suburnya dia...

Nyah kalau berada di rumah otak sangatlah geliga.Kenapa?Ini kerana neutron-neutron nyah aktif menghantar dan menerima impuls,jadinya otak nyah giat berfikir dan memikir macam mana nak kenakan orang.Interneuron pun lancar je nak lalu.Macam nyah buat minggu lepas semasa di rumah.



Anda terkena bukan.Gelak jahat-jahat sambil tutup mulut wat gaya tak berapa nak ayu.Pondan katakan.



Hari ni nyah tak adalah nak kenakan orang.Hidung pun berair,biar hidung berair jangan benda lain pulak.Nonsense.Otak mulai kuning,kamu la bukan nyah la. :P



Tak ada benda yang sangat menarik apabila berada di institut ini,melainkan perkara yang memanaskan hati dan kurang menyenangkan.Nyah tak mahu menjadikan blog ini tempat tempias emosi.Tak sihat orang katakan,ko orang nak baca pun mood jadi down kan?


Sama juga apabila ko orang tulis entry emo-emo.Elakkan nya yer sayang.Muahhhh.




****


Perkara ni masih segar dalam otak nyah,segar Sehijau Daun Malar,eh kan dah terkeluar tajuk buku KOMSAS dah.Heh.Benda ni masa nyah F4 rasanya.Ini kisah orang muda-muda.Hahahaha.Masa tu Ah Fatt tak buat blog lagi,Hisham berpindah randah cari isteri,eh rumah sewa la,Kawie mungkin dengan kerjanya yang lama kot.Kot.



Di suatu petang yang indah,nyah bersama sepupu dan seorang jejaka kacak yang kini telah bergelar suami kepada seorang gadis Indonesia yang cun melecun macam mak cik Mustika Ratu keluar berjalan-jalan ke Pantai Irama di Bachok.


Kalau anda nak ke K.Terengganu mengikut jalan Tok Bali pasti akan jumpa.Kalau dulu anda pernah singgah,sekarang P.Irama tak seperti dulu lagi.Kakisan memenuhi sepanjang perairan pantai.Sangat kehilangan kenangan manis di pantai tersebut.


Masa kecik-kecik dulu,Cikgu Mokhtar rajin membawa anak-anak beliau bersantai di Pantai sambil mandi wajib sampai basah-basah dan mengutip 'rgemis'or 'rgesit' .Apa tu?


Sudoh kijo,nanti nyah cuba cari dalam google.


Dari Kedai Lalat nak ke Bachok tak ada la jauh sangat,dalam 20 minut je.Sepanjang perjalanan apabila memasuki kampung Balai,kampung ini kampung orang Siam selain di Tumpat yer.Ada patung Buddha tinggi macam ultramen warna putih.Kenapa saya cakap ultromen?


Sebab dia ada lampu kat dada dan kepala dia.Macam ultromen bukan?Rasional lampu tu pulak takut ada plane terlanggar dia la.Ish3..




Dah-dah melaluk,masa kat area inilah kejadian itu berlaku.Ikuti lah perbualan kami.



Hakimi : Ya Allah,suburnya tanah Bachok ini.Tak sangka abang tau.


Nyah dan sepupu garu kepala lutot sekejap.


Nyah : Apa yang suburnya.Tak ada yang pelik pun.Apa abang cakap ni?


Hakimi : Laa,apa la alie ni,cuba tengok sawi-sawi kat sini.Besar-besar semua.Abang tak pernah tengok sawi sesubur kat sini.Serius.Orang Jepun pun kalah tau.












Memang la orang Jepun akan kalah sebab dia orang kenal apa beza SAWI dengan TEMBAKAU.Heh




ini sawie bukan kawie yer.hahahaha




ini tembakau.


Dah kenal apa beza tembakau dengan sawi?Masa kecik tembakau agak merupai sawi,itu benar tapi bila dia dah besar dah tinggi tak ada rupa sawi dah.Masa tu ko orang nak main sorok2 atas batas tembakau pun best.



Ilmu kita pada hari inilah,Bachok adalah pengeluar tembakau terbesar di MALAYSIA.Kalau tak percaya cuba belek balik buku Geografi Tingkatan 3.




notakakiku : jangan la buat malu dengan benda jakun ni yer.seyes sakit perut bila ingat balik.




0 anak murid: