cerita kedai kopi!!

Dunia ini banyak muslihat.


Banyak sangat kadang-kadang tak terlintas di penglihatan kasarnya.


Isu terbaru.


Subsidi gula dalam cadangan untuk ditarik.Alasannya untuk mengelak pengambilan gula yang berlebihan dikalangan pengguna.Berapa ramai yang ambik secara berlebihan?


Cuba tampilkan data yang khusus,yang kukuh.Gula faktor utama pelbagai penyakit.Ada.


Tapi berapa ramai yang terlibat.Jangan fikir surface je.


Gula,garam,beras dan tepung.Penting.Orang susah lagi susah kalau benda-benda seperti ini disusahkan.Itu orang kampung.Orang berniaga?Pekedai?PENGGUNA?



Bagi yang berpendapatan 1000 sebulan,pun sudah susah mahu hidup dalam dunia ini disamping tanggungang keluarga dan peribadi.Inikan orang kampung yang kerja naik basikal pergi menoreh.


Mereka naik basikal.Tak pakai petrol pun tapi kesan apabila petrol naik mereka terjejas sama.Sama saja apabila subsidi gula ditarik,kesannya sepertinya juga.



Peniaga mula beralasan menaikkan harga.Gula akan naik sekali ganda dari harga lama tapi kenaikan harga di kedai mencecah hingga 30%.Pengguna yang berpendapatan 3000 pun akan mula terasa.



Eh,harga barang tak semestinya naik hanya kerana harga petrol naik.Banyak kesan lain akan menyusul hanya kerana gula ini.Kalau betul negara Malaysia,satu-satunya negara yang memberi subsidi kepada gula,kenapa tidak diteruskan.Adakah ia memalukan?



Mana janji suara rakyat didahulukan?



Janji rakyat diutamakan?



Kalau ditarik subsidi gula tu kemana subsidi itu dihulurkan?Adakah akan membawa keuntungan kepada rakyat kembali.


Heh.Rakyat tak bodoh.Sama jugak dengan isu pengangkutan awam.Bising nak tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan bilangan kenderaan masuk ke dalam bandar.Mantan Pak Lah naik LRT,dah tegur pun sampai hari ni macam tu jugak.Perkhidmatannya?


Tepuk dada tanya selera.


Kerajaan hari ini penuh dengan agenda.Sedar atau tidak.Bukan kerajaan malah pembangkang juga.


Dua X Lima.


Pembangkang dengan otak singkatnya minta rakyat doakan kebinasaan.Itu yang kita kata celik akal dalam agama kalau yang jahil,bagaimana pula.



Pergi pijak dan lompat poster orang?




Pada siapa harus kita,rakyat merujuk sebagai panduan?
Rakyat dipermainkan,diperkotak katikkan.
Kesian kat orang kampung yang susah.Musim hujan je banjir.
Lepas ini buka sekolah.Duit.Nak makan pun susah.
Harapkan pagar,pagar makan padi.


Jangan tarik subsidi gula.

****

Seorang kawan memberitahu yang bahawasanya kenyataan nik aziz di manipulasi.Diambil ayat separuh dari kenyataan.Jadi akibat mainan media massa keluar lah statement kontroversi itu.


Jika benar begitu pun.


Kenyataan daripada mufti Perak berkata.


Dalam apa-apa situasi pun adalah tidak harus mendoakan kemusnahan sesama umat Islam melainkan kepada golongan kafir yang memusuhi Islam.


keliru.




notakakiku: rotten to the core~maaf blog politik la plak..







1 anak murid: