2010-usiaku semakin bertambah

Salam satu Malaysia.Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010 .


Alie tulis awal-awal sebab takut malam nanti tak sempat nak tulis.Bukan la nyah nak pergi melacur di malam nanti sambil sambut tahun baru melihat bunga api di kaki langit.Nyah dok di Kota Bharu je, tak payah nak penat-penat tengok tu semua.Laro semua tu.Tengok dari tingkap pun boleh nampak.Eh cakap tak serupa bikin la pulak.


Baik ambik berkat malam jumaat ni sambil baca Yassin dari tengok konsert orang terkinja-kinja.Betul tak?



Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan perubahan dari baik kepada lebih baik.Insyaallah.


Tak ada sebarang azam khusus tahun ni sebab semua tu lebih kepada anga-angan tapi berhijrah dari sediakala kepada peringkat yang lebih baik dan lebih dirahmati olehNYA.Insyaallah.



SELAMAT TAHUN BARU 2010



notakakiku : cuti dah nak habis.


separa kelakar separa x betul


Salam satu Malaysia.

Kenapa saya berbelog?


Kenapa tanya nyah pulak.Dah nyah suka menulis.Blog bukan sekadar untuk orang menulis tapi tempat individu untuk meluah rasa tak kira sama ada rasa cinta,kasih,benci,kagum mahupun hairan atau meluak terhadap apa yang dirasakannya.


Ada yang suka menulis untuk menyenangkan perasaan orang lain. :)


I'm not that one.


Saya menulis kerana saya suka menulis kerana tidak semua mampu terlafaz dek kata-kata untuk berkongsi.Tinta tulisan ini tulisan hati,jiwa malahan waras akal juga.Kadang-kadang waras,kadang-kadang meroyan.


Dengan tulisan ini juga kuberharap,suatu ketika apabila saya tidak mampu mengingati saat-saat kemanusia,hilang memori terindah mahupun kenangan yang membina,di sini tempat saya mengingatinya semua.


Akan ku ukir tulisan ini untuk tatapan anak-anak mahupun suami-suami ku semua.OOpppps.






notakakiku : tulisan ku mula berbau serius.hate it!!!



kisah kasih sayang

Salam satu Malaysia.Selamat hari terakhir di tahun 2009 ini.Esok tahun bertambah dan usia juga bertambah.Nota buku dalam hati juga dibuka pada yang baru.Semuanya kalau boleh nak yang baru.


Kiah ko jangan la sampai nak tukar kain langsir baru,sofa baru,kereta baru sempena tahun baru kan Seman tukar bini baru.Masak la kau.Aq tatau.


Moganya semuanya dalam keadaan yang baik.Bukan diri kita saja,malahan ibu bapa,adik-beradik,kawan-kawan,masyarakat,masyarakat setempat walhalnya juga kepada warga bumi ini juga.


Kita sering kali mengabaikan perkara kecil yang dilihat tak penting mahupun langsung tidak terlintas di waras akal ini.Sedangkan kesannya besar sehingga membawa kepada diri kita sendiri seperti kita sedia ada disini hari ini.


Berapa ramai yang mengungkap rasa sayang kepada adik beradik?Saya mengungkapnya tapi dengan nada bergurau dan main-main.Tak sanggup nak luahkan dengan nada yang paling rendah frekuensinya sambil penuh kesyahduan.Wajid dia orang kata nyah gila.Heh.


***


Abah ada seorang je abang.Mereka berdua sahaja.Masa tu ayah abah dah tak ada.Cuma ada mak abah je.Mak abah kerja kampung,tanam tembakau di Bachok.Masa abah belajar pada pak bah ( abang abah ) la abah mengadu dan meminta bantuan sepanjang tempoh pengajian di USM.


Pak bah mengalas watak sebagai seorang abang dan juga penganti ayah mereka.Pak bah masa tu tentera ataupun nama lain ashkar.Masa tu dia tinggal di Kem Jaya Gading,Kuantan.Masa abah study pada pak bah la abah meminta untuk sedikit bantuan meneruskan pengajian.Mahu meminta pada mak di kampung mana mungkin ada telefon seperti hari ini,pergi bank in pakai card atm,hatta nak baca surat nak mintak duit pun belum tentu dapat baca bukan.


Ibu bercerita pada kami.Suatu hari abah meminta duit sebanyak RM 200 untuk membayar khusus pengajian.Masa tu pak bah pun dalam kesempitan.Tanda kesempitan beliau pada waktu itu dapat dilihat apabila abah dapat duit tersebut.


Pak bah hanya mampu menghulurkan sebanyak RM198.Kemana menghilang RM2 yang lagi.Rm2 tu dibuat bayaran untuk belanja pos duit tersebut.Nilainya kecil tapi sangat besar pengertiannya.


Pak bah lah yang menolong abah.Kerana bantuan pak bah la abah mampu menamatkan pengajian seterusnya kesenangan yang abah kecapi pada hari ini,yang kami adik beradik turut merasa adalah hasil pengorbanan si abang.



Sebab tu la apabila sepupu-sepupu saya yang membuat hal atau meminta bantuan dari segi kewangan abah tak lokek menghulur.Sehingga dulu saya sering bertanya pada abah kepada selalu tolong mereka sedangkan hal-hal yang sebegitu kecil juga mahu mengadu pada abah.



Abah tak pernah menjawab.Diam sendiri.Kini saya sudah tahu kepada soalan saya tadi.


SIDI AHMAD JUSOH
MOKHTAR JUSOH

notakakiku : nyah tak manjakan adik.hahahaha



menantu pilihan sekampung.

Salam satu Malaysia.Ini bukan RTM tau.Heh.


Tadi tengah YM dengan seorang lelaki yang amat kacak,sungguh kacak sehingga semua anak dara dan mak-mak dara juga tergila-gilakan nya.Parasnya yang seakan-akan wajah Remy Ishak tubuhnya yang tegap perkasa bak ultromen sungguh mengujakan orang kampung.


Pak cik-pak cik di kedai kopi Pok Su Kop mengidam untuk menjadikan beliau sebagai bakal menantu.Mana tidaknya selain berwajah yang kacak beliau juga merupakan orang kaya di kampung ini.


Kandang lembu di tanah ladang seluas 10 ekar,ada kolam ikan keli sebesar planetarium dan beliau juga mempunyai perusahaan di luar kota yang sentiasa menjadi penjana keuntungan bagi rakyat Kota Bharu.



Sunguh bertuah hati apabila nyah mendapat id YM beliau.



Dia : nak mintak gambar awak boleh?


Aku : nak buat apa?


Dia : nak letak dalam almari


Aku : ???


Dia : nak halau lipas.






notakakiku : nyah syak dia gay.heh




to my dears abe long yang kacak,kawie yang macho dan hisham yang sweet

Salam satu Malaysia buat semua.Jangan terkejut lak.Ni memang blog nyah.Nyah tukar template jugak selepas nekad nak guna template minima,sambil angkat tangan tinggi-tinggi macam Karam Singh Walia.Heh.


Semalam,nyah ada YM dengan abe long ni sekejap.Bukan apa,sebab dua malam yang lepas dia ada post shout out kat YM status,katanya esok birthday dia,so sediakan hadiah untuk dia cepat-cepat.


Nyah ni kalau sal birthday orang,paling komang memang wish la,service meyumbang suara yang sedia ada merdu ni,sambil tunjuk ke arah besen hanya akan wujud sekiranya kredit ada phone dan paling penting kena ada nombor la kan..


Masalahnya,nyah tak ada no abe long.Heh.Malam tu pulak tetiba DC,hangin kus-kus,selalu streamyx buat hal macam tu tau,malam-malam je ko senyap.Apa ko nak bermesra dengan sapa malam-malam ni hah?Sampai menganggu hubungan gelapku.


Rupanya ni abe long buat sengal.Malas nak cakap nasib baik nyah tak ada sampai call dia.Cuma malam tu tidur memang tak lena la,termimpikan abe long.

:P


***


Semalam pulak masa reply segala komen kat disqus,mata mula-mula gatal sakit-sakit hati sikit,geram banyak-banyak dah.Then g tanya birthday boy ni,dia pun men iyekan juga kerana berkongsi perasaan itu bersamaku.Ayat romantik tuu..


Tapi apakah daya, abang Kawie sudah terlambat berkongsi perasaan tersebut dengan ku.Dia turut meluahkan rasa itu juga di dinding disqusku,maafkan ku abang Kawie sambil mulut tahan nak gelak-gelak,perut bulat mulai senak menahan kentut eh gelak.


Ketika sedang melaksanakan proses itu,datang pula abang Hisham yang nyah asyik tercacul sebut dan tulis abang hashim. He showed his caring too.Oh my dears,you all made me so guility.It enough.Enough.


Hahahaha,ayat bodek je semua itu.Sebenarnya nyah malu sebab nak tukar template semua bagi opinions dan idea untuk resolution blog ni.Thanks for lending me your hands.Lap-lap u all la.


Nasib baik dia orang tak semua tu tak duduk serumah semua.Lengkap sekali dengan Ah Fatt terus nyah panggil depa semua rumah gay macam rumah playboy tu.Gagaggaga.


They showed some kindness,caring and strong friendship towards their friends like me.Touching giler-giler la semalam sampai Edward Cullen pun geram sebab jeles tau.Spirit of friendship tu wujud dan sesungguhnya nyah amat menghargainya.Thank you guys.


So girls,go to their blog and say something for introducing ok.Tak rugi berkenalan dengan dia orang cuma dia orang ni notti-notti je.Hahahaha.


abe long.ah fatt.alie.kawie.hisham.hahahaha


notakiku : terimakasihsemua :)




bebel tanpa matlamat..

Salam satu Malaysia.Kurang seminggu lagi cuti sekolah akan habis,bermakna cuti nyah jugak akan habis.


Akan jarang guna kata ganti diri sebagai nyah sebab mood kat maktab akan jadi lain dan tidak seperti biasa.Biasanya akan jadi saya bila mood serius atau aq bila sempoi atau dalam mood marah.Huhuhu.


Bila jumpa ramai orang,tinggal dalam satu komuniti yang besar mood akan pelbagai.Itu pasti bukan.Mood di rumah,di tempat kerja,di tempat awam pasti berbeda-beda.


Horman giler-giler semakin berkurang.Mungkin sebab akan tua menjelang tahun baru.*sigh


Makin tension sebab nak buka farmville,cafe world dan happy aquarium semakin susah,lebih-lebih lagi kalau router di blok tu tak baiki lagi.Kena pakai line maktab yang akan keluar paparan website is blocked by.....Kedekut.



Tahun depan jugak SBE ketiga.Tak nak pergi sekolah dekat-dekat sini sebab takut jumpa anak murid macam hari tu.Sangat segan woo,lebih-lebih lagi bila jumpa kat luar cikgu tak sama macam kat jumpa di sekolah. T_T


Akan jumpa lecturers,kawans,kolej fatimah residents ( ko y dok atas bilik nyah,tolong tos kain baju sebelum nak sidai baju ko sebelum nyah wat debik2 jatuhkan kain baju ko k ),science crews,mak long kafe y cekik darah dan abang-abang yang menyanyi dikir barat semasa siapkan pagar blok hostel pompuan.


Tidak lupa juga kepada bestie kesayangan nyah,soyuz kerana sudi meminjamkan pheobe beliau kepada nyah.Tahun ni bagi pinjam lagi.Tidak lupa jugak seniors n juniors sekalian.


notakakiku : tahun depan tak ada roomate.



deko deko bersama nyah alie bukan rizalman ok

Hari tu alie ada YM dengan Encik Hisham ni.Dia cakap nak p mengecat pejabat dia esok lusa.


Then lepas offline alie rasa bosan dan otak ligat memikirkan perkara yang luar dari kebiasaan kaki dan tangan gemuk ini.Heh.


Surf internet dulu,cari info,cari idea sebab nyah ni bukan pro mana pun lebih kepada perosak je.Bukti kerosakan nyah pernah buat,lain kali nyah cerita ye.Kita tengok gambar dulu yer.



kalau tak kenal jugak,bukan salah anda tapi kegagalan si pelukis.



tambahkan seri pada ranting itu yer,ranting bukan kayu balak k..



pelukis profesional dijemput dari congo,suruh lukis burung dia lukis puyuh.heh



saya lukis sendiri.burung tanpa kaki.abaikan




berapa bintang nak kasik ni?


idea asal dari sini tapi alie modified la sikit-sikit mengikut kemampuan sendiri. T_T


yang alie buat ni namanya creative wall painting.Kalau rasa boring dengan dinding bilik anda,boleh la mencuba yer.


Kalau nak kawin tahun depan,boleh la cat macam ni di bilik tidur kalian yer.Hik3~


Ditegaskan ini bukan mural sekolah dan iye seakan-akan dengan picture untuk twitter,kata abah saya.



notakakiku : sila komen jika mahukan nombor untuk perkhidmatan ini. :P



jom timbang berat babyblog anda...

Ni entry update semata-mata.Terbaca status FB seorang rakan,katanya blog dia makin berat.



Rasanya selama ni blog dy tak berat or x susah sangat pun nak load tapi bila alie pergi tadi memang agak berat la,nak load sampai refresh berkali-kali pun jadi lagi.

Kalau dalam limited macam wireless kat hostel,berasap la punggung nak baca blog.

Apa kata anda cuba timbang blog anda lak dan cuba kurangkan berat blog.Alie pun dah kurangkan widgets kat blog ni.



Disini.

notakakiku : malas.



edisi gatal celah budak-budak sebab tak pakai ubat gatal.

Selamat jumaat buat kalian dan selamat hari natal kepada kekasih gelapku Edward Cullen di Forks disana.Main salji dan buka hadiah jangan lupa pada adinda di Kedai Lalat ini yer.Hahahaha.


Nyah bukan baru bangun bila update blog di tengahari ini okeh.Nyah ni bajet anak solehah gadis sopan santun,pagi-pagi jumaat edisi melawat seluruh pasar Jumaat la.



Dah dua tahun,nyah ambik alih tugas mak nyah pergi beli barang-barang dapur hari jumaat ni,dulu x selesa tau,beli barang tak reti tapi sekarang dah besar dah.tak Dulu tak kenal lengkuas dengan halia tau.Dulu la.La ni dah tau harga semasa barang-barang dapur.Pernah terbeli kangkung sampai seringgit.Gila banyak siap boleh jamu kambing belakang rumah tau.Pernah pergi beli ayam sampai kena 20rm,namanya kena tipu hidup-hidup.


SEKARANG.


Nyah beli barang siap pandai pau pum pam lagi.Mintak lebih,mintak murah.Pergi pasar siap bawak beg siap-siap,nasib baik tak bawak raga plastik tu.Memang tak rupa nyah dah rupa macam mak-mak orang terus.Heh.


***


Nyah dilahirkan pada 8989.Tahun depan akan menjadi 21,wooww macam tak percaya dan tamoo percaya sebab nyah masih bodoh-bodoh alang lagi.Otak suci murni macam minyak kepala lutot.Petang-petang masih main kejar-kejar dengan sepupu yang kecik-kecik tu,menyanyi melalak depan rumah,buat-buat parkinson sebab masuk parking selalu gagal,bila naik air pergi baruh tangkap ikan sambil angkat seluar track sampai ke lutot.


Lau bosan,cari gaduh-gaduh dengan adik sampai dua-dua akan menangis.



Tak macam umur 20 kan?Tak macam cikgu kan?
( tak yah la nak iyekan.Nyah tau la.Siku kan)



Rumah cat baru.Orang sibuk tanya nak terima menantu ke?Heh.Anak sulung pun macam parkinson perangai,nak menikah.Pakwe nyah tu pun makan pun tak menentu,ni nak isi mulut anak dara orang dengan apa?


Nyah pernah gatal-gatal ajak dia nikah masa zaman jahiliah dulu.Tau tak apa dia jawab..



"Boleh je nak nikah.Rumah kita pakai rumah kotak.Pagi-pagi makan pasir bergoreng buat breakfast.Lunch kita makan rumput masak batu campur and for our dinner kita masak batu asam masak longkang"



Pergh jawapan maut tak boleh blah.Sentap hati.Tunggu la kau aq balik postim kat Karambunai baru kahwin la jawabnya.


Bukti ketidakmatangan usia ini dan tak harus bergelar 21 tahun pada tahun depan...


Petang semalam nyah turun dari bilik awal dari biasa.Biasanya kul 6 baru tayang muka tapi pukul 5 nyah turun,senyap sepi je.Abah tengah bz marking skema spm.Senyap je dia.Adik-adik aq sume tak ada.Tak boleh jadi ni,aq dah suyi sepi ni,nak kawan dengan saper.


Nyah usha pintu dapur rumah mak cik nyah.Terbuka.Mesti depa kat saner.Rumah saudara mara kami sume dekat-dekat.Tanah tok dulu sume anak-anak dy buat banglo dekat-dekat.Nyah pergi la tengok.


Senyap je sume.Depa mengintai tepi tingkap.Sume tak sedar nyah masuk rumah tu.Nyah intai sama tepi langsir tu.Rupa-rupanya depa dok intai orang dok kapeling tepi lorang jalan.Huh.


Sensasi.Tak padan kecik.Peluk-peluk makwe tepi rumah orang then depa kiss pipi.Sentap weii.Terkejut kaa nyah.Yang pompuan tercipu-cipu malu.Babeng ar.Tak malu ghiler.


Bila nyah buka suara,semua yang ada terkejut kaa.Kami menjerit.Auuww auawww.Heh.


Sambung balik.Nyah geram,nyah buka pintu.Buat bodo je.Tengak depa dok kapeling.Yang laki tu mula perasan nyah tengok je depa.Mula rasa tak selesa.Nyah tengok lagi sambil sapu-sapu sampah,alasan je tu.Saja nak tengok berani buat ke tak.


Rupan-rupanya ada pak guard tolong jaga.Coverline depa punya xtvt.Bangsat giler.Yang pak guard kak tak padan dengan f3 gatal mengurat nyah.Heh.Kecik tu nak gatal-gatal dengan nyah.Siku kan.


Nyah perli budak-budak tu,suh depa balik.Pompuan tu panggil nyah beruk.Auwww,apa ko mak,nyah chantek ni beruk ko panggil.Mai ko nak tengok mak hayam jadi mak beruk.


Horman beruk nyah mendidih-didih.Beruk ko kata.Nyah apa lagi...


Please,please,please

kamu jangan nakal

nak mengatal pergi masuk hutan

please,please,please

kamu jangan nakal

gatal celah mari nyah tolong garu

please,please,please

kamu jangan nakal

sebelum ku marah

penyapu melayang


Pak guard je yang lari.Terkejut tengok beruk jadian mengamuk nyanyi lagu aliff aziz.Sebelum lari sempat lagi buat flying kiss,nyah dengan horman beruk sempat agi buat gaya melompat macam beruk dapat bunga,konon-konon nak tangkap kiss tu la.


Nak tulis lagi tapi penat.Bye2


notakakiku : masih kecik dan tolol lagi




to my dear followers




this is sticky modes.

bagi yang followers nyah yang baru tu : Cik Nur dan Cik Cuppycake Najwa dan etc...


mintak tinggal jejak bagi mudah nyah nak cari balik.Jangan risau nyah tak bawak pi melacurnya.Hujan-hujan ni anak-anak ayam nyah sume cuti.huhuhuhu~


Bagi yang akan datang juga...acececece ( blushing sendirik)


Cuba update links anda semasa nak click followers,agar links anda kelihatan yer.


:)

~router ada problem,jadi kurang blog walking..harap bersabar.


SELAMAT BERKENALAN dari....






tukang cat yang...

Salam kepada geng bloggers sekalian.Blog ni dah sedikit berhabuk dan berdebu,kurang bermaya sudah sebab tuan punya jari penat.Nyah masuk blog ko orang tapi tak komen je.


Penat nak buka lappy tau,dengan bau yang kurang menyenangkan.Rumah nyah la ni tengah buat make over,jadi satu rumah kena cat.Nasib baik Rizalman tak ada,kalau tak bising mulut dy mengata-gata umah kami ni.


Sana sini bau cat tau.Nak on9 pun tak senang hati hinggakan nak berak pun susah sebab ada abang-abang asyik dok mengecat tepi tingkap toilet.Heh.


Tu baru toilet,tak cerita lagi depa mengecat depan bilik nyah pagi-pagi hari.Ya Allah,depa ni sume memang sah-sah rajin la.KUl 8 dah mula mengecat.Yang nyah angin kus-kus depa mengecat tepi tingkap nyah pagi-pagi tak sound amenda pun.


Biasa lah budak tengah bercuti,lepas subuh bukan nak cari periuk nasi,tak kan la nak makan pagi subuh lak nak masak la,bajet la nyah nak masak-masak pagi2 ni.Heh.


Tengah sedap lena,mimpikan abang edwekk hidung ni kembang kembis terbau cat.Gila babeng depa dok tepi tingkap nyah.Even tingkap tu gelap tapi masih la samar-samar.Rasa ternoda weii,nyah dah la tidur dengan seksinya.Bukan bukan tapi memang seksi.Cepat-cepat cover diri dalam selimut.




Bila dah gitu.aq cramp atas katil tu je,tak bangun-bangun dah.Memang angin la pagi tu.Memang mengamuk sakan la weii nyah bising-bising.


Sebab bau cat jugak lak nyah malas sangat nak on9,nak tidur pun susah.Jadi nyah berjalan-jalan melepak rumah mak cik yang sebelah rumah.


Ada cerita di sana,next entry k...



notakakiku : tadi menyumbangkan lagu please3 kamu jangan nakal..



sekolah dah nak bukak !!!

Hari ini kita berkongsi isu pendidikan buat seketika.Bukan apa la kan,nak share benda-benda ni boleh la kita tahu sedikit sebanyak pasal adik-adik sedara kita yang pergi sekolah tu.


kalau tak pun,kita berbicara pasal cuti.Siapa-siapa yang nak bernikah tahun depan jadi fikir la panjang,pergi check kelander 2010.Banyak perubahan berlaku.Hehehe.Ayat ni saya tuju kat seseorang...


Sebagai seorang bakal guru,ehemmm..nada tengah serius ni,macam on stage nak berdebate jap.


Cuti tahun ni sangat la sikitttt.Ini adalah tidak sihat untuk kami kerana otak akan berasa sangat saturated atau tepu untuk asyik belajar je.Padahal ayat sebenar ' kami malas nak belajar'


Mesti ko orang nak condemn sebab kami kan dah banyak cuti berbanding orang lain tapi kan we want more....ayat tamak jugak tu.


Tak macam tahun ni,banyak sangat cuti.Macam best giler je.Gov dah buat perubahan sebab dah banyak tahun cuti berlebih-lebihan agaknya disamping gov jugak tak ada duit.


Macam cuti sekolah,biasanya bulan 5 tapi anjak ke bulan 6.Jadi sem 3 ni lebih panjang dari sem 4 la jawabnya.Dan Sem 4 adalah sem yang memenatkan sebab banyak benda kena kejar.


Cuti bulan 8 dibawa ke bulan 9.Seminggu.Tarikh cuti pulak sekali dengan tarikh cuti raya.WTH!!!.Beraya dengan berassigment la jawabnya.Wajib.Dan tarikh birthday nyah tahun ni di akhir-akhir penghujung Ramadhan.


Jap.Penat ni.Terkejut banyak sangat ni.


RMTS - rancangan pemakanan untuk pelajar makan pagi-pagi tak ada dah tahun ni.


Asrama - dulu bayar rm 1 tapi sekarang rm 3 bagi pelajar yang ibubapa berpendapatan 5k keatas.


Asrama - weekend kena balik sebab had berada di asrama dipendekkan.bajet nak bayar letrik x da kot.ini tatau la samada meliputi sbp or mrsm.


kuim - salah eja tapi bantuan tuisyen pun tak ada.




notakaki : joegrimjows nak bertunang tahun depan?




cemerkap punya cerita

Selamat siang semua.Sebelum beta memulakan entry pada kali ini,izinkan beta memperkenalkan ibubapa beta secara ringkas.


Ibu beta bernama Tuan Ramlah dan bapak beta bernama Mokhtar .Sekian.


***



Nyah ada adik lelaki.Namanya tak perlu lah disebut demi menjaga kemaluan dia dan perangainya adalah clumsly atau cemerkap atau cuai.


Ini kisah contoh cemerkap yang tak boleh diterima pakai oleh akal logik manusia yang masih waras.


Abah menerima SMS.Adikbaca SMS tersebut.Memang abah jarang baca dan suruh anak-anak beliau tolong bacakan kerana kekangan medan penglihatan yang terhad di usia ini.



Bila adik baca.Dia hampir-hampir mahu menitis air mata.Lepas tu dia berlari ke arah mak nyah yang ada di ruang tv.


Adik : cik abah nikah lain dah.


Suara dia dah sendu senda dah.Memang tahap terharu dah masa tu kita orang.Nyah yang tengah makan ais krim malaysia mula rasa nak mengeget ais krim itu dengan kadar lebih laju.Mak nyah terkejut sehingga tekan off tv pada remote control.Semua orang terkejut.


Kami masing-masing terkejut kaa.Dia hulur SMS yang dibaca dia.



GEMPAR DUNIA HIBURAN,Zizie Iezzete telah sah bernikah dengan Bung Mokhtar.Kenyataan rasmi telah disiarkan di The Star.



Lain kali tu kalau sesuatu buka mata hati dan mata yang betul mata betul-betul.

Heh.



notakakiku : nasib baik mak bapak nyah tak gado2 kes ni.



love me hate me

Apa perbezaan yang paling ketara antara cuti pelajar universiti dengan pelajar ipgm?


Dia exam awal jadi cuti pun awal,biasanya bedanya seminggu dengan kami


Kami cuti mereka tidak.



