dapat E



Nyah tak ada idea nak tulis pasal apa,kebetulan kak ipar tersayang Cik Jard tag dengan questions yang telah disediakan.Ni skema berapa markah ni?





Kalau dapat A nak bagi apa ae?Bagi adik lelaki or kazen Cik Jard pun jadi.Heeee..





Nyah sudah dirumah di Kedai Lalat.Ah Fatt ko jangan tanya,nanti bila nyah rajin nyah tulis entry pasal Kedai Lalat ni.Jangan gelojoh-gelojoh,nanti kena buat CPR lagi.Hahahaha.





***



Rules:

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random

things,

facts,

habits,

or goals

about you.

At the end, choose 5 people to be tag



***



Mak oiii,banyak giler,baru perasan nak 23 benda.Hmmm,malam ni kita tengok nyah berjaya catatkan 23 kesemuanya or 32 semuanya.Hahahaha.





Jap-jap,rambut palsu nyah yang panjnag mengurai macam Rozita C.Wan tercabut.Saatttt





1. Nama selepas pembedahan transeksual nyah adalah Norazlaili.





2. Nama baru pula Azlan.Ini kerana perangai ada sedikit kelakian,bukan bersifat lelaki,tapi mereka menganggap saya seperti kawan lelaki.Nyah pasrah. T_T





3. Nyah mempunyai aset paling asli tanpa sentuhan botox atau mana-mana chemical substances.Mahal kerana ia sering diberi jolokan sexy oleh kawan-kawan lelaki.Nyah punya tahi lalat di antara hidung dengan bibir disebelah kiri.I selalu didefinisikan ..... arghhh nyah tak suka.Malas nak cakap.Huh.





ni pic paling latest masa dalam lab.





4. Anak sulong dari 4 adik beradik tapi sering kali disalah anggap adik kerana nyah paling kecil dan paling tak tinggi antara anak-anak perempuan abah.





5. Ini fakta yang sering diberitahu oleh orang,bukan nyah sendiri yang sedar tau.Nyah mempunyai aura apabila bercakap dan apabila membentangkan sesuatu idea.Orang biasanya akan memberi tumpuan pada apa yang nyah katakan,tapi awas ia nya hanya akan berlaku apabila nyah serius atau nyah dalam mood formal.





6. Lahir pada tahun 1989. 8 september 1989.Mudah nak ingat 8989.





7. Pelajar yang skema dan nerd dan cemerlang disekolah menengah dulu.Aktiviti pentas yang bersifat mencapap banyak nyah buat.Menyanyi,berpantun,bersyair,berforum,bersyarah dan etc.





8. Nyah bukan sengau tau tapi nyah bercakap nada atau gaya sebutannya menjurus kepada bunyi seakan-akan Bahasa Inggeris apabila bercakap dalam bahasa melayu baku.Ramai yang tertarik dengan itu then kalau cakap BI memang bunyi macam....Ntah la,masa sekolah dulu nyah jadi emcee perhimpunan versi BI,bila cakap je ayat terakhir : thank you sir for yourvery thoughtful speech,semua budak-budak tepuk tangan ber'ia2.Nyah syak dia orang yang jakun bila dengar nyah cakap omputeh.





9. Nyah pernah langgar dinding porch sampai runtuh dengan kereta 'kecik' abah.Kaki nyah tergelincir masa nak tekan brek then tertekan minyak.Nasib baik dinding tak jatuh ke arah kereta tapi ke arahbelakang.Kalau tak nyah tak akan menulis disini.





10.Nyah dah mula penat nak memerah otak nk isi 23 items.Heh.





11. Teman gay nyah belajar di UMP dan seorang yang gila silat dan gila joget-joget dan gila berpolis.Kami kurang berkomunikasi tapi banyak berkelahi.Huh.





12. Nyah belajar di nak jadi cikgu tapi dilayan seperti budak-budak sekolah di sini.Heh.





13. Wajib bila keluar tangan kiri jam dan tangan kanan rantai kayu dari Sabah.





14. Ini kisah memalukan tapi dah tak ada modal nak bagi tahu kat sini.PMR dapat 7A dan paling teruk nyah dapat E untuk satu kertas.Kertas Bahasa Arab.Nyah hanya belajar BA masa F1 je then nyah boring belajar tapi tak dapat turun kelas.Jadi inilah keputusannya.Ustazah mengajar Arab nyah wat objektif subjek lain.Huhuhuhu.





15. Pengumpul novel-novel dan komik-komik.Tapi komik-kamok banyak dah lunyai sebab adik baca macam orang gila.Huh.



ini masa contest dengan alaf21.koleksi kini mencecah 100,sikit je berbanding maniac novel2 yang lain.





16. Selalu simpan barang,dari yang besar-besar sampai ke kecik-kecik.Contohnya dalam purse nyah,resit-resit bank dan barang-barang tahun lepas masih ada terselit.Memang sebab tu purse nyah tebal.





17. Nyah tak akan kacau orang kalau orang tak kacau nyah.Mudah bukan?Nyah sangat baik pada orang yang sangat baik dengan nyah.





18.Mulut laser dan jahat juga tapi hanya pada orang yang tertentu,biasanya pada golongan seperti itu juga.





19. Sudah mengantuk sudah.Nyah seorang yang bising apabila dikalangan rakan-rakan yang pendiam.Bila dengan yang lagi bising,nyah lebih senang mendengar.





20. Nyah sangat suka nasi goreng papik dan mihun goreng.Mihun goreng paling da boom.Sapa nak ngorat nyah pastikan dia pandai masak mihun goreng tau.





21. Nyah suka tepuk bontot kawan-kawan nyah.Bukan di tempat tertutup tapi di tempat terbuka juga.Tak cun bukan?





22.Nyah apa lagi yer,hmmm nyah seorang yang kedekut dan amat menjaga hal kewangan.Elaun dari zaman nyah foundation sampai ke hari ini,hasil duit elaun saja,nyah berjaya simpan sehingga mencecah 5k ( tanpa disentuh selepas dimasukkan kedalam bank selain BSN ) .tu tak tengok lepas dah masuk ASB jadi berapa.Hu3



23. Hal no 5 7 8 18 semakin berkurang dalam diri nyah.Ini nyah makin sedar.Mungkin faktor persekitaran.



***

Nyah pikir nyah nak tag...

hmmm,tak pikir lagi la..hu3~







0 anak murid: