1
  • 3 bulan praktikum di sem 2
  • sekejap sebab tu memenatkan,adat la tuu
  • limit umur 35 rasanya
  • posting dijanjikan,kaki sebelah di gov



KPLSPM - kursus perguruan lepasan SPM ni memakan masa 5 tahun setengah.Macam yang nyah tengah buat la ni.Had limit umur rasanya sampai 21 sebelum tarikh register di bulan 7.


kalau rasa nak masuk matrikulasi dulu,boleh pi matrikulasi.Matrix intake bulan 5,IPG bulan 7.Macam nyah,nyah dok di matrix 2 bulan then pindah masuk IPG.


kelebihan dan ciri-ciri kplspm :


  • pakai result spm
  • 5 tahun setengah ~ 1 setengah untuk foundation ( ppismp ) dan 4 tahun untuk degree (pismp)
  • ppismp elaun 430 dan pismp dibayar setiap sem antara 3500-4600
  • limit umur 21 kebawah
  • posting dijanjikan,kaki sebelah di gov




Kalau rasa ada anak-anak jiran yang keliru boleh suruh apply program ni.Nyah sekarang di tahun kedua pismp.Lama lagi la nak keluar.Apa lagi ae..


Kalau ada benda nak tanya,boleh je tanya di disqus.



Entry hari ini bersifat infomasi.sekian,terima kasih.



notakakiku : tiada 1



update..

Saje je nyah nak update.

Nak bagi tahu yang nyah nak balik rumah.

I'm heading to Kedai Lalat,my home sweet home..




notakakiku : sila memandu dengan cermat =)




cinta monyet yang tak macam monyet

Nyah sangat kepenatan akibat aktiviti berjalan-jalan dan menghabiskan wang di bandar Jerteh.Bandar tu kecil tapi secara tepatnya lebih besar dari Kuala Lipis.Itu pasti,duit pun banyak hangus macam abang bomba datang berlumba-lumba.


Nyah berabis barang beli barang-barang di Watson then pergi kedai kain beli kain buat baju baru,makan-makan.Itu je tapi banyak la terbang masuk derma orang-orang Jerteh.Huh


Nyah dah lama tak drive kereta untuk perjalanan jauh.Agak jauh la perjalanan nyah.Penat tau.Nyah bawak dari Kuala Besut ke Jerteh,perjalanan 15km.Jauh bukan?Pergi balik dah 30km.



Sinis je muka ko orang bila nyah cakap gitu ae.Meyampah tau.Nyah tak biasa la nak bawak kereta jauh-jauh,lagipun dah lama nyah tak masuk Jerteh.Kaki ni penat nak balance clutch dengan minyak tau.Kalau setakat dari Kuala Besut ke Kg Raja 3 km ok la lagi.Then pergi jetti makan kerepok goreng sambil kena bayu laut.Nyaman..




Yang memenatkan apabila masuk Jerteh ni,bandar dia jalan one way.Nak cari parking sampai jumpa tu satu hal,jalan b'z wajib la kan.



Kaki nyah penat sampai ke otak rasanya.Cik Putih ajak naik ke KT,masak la nyah nak drive ke sana.Nyah mintak Cik Putih turun ke Kuala Besut,then insyaallah kalau ada rezeki nyah belanja la beliau.Senyum la Putih tu... :P


***


Nyah jarang sangat menyimpan emel yang berada dalam inbox.Bila masuk,bila check siap-siap nyah akan delete terus.Sama juga apabila dapat komen Disqus.Baca,komen dan delete.Disebabkan wireless gomen ultromen ni limited,biasanya nyah akan reply via emel je,samada disqus atau fb sendiri.


Kalau nyah tak dapat reply,nyah akan simpan dan delete apabila sudah reply.Tapi nyah jarang dan sangat-sangat jarang menjenguk satu ruang dalam emel ini.Spam.


Kisah bermula apabila nyah membelek emel yang berada dalam spam dan nyah terjumpa satu emel yang sudah diperam hampir seminggu disitu.


Emel dari di dia yang pernah berada dekat di daerah hati ini suatu ketika dahulu.Anda ingat tak,jejaka yang tak kenal sawi dengan tembakau?Itulah si dia.


Nyah berkenalan dengan si dia semasa F4,buka Flowers Boys tau.Zaman kegatalan mula terserlah.Dia lah lelaki pertama yang sudi berkahwin berkawan dengan nyah.Dulu nyah seorang yang bekeng (perengus,sombong,pemarah).Ini adalah benar.Tak ramai orang berani bergurau berlebihan dengan nyah.



Dulu mulut nyah macam siyall je.T_T.Ramai kawan-kawan terasa dan pernah terasa samada perkara itu benar atau tidak benar.Sebabnya mulut nyah tak ada filter,filter nyah dah terkoyak sudah.Tapi itu dulu.



Sekarang nyah sudah kehilangan skills tu tapi lawyer buruk nyah semakin terserlah.Hahahaha.Nyah bahagia begini,tapi kadang-kadang perangai nyah yang baru ini membuatkan orang naik kepala nak buli nyah.Tak apa kadang-kadang nyah buli dia orang balik.Skill lama masih ada cuma tak terasah je.Bluekk..


Apa aku cerita ni.Ish.



Si dia menghantar satu warkah yang ringkas tapi cukup menyentap perasaan.Sungguh,walaupun kami sudah lama tidak bersua dan sangat jarang berkomunikasi tapi kenangan lalu tetap menerjah.


Kekasih lama katakan.Walaupun dia sudah bergelar suami..


Betul dia dah jadi laki orang la.Umur baru masuk 22 tahun ni,tahun lepas dia dah nikah.Gatal,gatal,gatal.Dulu masa kapel gatal jugak dia ni tau,siap ajak nyah nikah kat Siam lagi.Tup tup ko nikah lain dangan awek Indon.Nasib baik bini ko cantik,tak ada la nyah nak bising-bising tapi nyah tetap terasa.Apa nilai janji dahulu?


Ni kalau teman gay nyah baca,mesti tersentap hati ni,Ish.


Bukan apa,cuma apabila kita mengimbau kenangan lama,sedikit sebanyak hati ini tersentuh bukan?Hanya mereka yang punya kenangan mempunyai konfigurasi akan merasinya.


Dah banyak kali dia add di FB dan banyak kali jugak nyah reject tanpa belas kasihan.



Dia bakal jadi ayah.Cemerlang sungguh bukan?Pandai je ko ae,study lambat lagi nak habis dah ada produk kasih sayang.



Nyah dengki,anak dia mesti comel macam dia dan bini dia.Huh.TAk sabar nak tatap wajah si kecil itu.




notakakiku : tak sempat nak edit entry ini.



kuala lipis - kuala besut

Masih ingat lagi tak pada lelaki yang berbaju hijau dan berjanggut nipis yang sanggup meneman Sha ke Pasar Kuala Besut?


He is not available anymore.Happy sangat-sangat,sebab nyah dapat kakak ipar dan kakak ipar pula bukan berada di sini SO kami masih boleh mengusik pak cik tu seperti biasa.Heh.


Padahal setiap kami nak kenakan dia,kami yang terkena.Siapa yang kenakan siapa ni?Heh


Pelik bukan?Maaflah Cik Puteh dia sudah berpunya,anda lambat.kalau nak add dia,ada je dalam list MY BFF.Hahahaha.


Jap,Cik Puteh private blog ke?Tak aci sungguh.Nak marah ko dalam FB nanti,siap ko Puteh.Nanti nyah nak fire ko punye FB walls.


Kawie pulak senyap terlepas menulis untuk entry semalam.Kemana beliau ae?Kawie sila lapor diri pada nyah secepat yang mungkin.Ku merinduimu...


***

Hari ni nyah bukan menulis entry gila-gila seperti biasa.Ini adalah kisah nyah untuk hari ni.Pagi yang panas di Pantai Bukit Keluang ini kami sudah biasa rasainya,tak seperti awal-awal berada disini.



Semua kawan-kawan mengeluh kepanasan dan kehangatan.Mana mungkin tak bising,dulu di Kuala Lipis,udaranya nyaman.Pagi-pagi bermain dengan kabus,sape-sape yang pakai make-up titis embun pagi akan mencium pipi anda.Jadi sape-sape yang tampal pipi tiga inchi bedak pasti akan terkantoi la.Lalalalalala the love song.



Lecturer kesayangan kami untuk subjek pedagogies Science akan berpindah.Berpindah pula ke tempat kami yang dulu,Kuala Lipis.



Kami ada junior kat sana yang merasai kesusuhan seperti kami dahulu,mereka pulak tak berjaya meninggalkan Kuala Lipis seperti kami.



Sekarang mereka terkapai-kapai untuk belajar dengan selesa.Kiranya lecturer kami akan kami lepaskan untuk mereka,di masa yang sama demi meringankan bebanan ibu-ibu kami dan papa kami di Jabatan Sains disana.



Berat hati nak lepaskan Madam tau.Her class is so fun.Kami main lukis-lukis,colouring,buat jet kertas,bilang titik air dan macam-macam lagi.Tak ubah macam old skool.Tak rasa nak jadi G tapi rasa macam students.


Seronok.



Tapi kami lepaskan Madam sebab kami sayangkan Madam,dengan harapan Madam dapat membantu junior-junior kami disana.Sebab kami pernah berada di situasi yang sama,maka kami merelakan.


Madam A,we love you.You are the best lecturer ever.



*****




kepada para pemimpin yang menjadi tungak kepada suara ramai....

a very good leader is willing to listen to others,be apart of us,accepting criticisms and challenges,then we will definitely appreciate it..



kenangan bersama mama-mama dan papa-papa Kuala Lipis di Ulu Tembeling.


notakakiku : sungguh bosan bukan entry ini.saya tak ada idea.



suburnya dia...

Nyah kalau berada di rumah otak sangatlah geliga.Kenapa?Ini kerana neutron-neutron nyah aktif menghantar dan menerima impuls,jadinya otak nyah giat berfikir dan memikir macam mana nak kenakan orang.Interneuron pun lancar je nak lalu.Macam nyah buat minggu lepas semasa di rumah.



Anda terkena bukan.Gelak jahat-jahat sambil tutup mulut wat gaya tak berapa nak ayu.Pondan katakan.



Hari ni nyah tak adalah nak kenakan orang.Hidung pun berair,biar hidung berair jangan benda lain pulak.Nonsense.Otak mulai kuning,kamu la bukan nyah la. :P



Tak ada benda yang sangat menarik apabila berada di institut ini,melainkan perkara yang memanaskan hati dan kurang menyenangkan.Nyah tak mahu menjadikan blog ini tempat tempias emosi.Tak sihat orang katakan,ko orang nak baca pun mood jadi down kan?


Sama juga apabila ko orang tulis entry emo-emo.Elakkan nya yer sayang.Muahhhh.




****


Perkara ni masih segar dalam otak nyah,segar Sehijau Daun Malar,eh kan dah terkeluar tajuk buku KOMSAS dah.Heh.Benda ni masa nyah F4 rasanya.Ini kisah orang muda-muda.Hahahaha.Masa tu Ah Fatt tak buat blog lagi,Hisham berpindah randah cari isteri,eh rumah sewa la,Kawie mungkin dengan kerjanya yang lama kot.Kot.



Di suatu petang yang indah,nyah bersama sepupu dan seorang jejaka kacak yang kini telah bergelar suami kepada seorang gadis Indonesia yang cun melecun macam mak cik Mustika Ratu keluar berjalan-jalan ke Pantai Irama di Bachok.


Kalau anda nak ke K.Terengganu mengikut jalan Tok Bali pasti akan jumpa.Kalau dulu anda pernah singgah,sekarang P.Irama tak seperti dulu lagi.Kakisan memenuhi sepanjang perairan pantai.Sangat kehilangan kenangan manis di pantai tersebut.


Masa kecik-kecik dulu,Cikgu Mokhtar rajin membawa anak-anak beliau bersantai di Pantai sambil mandi wajib sampai basah-basah dan mengutip 'rgemis'or 'rgesit' .Apa tu?


Sudoh kijo,nanti nyah cuba cari dalam google.


Dari Kedai Lalat nak ke Bachok tak ada la jauh sangat,dalam 20 minut je.Sepanjang perjalanan apabila memasuki kampung Balai,kampung ini kampung orang Siam selain di Tumpat yer.Ada patung Buddha tinggi macam ultramen warna putih.Kenapa saya cakap ultromen?


Sebab dia ada lampu kat dada dan kepala dia.Macam ultromen bukan?Rasional lampu tu pulak takut ada plane terlanggar dia la.Ish3..




Dah-dah melaluk,masa kat area inilah kejadian itu berlaku.Ikuti lah perbualan kami.



Hakimi : Ya Allah,suburnya tanah Bachok ini.Tak sangka abang tau.


Nyah dan sepupu garu kepala lutot sekejap.


Nyah : Apa yang suburnya.Tak ada yang pelik pun.Apa abang cakap ni?


Hakimi : Laa,apa la alie ni,cuba tengok sawi-sawi kat sini.Besar-besar semua.Abang tak pernah tengok sawi sesubur kat sini.Serius.Orang Jepun pun kalah tau.












Memang la orang Jepun akan kalah sebab dia orang kenal apa beza SAWI dengan TEMBAKAU.Heh




ini sawie bukan kawie yer.hahahaha




ini tembakau.


Dah kenal apa beza tembakau dengan sawi?Masa kecik tembakau agak merupai sawi,itu benar tapi bila dia dah besar dah tinggi tak ada rupa sawi dah.Masa tu ko orang nak main sorok2 atas batas tembakau pun best.



Ilmu kita pada hari inilah,Bachok adalah pengeluar tembakau terbesar di MALAYSIA.Kalau tak percaya cuba belek balik buku Geografi Tingkatan 3.




notakakiku : jangan la buat malu dengan benda jakun ni yer.seyes sakit perut bila ingat balik.




seluar dalam dan pelincir..auwww

Lama nyah depan lappy nyah ni,sambil makan sambil tengok tv.Kul 1 nak kena masak pulak.


Tak ada orang kat rumah,semua pergi sekolah sebab nak ganti kelas untuk CNY.Nyah je yang tak cuiti,sampai hari Selasa je.


Tak ada idea la.SEkadar cukup syarat nak update je kot..


Jangan marah okeh sayang-sayangku....




notakakiku : malam nanti kot update.kot?



hadiah hari jadi untukmu..

Salam sayang kepada semua bloggers.Nyah seharian hampir sedih ingatkan kalian merajuk dengan nyah sehingga nyah asyik refresh emel nyah sampai terlena.


Sungguh sedih,apabila tiada satu komen pun yang masuk ke emel nyah.Nyah kira kalian merajuk dan marah kepada nyah.Sumpah masa tu nyah sedih dan tamoo buat lagi entry begitu.


Pedih hati bila komen tak masuk ke entry baru tau.Nasib baik nyah termasuk blog dan tertengok rupanya ada je komen masuk.Heh.


Sumpah,nak tepuk dinding disqus laju2 sebab buat nyah sedih hari ni.Menci tau.


Nasib baik nyah tak sempat gila tau.Tak suka.


Semalam ramai yang baca tulisan nyah,samada mereka tinggal jejak atau tidak tapi ramai yang baca.Ramai yang YM,call dan hantar msg di FB tanya pasal ni.


Hahahahaa,serius semalam nyah tidur dengan sakit perut sebab tergelak-gelak sambil terguling-guling.


Okeh.sampai disitu saja.Nyah tak nikah okeh,my dear kawie,you jangan majuk2 dengan i k.i tak suka.plzzzz




****


Nyah masih pening sebab tak lama lagi birthday kawan nyah.Nama beliau Shafiqah.Nama jantan dia Fiq.Stylo tak?


comel bukan,dia kecik molek.



Nama jantan nyah Azlan.Fuhh,tapi tu nama dulu la,la n nyah dah jadi nyah.Alie,boleh disebut ali dan juga eli.Fleksibel bukan?



Nyah pening dengan awek ni sebab dia suka mintak hadiah dengan nyah benda yang pelik-pelik tau.Serius sangat pelik dan nyah nak laksanakan sangat la malu dan harus memalukan diri dengan meminta perlawaaan seseorang sempena hadiah birthday beliau.



Tahun lepas dia mintak nak keluar date dengan jejaka ini.Sekarang jejaka ini adalah antara bestie nyah di Kuala Besut.







minta maaf~nyah curik gambar u kat FB



Terbaek permintaan beliau.Nyah masih ingat lagi masa jejaka ini menemankan si Sha di pasar Besut.Hahahhaha.Itu permintaan Sha,si jejaka menemankan beliau ke pasar Kuala Besut.Comel bukan?



Tapi nyah yang mendapat malapetaka dengan jejaka ini,disangka nyah keluar berdua dengan jejaka ini.Huh.Rabun ke?Kami ramai-ramai la.Ish3~


Tahun ni nyah tak mahu dia request bukan-bukan pada nyah.Nyah akan bagi pilihan untuk dia pulak.Nyah tak sanggup nak ajak semua jejaka kacak di Kuala Besut untuk menemankan dia ke Pasar Besut.Sangat tak comel la.



Pilihan pertama nyah untuk Shafiqah adalah :













Sebab Sha nak tambahkan berat dia.So nyah rasa berbangga kalau nyah boleh bagi hadiah tin ini pada hari jadi beliau.Sungguh bermakna bukan.Serius,Sha akan ingat nyah sampai ke tua tau.Memang bukan calang-calang orang yang otak geliga nak bagi hadiah macam ini.Terbaik bukan?






Seterusnya penimbang.Nyah akan usahakan diri nak cari penimbang macam ni,cantik bukan.Cara psikolagi untuk menambahkan berat badan secara motivasi dalaman adalah seperti ni.Sha akan timbang bera dia hari-hari,bila nampak macam makin kurus,terus laju-laju nak makan banyak.Terbaik bukan?Memang Sha akan terharu la,sebab nyah la orang bertanggungjawab untuk menaikkan semangat beliau.





Last but not least la,Alie pergi hantar Sha keluar date dengan jejaka terhandsome selain jejaka tadi.Memang terbaik di muka bumi,insyaallah dia mampu menolong Sha menambah berta badan dengan jayanya.Bukan calang-calang orang tau,DOKTOR tau.Memang pandai nyah pilih hadiah kan?




So Sha boleh pilih yang mana satu hadiah tahun ini.Masih boleh pikir,masih ada lagi 19 hari.Fikir jangan tak fikir,penat nyah nak pikir hadiah-hadiah ni.



Fikir tau.



Ini pilhan terakhir.









notakakiku : sha terharu kan?




saya nak nikah

Selamat hari Jumaat buat sekalian.Sudah baca entry nyah semalam?Perasaan bercampur baur bukan?



Ada yang nak marah,ada yang terkejut,ada yang tergelak-gelak dan ada yang kecewa. T_T



Nyah dah minta maaf dari awal entry sehingga ke akhir tulisan nyah bukan?Nyah minta maaf sekali lagi jika ada yang terguris dengan tulisan semalam.


Ada rasa nak siku nyah jugak kan?



Ada yang baca kalau tak komen mungkin dia akan ingat nyah akan benar-benar begitu di akhir bulan ini.Kalau ada saper2 yang komen dan dia terlepas pandang nyah akan bagi hint kat orang tersebut.



Bukan apa,kan tak pasal-pasal ada yang muncul depan rumah nak makan kenduri.Maut nyah kena keja kat bapak nyah.Heh.



Bila nyah publish tulisan tersebut,selepas membaca komen kalian semua,apa yang mampu nyah rumuskan.



Ramai dikalangan kita yang stress,stress sehingga tidak peka lagi.Ini yang perlu kita bayar apabila kita semakin meningkat usia dan semakin laju mengejar apa yang dihadapan kita.



Itu normal.Kepada yang tak sedar tentang tulisan nyah semalam.Ini jawapannya.





Bulan Februari sampai 28 hari yer.29,30,31 tak ada okeh.




notakakiku : senyum-senyum selalu =)



bukan lagi rahsia..

Nyah berada di rumah kesayang sehingga petang Sabtu ini.Hanya meluahkan rasa nafsu yang membuak-buak dari petang tadi dengan bersenggama dengan lappy dan on9.Hu3.


Maklumlah kat hostel,wireless gomen ultromen,tekan itu ini keluar dia punya appearance.Heh.


Sebenarnya di entry ini juga nyah mahu berterus terang tentang sesuatu.Maafkan nyah jika ada yang terasa selepas membaca tulisan ini.


***

Bulan ini bulan Februai,nyah pelang kata bulan Februari bulan cinta bukan?Cuba belek entry nyah kalau tak percaya.Sila buat sekarang atau anda akan terkena panahan cinta Februari.Wekkx


Perkara yang nyah mahu bagi tau ada kena-mengena dan pernah nyah bagi hint disini.

Sebenarnya nyah mahu memberitahu tentang sesuatu yang dekat pada hati nyah buat masa ini.Nyah agak sibuk kerana tak lama lagi nyah akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarga.Ini tak lama lagi sebenarnya,akhir bulan ini.Itu rancangan kedua-dua belah pihak keluarga.



Anda terkejut?Maafkan nyah.Nyah tak berniat untuk berahsia sehinggalah ada beberapa teman mula mencucuk tentang perubahan diri dan ada yang masuk masuk line.



Nyah tidak mahu ada yang terasa hati,makanya nyah tulis entry ini.



Sungguh terkesan di hati nyah,sebab walaupun nyah muda tapi terpaksa berkahwin pada usia ini.Susah untuk dilafazkan tapi jika ini ketentuan untuk nyah,nyah terima.Lelaki ini jejaka pilihan keluarga.Saya rehda.



Nyah pernah kata nyah bukan BBN=buat-buat b'z sebab nyah memang b'z.Majlis akan berlangsung tak lama lagi.sedikit sebanyak masa nyah kearah persiapan majlis tersebut.Perancangan kami,akhir bulan ini majlis akad nikah sahaja yang akan berlangsung dan majlis untuk kedua-dua belah keluarga akan dilangsungkan pada cuti sekolah bulan Mac ini.



Kiranya nyah akan menikah lebih awal dari pak cik Hisham.



Mungkin anda merasakan nyah masih muda untuk menikah.Ya nyah masih muda.Nyah masih anak-anak kecil lagi.Masak nasi kadang-kadang lembik.Bila orang sergah,terus melatah,macam mana nak bermesra-mesraan dengan si dia.Heh,melebih la pulak.



Orang tegur,kadang-kadang saya sangat rasional kadang-kadang sampai melaung-laung satu blok.Sebulan lebih saya di hostel saya sendirian dalam bilik yang sepatutnya dihuni oleh dua orang.



Saya sudah biasa sendiri dalam satu bilik.Tetiba dapat roomate,bukan roomate je malah housemate dan paling ngeri dapat teman diatas katil.That scary enough.Lebih lebih lagi saya sangat la aktif semasa lena.



Masih lagi kecil kerana kadang-kadang mengigau malam-malam dan cuma tak terkucil di atas katil je.Serius saya takut untuk menerjah ke dunia baru ini.Saya tidak mahu privacy saya terganggu.



Saya mahu lena,mahu mandi,salin baju,mahu itu dan ini dan ada mata yang memerhati.Erghhhdhdbhdhdhdhhddhdhd,sangat tidak enak.









Saya harap anda berkongsi rasa bersama saya.Saya akan melangsungkan majlis tersebut pada 29 FBRUARI 2010





Insyaallah,saya akan menjemput kalian.




notakakiku : maafkan ku kerana entry ini. =)






my name is aisyah.

Minggu lepas nyah dapat tahu yang seorang blogger tu mengajar kanak-kanak pendidikan khas.


Ko orang tahu tak apa kanak-kanak pendidikan khas ni?Nama biasa yang orang suka sebut adalah golongan istimewa,secara fakta apa definisi secara cepat dan tepat ko pergilah wikipedia yer jangan pergi balai polis pulak,mentang-mentang tagline dia sama.Heh


Secara ringkas budak pendidikan khas bukan pelajar yang CACAT ok tapi lebih kepada masalah untuk belajar secara normal.Contohnya,slow learner,hyperactive,down syndrome and etc.



Seminggu sebelum cuti sekolah bulan Mac nanti nyah akan menerjah kanak-kanak comel di sekolah-sekolah.Tapi tugas dan peranan nyah tak kan sama macam pak cik blogger kedua kita tu,nyah tak mampu tahap tu lagi ler..


Hahahha,nyah rasa hebat dan rasa sangat cool di sana sebab di sekolah akan dilayan secara dewasa bukan seperti di institut,dilayan seperti budak-budak disekolah.Disekolah nyah dan tawan-tawan akan diberi tempat samada di bilik guru atau kami sendiri mencari port kami sendiri.Nyah lebih senang berada di bilik guru kalau banyak melibatkan tugasan dengan para guru dan akan merayau pergi ke kelas kawan-kawan kena ganti kelas kalau dah tahap boring.


Pergi sekolah dengan membawa gelaran guru muda sangat menghappykan nyah.Rasa femes dan popular juga.Hahahaha,seyes,nyah tak tipu.Students macam maniac tanya cikgu-cikgu muda ini..


"cikgu masuk kelas saya tak?"


"bila cikgu nak masuk kelas saya lagi?"


"cikgu,saya nak buat roket meletup macam hari tu"


"cikgu,cikgu saya nak no telefon cikgu'


'cikgu cikgu abang saya kirim salam',ini memang sangat mengembirakan kami.Hehehehe



Disekolah tak payah pakai kasut HITAM dan TERTUTUP macam kat institut.Kami boleh pakai heels terbuka depan belakang ke,wedges ke,sandal pun kami buat kalau dah rasa tahap tak boleh blah.Tapi sebab nyah anak cikgu dan sebelum turun ke sekolah mak nyah akan melihat dan akan menegur.So nyah tak berpeluang sangat nak buat perkara-perkara di luar kebiasaan ini.Sangat baik bukan?


Di institut.


Perhimpunan pukul 730am dan masuk hostel pukul 115pm.Kalau nak balik awal,sila panjat pagar hostel masing-masing yer.


Nyah pernah nak kena sekali,kena kurung dalam hostel.Masa tu dah nak dekat 730.Cik Esah ni nak kunci gate,sume awek tak kira cun atau jelita angkat kain tinggi-tinggi nak pecut dengan heels tak kira tinggi apa semua.Sekali Cik Esah berlalu saja tanpa mengunci pagar.Siap tanya...




'bakpo pakat hungga ( lari ) ni?nok gi mano gak ?'



Nyah ni rasa macam basah ketiak berlari-lari selamba badak je dia tanya soalan tu.Memang idol la.



Nyah rindu akan seorang pelajar nyah semasa nyah ber'SBE di sekolah SK Demit 2.


She is such very special and funny and sometimes can be annoying too.She is Aisyah.I call her Ecah and this is my story with Ecah.




Saya Ecah.Umur Ecah 10 tahun kot.Ecah belajar di SK Demit 2.Ecah pergi sekolah dengan abah.Abah bawa Ecah naik motor.Pagi-pagi sejuk,Ecah peluk perut boroi abah.Hangat.



Ecah suka Miss Alie.Miss Alie comel. ( jap ayat memang tak boleh blah ar ).Tiap pagi sebelum Ecah pergi makan kat kantin,Ecah suka cari Miss Alie.Ecah baik.Ecah sayang Miss Alie.Ecah salam dengan cikgu Alie tiap-tiap pagi dengan masa nak balik.Ecah habis kelas pukul 1130 ( correct me ,if i'm wrong )



Miss Alie baik,dia tak marah Ecah macam cikgu-cikgu Ecah yang lain. ( Berani nak marah-marah,nyah pelatih lagi weiii ). Miss Alie suka bawa gula-gula pergi kelas.Dalam beg besar dia penuh gula-gula. ( ini kantoi sudah )



Ecah suka bau tangan Miss Alie.Sebab tu Ecah suka salam dengan Miss Alie.Miss Alie tak marah Ecah.Bila Ecah salam dengan Miss Alie,lidah Ecah terjelir terkena tangan Miss Alie.



Air liur Ecah kena tangan Miss Alie.Miss Alie tak buat macam cikgu-cikgu lain buat kat Ecah.Ecah sayang Miss Alie sebab dia comel,dia suka bagi gula-gula,dia baik dan tangan dia wangiiiiiii.



