kisah adik

Abah garang.Garang dan selalu sibuk.Abah selalu janji dengan adik nak main sama-sama bila balik kerja.



Adik tunggu abah.Jam panjang di no 6 yang pendek di no 9.Abah tak balik lagi.



Xpe abah.Adik tunggu.Abah janji dengan adik.Adik tak mandi lagi.Abah pun tak mandi lagi.Nanti abah ajak adik mandi sama-sama.Adik suka.



Ibu dah marah.Marah adik sebab adik depan TV lagi.Ibu kata adik degil.Adik tak degil la.Adik tunggu abah.Ibu ni,susah nak paham ke?



Ibu bising-bising sambil siapkan baby.Adik tak suka baby.Baby jahat.Abah dan ibu sayang baby banyak dari adik.Adik tak suka.Adik rasa nak nangis bila ibu marah.



Xpe.Adik tunggu abah.Abah janji nak main dengan adik.Lama adik tunggu abah.



Adik terlena sampai ke pagi.Abah tak ada.Abah pergi kerja.Abah tak main dengan adik.Abah jahat.Adik benci abah.



Sebelum magrib,loceng rumah bertalu-talu berbunyi.Ibu sedang sembahyang.Kakak dan abang juga.Loceng berbunyi lagi.Adik masih mandi.Baby mula menangis.Biarkan.



Abah masuk rumah sambil bising-bising.Ibu dengar saja abah marah.Adik tunduk.Adik buat abah.



Adik kunci pintu pagar rumah dengan mangga.Mangga rumah Auntie Sally sebelah rumah.



natakakiku:jagalah hati anak-anak.

7 anak murid:

Aimi dan Pakcik Hashim said... []

hehe
mcm kisah benar... ko ker?

.alie. said... []

heh.
habis kena siku lau nyah wat gitu..

anak sepupu yang buat.
tp dalam maksud budak tu.

Jard The Great said... []

Abah takde.. mak ade lagi.. bole men dgn mak kan?

.alie. said... []

mak ada baby.
baby baru.
y tak comel.

cik EPAL said... []

xde anak lagi..macam mana nak jaga?? hehe :)

cik EPAL said... []

kalau tak ada anak anak lagi macam mana?/ :D

.alie. said... []

buat anak.
prosedur biasa je tu..
pemilihan boleh dimulakan dengan menulis en3 mencari jodoh di blog..

:)

~cik epal y comel ramai y minat