Mereka bercuti kami tidak.


Cuti mereka habis awal seminggu dari kami sebab mereka dah awal seminggu.


Paling best ada statement baru hari ini,mahu mengemaskini cuti IPTA di Malaysia seragam dengan universiti antarabangsa,katanya mahu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke negara ini.


Ini menambah syahduku lagi.


Kawan-kawan ramai yang dah pergi.Tinggal berapa kerat je budak-budak ipgm.
Kau - kau - kau
3 je.



Dia juga begitu.


Jadi dia akan pergi.


Tinggal lah dia sendiri,dengan sepisendirian.



Tiada lagi abang yang belanja cadbury dan aiskrim di waktu petang
sambil berdating-dating dibawah pokok rambutan kuning itu.

notakakiku : silently cry.raya cina.tak sabar nak tunggu.




senjakala..

entry ini telah dipublish dan kini dikemaskini kerana tiada model mahu bercerita.sekadar hiburan semata-mata.



***

Alie sepi sendirian memandang ke tingkap.Musim hujan seperti ini matahari mendung sahaja.Suhu tidak tinggi tidak juga rendah melainkan dingin sehingga ke urat kentut.Dia masih setia menanti melontar pandangan ke arah tingkap itu.


Kapal terbang MAS melintasi awan yang mendung itu,membawa para haji dan hajah ke airport pengkalan chepa.Orang buat haji dah mula balik ke rumah.Anak-anak yang tak lena tidur selama 40 malam berulitkan kain pelikat ayah sudah boleh tersenyum riang.


Alie tidak begitu melainkan hanya menangis di hujung katil sambil mengigit gula-gula yang dibeli cik sebelum ke mekah dahulu.Heh.


Kemudian dia tersenyum umpama mendapat gula-gula bulat berwarna -warni yang dibeli di KBMall semasa kejadian kereta terbang itu.Bukan kerana mereng tapi kurang oksigen di bahagian arteri yang membekalkan gas tersebut ke otak,yakni kerana lemak-lemak tepu mula berkumpul disaluran tersebut.


'Abang Ekwett,puas Alie tunggu abang tau.Mana abang pergi?'


Tiba-tiba jantungnya berdengup kencang.Dia menoleh ke belakang.Dia ada disini.Maklumlah dengan kuasa dia apa sangat lah Kedai Lalat dengan Forks ni.hIk3~


'Abang tak kemana pun sayang,cuma berkejaran dengan kakak puding roti tadi.Dia tak mahu bekalkan puding roti dia yang sedap tu.Puas abang kejar dia ke rumah.Mengeletar tangan dia pukul telur tadi,risau abang gigit-gigit manja dia.Erkkk',tiba-tiba dia sendawa.


'Hmmm,bau puding roti.Sedapnya',Alie seperti khayal sendiri.



Abang Ekwett hanya ketawa kecil.Dia menjauhi sedikit dari tingkap sedari matahari mulai naik sedikit.Tubuhnya kelihatan seperti berlian 5 karat apabila terkena sinaran matahari itu.Kalau pergi jual kat Tiffany ni boleh kaya buat makan 3 keturunan.Lepas tu siap boleh beli Boeing 707 sebijik parking depan rumah.



Matanya yang redup,wajahnya yang polos pucat itu tampak manis dengan bibir yang merah merekah tanda tidak pernah menghisap rokok daun yang dijual di Kedai Runcit Ah Fatt. Ah Fatt sekarang tengah sibuk mendayung sampan di tanah seberang meredah sungai golok semata-mata mahu membekalkan rokok cap gudang yang murah kepada pelanggan nya sambil-sambil berjoli-joli disana.



Dia memegang tangan Abang Ekwett mengajaknya menjauhi tingkap itu.Kain langsir diturunkan.Bilik menjadi suram.Hanya aku dan Ekwett sahaja.Sendirian kami berdua.Alie tidak suka akan ruang.Dia mendekati Ekwett sambil membisikkan kata-kata cinta.Abang Ekwett malu-malu singa.Saat dia mahu menerkam mangsanya.



Doom,dum,doom.


Pintu bilik di ketuk dengan kuatnya.Cett,siapa yang ganggu ni,monolog mereka berdua.Ekwett terus bersembunyi disebalik pintu seperti biasa.

kalau tak dibuka,inilah yang dilakukannya.






'Kenapa?',tanya Alie kepada Papa Joe,pak su nya yang merupakan suami kepada mak su yang wajahnya bukan aishwarya rai kerana mempunyai bekas kekasihnya dahulu Hisham yang berbadan berketak-ketak seperti Salman Khan dari jarak 120 meter pada sudut 90 darjah ke arah barat dengan menggunakan goggle makmal sahaja.


Apa ko orang ingat mudah ke nak jumpa orang yang persis Salman Khan ni?



'Hang Ridhi ada dibawah.Tidak sabar mahu berjumpa kamu katanya.Siap bawak kereta polis pulak.Takut Papa Joe tengok pistol di pinggang ramping dia tu.Dia makan apa ae.Mestilah Herbalife Papa Joe kan ?',ketawa sendirian Papa Joe sambil mula menuruni tangga menekan-nekan whiteberry nya untuk meng update status FB beliau.


notakaki : kebosanan.



mungkir kasih yang seperti selalu

Selamat siang semua.Ada yang rindu ke nyah ke?