****

Ini kata Miss Alie.


Mula-mula saya terkejut dengan perlakuan Ecah lebih-lebih lagi part salam dan lidah ala-ala terjilat dan air liur terkena tangan.Part ini memang saya terkejut pada hari pertama.Hari kedua juga masih terkejut dan mimik muka masih ada gaya kurang senang.Ini benar,saya tak tipu.Masuk hari ketiga,everything is fine.



Saya dah boleh adapt dengan Ecah punya behavior dan kawan-kawan dia juga.Malah saya kagum dengan cikgu-cikgu Pendidikan Khas.Ada yang mudah marah dan ada yang bersifat penyayang.Cikgu lelaki juga tidak berkira apabila terpaksa membasuh air kencing dan berak pelajar mereka,that is awesome.



Mula-mula datang ke bilik tersebut saya rasa kekok dan rasa sedikit hipokrit apabila kelakuan saya sangat lah terjaga,tapi berada di sana bersama mereka saya mengubah perspektif saya terhadap mereka perlahan-lahan.Sehingga hari kelima saya telah mengubah secara total mental dan pemikiran saya juga,terima kasih kerana pengalaman berharga ini.





PENGHARGAAN KEPADA CIKGU P.KHAS KERANA TIDAK JEMU-JEMU MENGAJAR GOLONGAN YANG DIJANJIKAN SYURGA INI.YOU ARE GREAT.





Ini anugerah untuk cikgu blogger tersebut.Choose and pick only one person.




Nyah ada bersama mereka.Muka paling pondan itu adalah nyah.Tak yah bagi tahu mana satu nyah.



notakakiku : the next destination is SK Tapang...



bulan ini bulan cinta

Bulan ini bulan cinta kata sesetengah orang.Saya kata bulan ini bulan Februari.Apa rasional hanya bulan Februari bercinta bulan lain diam seribu bahasa.



Baiklah duduk sendirian mintak robot sebijik dengan Kapten Luffy, nak robot macam Aisyah satu.Macam cerita Absolutely Boyfriends tu,nampak macam sedih je bercinta dengan robot tapi sekurang-kurangnya robot tak adalah menyakitkan hati kan?



Kena pulak robot cantik dengan handsome.Pandai masak,pandai basuh baju,pandai ________ (sila isi di tempat sendiri ).Nyah tahu skema tipikal Ah Fatt dan Kawie.Heh.



***



Semalam nyah sangat beremosi,bukan semalam je malah malam 2 3 malam yang lepas juga.Mudah mengalir air mata,mudah tersentuh tapi tak ada la sampai berlaga bahu rasa 'ngra ngra'.Itu namanya tak leh kawal diri.Nyah pompuan bukan lelaki.Heh.


Sepanjang minggu ini kalau ada yang sedih nyah mudah sangat sedih,walaupun macam tak berapa nak logik.Contoh : ada makwe jalan-jalan then kaki dia terpelecok sebab heels dia tinggi.



Apa kes?Kalau dulu nyah sembur je gelak-gelak,sapa suh pakai heels kalau dah rasa lambat ke assembly,nak berkejaran dengan si esah.Tu namanya tak cukup bijak nak nilai situasi la sayang.


Sama juga kalau nyah pergi breakfast kat kafe Mak Long then dia kenakan harga dia.Okeh warga institut,Mak Long mula kembali ke perangai dulu,jaga-jaga,esok pakat pi kafe Adib or kantin je.



Nyah tak nak panjang kan entry sebab nyah sakit ni,back pain.Nyah cuma nak bagi tahu yang nyah baru tahu.




Apa yang nyah tahu?







Sebenarnya nyah baru tahu yang nyah.....


























didatangi "auntie visit" untuk bulan ini.Jadi segala emosi yang tak stabil itu harus di balancekan dengan hormon dengan secepat yang mungkin.







Entry semalam di bawah pengaruh horman juga.Walaubagaimana pun apa yang nyah rasa adalah benar,cuma terbabas tertulis di blog saja.My bad,sorie semua







notakakiku : back pain,rasa nak cakar muka orang je sepanjang hari.Kesian member sebelah nyah.