Ternyata tidak tapi nyah tak kisah sebab nyah pun tak rindu kat blog nyah 2 3 hari ni.

Bukan ada masalah tapi mencari masalah lebih tepat pada situasi ini.Nyah tak nak lah hurai kat sini.Nyah tak ada niat lagi nak share kat sini,memandangkan ini adalah ruang public,lain lah kalau nyah blogger tanpa nama.Hu3...

Nyah nak tulis jugak tapi akal fikiran yang masih waras tak membenarkannya.Jadi biarlah terpendam begitu sahaja.



***


Ruang siber blogspot dilihat semakin aman tanpa benda-benda yang tidak enak.Elok lah,bukan apa,cuma hal sebegitu membuatkan mood bloggers lain turut down mencecah keparas tahap beku.Rasa tak seronok tengok orang bergaduh,lain la kalau tukang pam pum pam...


***

Nyah terlambat membuat ucapan dan azam tahun baru islam,tak kan nak asyik buat azam baru di akhir 31.12 je kot.

Tak nak buat azam yang terlalu fokus atau aim pada yang lebih tinggi tapi lebih kepada kesederhanaan.


trying to do better than before


***


Pakwe?tengah suam-suam kuku.



notakakiku : mood yang sangat tak selesa.




18PL -entry dewasa untuk yang dewasa sahaja

selamat pagi.kelantan dan adik dan kakak terdekatnya dijangka akan mengalami hujan mencurah-curah mulai hari ini.harap-harap idak benar kerana saya mahu meronggeng dengan girlfriends hari ni.



dalam deman aq akan tetap gigih apabila diajak berjalan.akan ku harungi.horman tiba-tiba terbalik kuang akan menjadi segar bugar.



ini cerita.jangan kamu gelak-gelak.tak baik tau.ini cerita adalah PERINGATAN.



sepanjang cuti ni,jadual nyah sangat la suka suki hati je.makan bedal je apa yang patot.mandi bila rasa rajin,on9 depan lappy sampai nak juling dan tidur macam esok tak ada hari.biasa la tu.jangan sindir nyah,nyah tau kamu pun gitu bila cuti.



kejayaan yang membanggakan,berat badan naik 2 km,ukuran lilit perut membesar~perut kamu pun besar jugak kan?hahahaha.



bukan apa,nyah lupa nak telan ubat cacing.tu yang perut kembung,jangan salah faham pulak.
:P


semalam nyah pergi la toilet.hajatnya mahu menabur baja untuk pokok-pokok salak abah yang majadi penyerap nombor satu tu..manis tau salak abah nyah tanam.huhuhuhu~


nyah mengalami kesakitan seketika sebelum nak teran dengan lancar.auwww~tolong jangan cakap kotor,sebab nyah dah tak tahu nak guna bahasa apa yang nampak sopan ni..


then.



ustajah selalu berkata,bila nak uukkk tu jangan tengok baja tu sebab mudah jadi bengap or pelupa,lebih kurang gitu la..



nyah tak tengok tapi semalam nyah tergerak hati nak tengok~sebab aq tak study agi ni,boleh la tengok~kononnya itu la alasan nyah nak tengok baja nyah.tuhan bagi hint suh tengok..


mengigil kaki tanga kepala nyah seketika.cepat-cepat bersihkan diri.sabun-sabun.lap-lap apa yang patot.


berlari-lari keliling rumah,sambil tutup muka.malu dan takut.


adik nyah buat prediction yang membuatkan nyah semakin takut.lemah sendi.kepala dah pusing-pusing.nak nagistapi rasa nak gelak.



jumpa mak nyah,cakap tak ada bisik dah,melaung tak mau-mau.tak kira abah yang tengah nak sunyi nak tanda skema smp tu..



'cik ali berak ada darah'


mak nyah pulak selamba je cakap...


'saper suruh tak makan sayur sangat'


ini bukan buasir okeh.silent plz...
susah nak cari pisang setandan dalam google tau,ambik sebijik kan org kata nyah melancap,eh melucah.



notakakiku : hari-hari makan pisang apa...




entry tepanjang pernah nyah tulis kerana nyah berasa nyah mahkluk paling sexy di lorong haji husin.


selamat pagi dan salam sejahtera.pada hari ini kita tengok gambar untuk mengungkai segala persoalan....



<>








<>








<>








<>







<>








<>


notakakiku tiada...




tutorial 1 - disable selected text ( pembetulan )

Hari ni kita buat entry berwawasan sikit,tak kan nak asyik merapu meraban aje.



Bukan apa nanti kan ada yang free-free sound nyah dalam blog.



Ngeri tengok entry cik epal yang khas kepada seorang cik lagi.





Hu3,anak-anak jangan ikut okeh.





Sebab kita belajar di alam maya dan konsep discovery and inquiry learning tidak dapat diguna pakai makanya kita guna aje la 5 sense ni.





Besar gambar tu kan.Mengikut teori pembelajaran yang nyah belajar selama 2 sem ni,pembelajaran akan lebih berkesan dan bermakna jika melibatkan 5 sense,ko jangan cakap ada 6 sense lak.Aq lempar heel kan..





Sopan2,cikgu mana boleh ganas-ganas.

Heh.



Hari ni nak bagi tips bagaimana nak elak setiap entry anda di cut and paste kan.





Maklumlah,sekarang banyak entry bloggers yang femes2 kena plagiat.Anda juga berisiko selagi entry anda berbau semerbak yang mampu menarik kumbang dan sekutunya bertenggek untuk menikmatinya.





Bahasa mudah,setiap entry berpotensi untuk di cut and paste kan..

Tutorial hari ni mudah je.Kita akan belajar untuk disable kan text selection.Biasanya banyak tutorial ajar melibatkan sampai kena usik template.Nyah tak suka usik template sangat,sebab pernah terkena.





Penat nak rearrange balik.

Ok,lokasi yang anda harus tuju adalah seperti berikut.



Dashboard - Layout –Add Gadget - HTML/Javascript


Masukkan coding ni.

( alie dah cuba masukkan coding tapi dy tak nak keluar..ish)





tekan disini...







notakakiku : tutorial yang tak menjadi..adoo





hari yang endah tanpa matahari tapi masih bersinar

Hujan atau tak hujan rasa macam sama.Kawan-kawan bukan tak ada tapi semuanya macam malas.Maybe poket kering kot.


Cuti ada lagi tiga minggu,then kehidupan kembali normal seperti biasa.Nyah akan kembali membawa peranan sebagai mak hayam.Bawak anak-anak hayam melacur di sekeliling Kuala Besut.Cari mat salleh?Ke Pulau Perhentian


Hello!!!


One-nite-stand.


Sila tampar pipi masing-masing dua kali dengan frekuensi yang rendah k. =P


Rasa takut sebab akan melangkah ke semester 3.Maksudnya Tahun 2 di IPGM KSM ni.Rasa macam kecik lagi,tak layak lagi nak jadi cikgu.Sem 3 dan sem 4 ni masih lagi ke sekolah untuk SBE.School Based Experience.


Pening kepala nak pergi ke sekolah mana.Kalau boleh tak mahu la jauh-jauh sehingga kena menumpang rumah orang,that's not my fav one la.Rasa tak selesa dan tak selesa nak menyusahkan orang.


Padahal depan rumah nyah ni ada dua buah sekolah.Jalan kaki je.TAPI....


Salah satu sekolah tu adalah sekolah nyah dan mak nyah masih lagi mengajar di sekolah tu dan ustajah yang sergah nyah tak dapat hafal doa Qunnut masa darjah dua pun ada lagi then cikgu bahasa melayu yang nyah goreng karangan masa exam then dia gi tunjuk kat mak nyah pun ada lagi.


Malu weii.


Sekolah belakang sekolah tu pulak nyah rasa malas la pulak nak pergi.Sah-sah kena jalan kaki.Wowww,apa kelas jalan kaki standard macam budak-budak sekolah ni.Tak mau la weii...


Ngada la nyah ni.Memang la.Nak kena cari member wat SBE sekali.Baru best.Macam sem lepas dapat kenal 5 jejaka dari IPGM KKB.Itu yang semangat nak pergi sekolah pagi-pagi.


Hahahaha.


ni masa semester satu di SK MACHANG 1



SEM 2 DI SK DEMIT 2~damn cool .i love this school.



SEM 3 ????


notakakiku : budak PISMP dilayan baik berbanding KPLI.huhuhuhu~


BLACK & WHITE PHOTO Contest.



Tadi alie blog walking ke blog z@ck dan dy ada buat entry contest ni.


Macam interesting lak.Simple and meaningful enough for black and white picture lover.


Klik disini untuk menyertai contest ini.






Picture ni masa alie wakil maktab di PD.Ni pantai depan hotel je pun.Tapi alie sayang sangat gambar ni sebab tersirat seribu makna,paling tepat tema alie adalah sempena URL blog ini.



notakaiku : suka suki nak join.menang kalah bukan priority.hopefully dapat member bloggers lagi...



entry lepas gian berblog...





salam semua.nak mintak tolong ni.

tolong jangan bikin nyah makin hots dah la.nanti berterabur anak teruna kejar nyah.heh.

bukan la.nak mintak tolong yang betul-betul ni.

ada sesiapa yang ada guna printer yang letak in kat luar tak?



alie punya ni baru beli.Then lepas raya,nasib baik dah hantar semua assignment.huh.

tetiba dy tak nak keluar ink.belek punya belek bukan black k,baru sedar yang ink dari tiub tak nak masuk ke dalam katrij.my bf said : sebab alie tak buka dy punya cover,sepatutnya kena bukak.

then alie bukak la sehari.there was nothing adalah.dok gitu je,then mula realize ada air bubble.

cara paling mudah alie piker,alie keluarkan katrij dan luruskan katrij dgn tiub ke bawah.



pada muka aq.

habis meleleh kena lantai mozek mak nyah.cepat-cepat cuci takut tertinggal kesan je.

tangan pun habis kotor.

macam mana nak settle problem ni selain kena hantar ke kedai?

dan

apakah cara penjagaan yang sebenarnya?

tolong la,nyah sengkek nak pergi hantar kat kedai dan cuak sebab kedai yang nyah beli ni kat kbmall,tamoo p sana dalam masa terdekat ni.

abang-abang macho ,kakak-kakak yang manis,adik-adik yang chomel dan tak lupa pak cik-pak cik yang expert,boleh tolong adik manis ini????